Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

CKHT 2019: Betul Ke Cukai Ni Menguntungkan Orang Yang Nak Jual Hartanah?

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 03 Dec 2019




Dalam pengumuman Bajet 2019 taun lepas, macam macam benda  diumumkan, tapi yang paling sensasi lagi panas dalam pasaran hartanah adalah pengumuman pasal Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Untuk korang yang tak biasa dengan jenis cukai ni mesti tengah terpinga-pinga kan?

Kalau korang nak tahu CKHT tu ialah cukai yang dikenakan atas keuntungan dari penjualan hartanah di Malaysia ni. Secara mudahnye, cukai yang korang kena bayar kepada kerajaan bile korang dapat keuntungan dari hasil jualan hartanah korang. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Mesti korang tertanya-tanya sebab apalah cukai ni diwujudkan

Ada sebab kenapa sebenarnye cukai ini diwujudkan, bukan saja-saja je benda ni dilaksanakan. Kami senaraikan dua fungsi utama cukai ni untuk korang:


1. Mengawal ‘property bubble’

‘Property bubble’  dalam pasaran hartanah secara ringkasnya adalah keadaan di mana harga rumah naik secara mendadak disebabkan permintaan dari pasaran yang tinggi. Dengan mengenakan CKHT, aktiviti dan harga dalam pasaran hartanah dapat dikawal mengikut keadaan ekonomi semasa untuk mengelakkan kenaikan harga rumah terlalu mendadak.
 

2. Meningkatkan pendapatan negara dari segi pengutipan cukai

Dengan kutipan dari pelbagai jenis cukai, kerajaan dapat menggunakan hasil pendapatan dari cukai yang diperoleh untuk merangka bajet bagi pembangunan negara dan juga mengagihkan kekayaan serta hasil ni kepada golongan yang memerlukan contohnya melalui program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan. 
 

Jadi, apa yang hangat dan sensasi sangat pasal CKHT 2019 ni?

Macam ni, dalam Bajet 2019 dah diumumkan baru-baru ni, CKHT bagi penjualan hartanah di Malaysia pada tahun ke-6 yang dahulunya PERCUMA bagi individu dan warganegara tetap, dinaikkan dari 0% ke 5%! Bagi syarikat dan individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT telah dinaikkan daripada 5% ke 10%!

Rujuk di bawah untuk kadar CKHT yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2019:
Tempoh Pegangan Individu/Penduduk Tetap Individu Bukan Warganegara Syarikat
1) 3 tahun atau kurang 30% 30% 30%
2) 4 tahun atau kurang 20% 30% 20%
3) 5 tahun atau kurang 15% 30% 15%
4) Lebih dari 5 tahun 5% 10% 10%

Dari kenaikan CKHT ni, terdapat beberapa kesan dari sudut pembeli dan penjual lepas pengumuman ni yang korang kena tahu tau!

Kesan dari sudut pembeli

  • Dari sudut positif, pembeli tidak akan dikenakan cukai ini kerana dari sudut undang-undang, hanya pihak penjual yang akan dikenakan CKHT ini.
  • Walaupun begitu, pihak pembeli mungkin akan susah untuk mendapatkan tawaran harga hartanah yang berpatutan sebab sesetengah penjual enggan menurunkan harga kerana terpaksa membayar CKHT apabila proses penjualan rumah telah selesai.



Kesan dari sudut penjual

Penjual hartanah kebiasaannya terdiri dari dua kategori iaitu pelabur hartanah dan juga individu yang menjual rumah kediaman mereka sendiri.
  • Syarikat
Bagi pelabur hartanah, terdapat kos tambahan yang perlu difikirkan bagi penjualan hartanah pada tahun ke-6 yang sebelum ini tidak dikenakan sebarang kos.

Contohnya: Kalau sebelum ni Syarikat XYZ adalah seorang pelabur hartanah dan tak perlu bayar apa-apa apabila dia jual hartanah dia pada tahun ke-6 sebelum, sekarang dia dah kena bayar sebanyak 5% dari keuntungan hartanah yang dia dapat.Tapi jangan sedih,sebab Brad Pitt akan mendapat keuntungan sebanyak 95%! Banyak tu, ‘share’ la sikit.

Jadi sekiranya korang ni pelabur hartanah, asalkan korang tau matlamat pelaburan dan beli hartanah yang sesuai untuk pelaburan, tak jadi masalah pon sebab korang tetap akan untung!
 
  • Individu Menjual Kediaman Milik Sendiri 
Individu yang menjual kediaman milik diri sendiri ini kebiasaannya menjual kediaman yang dimiliki untuk ‘upgrade’ kepada rumah yang lebih besar disebabkan peningkatan gaya dan taraf hidup.

Dengan kewujudan CKHT, mereka akan mempunyai kos tambahan untuk dibayar kepada pihak kerajaan tetapi jika dilihat dari sudut positif, sama seperti pelabur hartanah, mereka tetap akan memperolehi keuntungan hasil dari jualan hartanah milik mereka jika dijual pada harga yang sesuai!
 

Macam mana nak kira CKHT ni?



Bagi pengiraan ni, cukai HANYA boleh dikenakan jika terdapat keuntungan hasil penjualan rumah. Kalau tak ada keuntungan, tak perlu bayar pon!

Cukai juga dikira berdasarkan KEUNTUNGAN yang diperoleh hasil JUALAN HARTANAH, bukan HARGA RUMAH. Di sini kami sediakan cara pengiraan CKHT ni:

1. Mula-mula, cari keuntungan terkena cukai:

Keuntungan Terkena Cukai (C.G) =
Harga Penjualan - Harga dibeli - Caj pelbagai*

*Caj pelbagai: setem duti, yuran guaman, bayaran iklan, pengubahsuaian rumah

Tip: Simpan bil berkaitan dengan kerja pengubahsuaian hartanah untuk dijadikan rujukan dan bukti bagi caj pelbagai
 

2. Pastu, cari keuntungan terkena cukai bersih:

Keuntungan Cukai Bersih
= Keuntungan Terkena Cukai - Pengecualian (RM10, 000 atau 10% daripada C.G, yang mana lebih tinggi)


3. Last sekali, dapatkan cukai yang perlu dibayar

Keuntungan Cukai Bersih x Kadar CKHT


Pening ke? Kalau macam susah sangat nak buat pengiraan ni, kami syorkan Kalkulator CKHT dari Loanstreet kat sini. Mudah sangat!

 

Tak boleh ke kalau tak bayar CKHT ni?

Jawapannya, boleh. Ada beberapa syarat pengecualian yang membolehkan korang untuk dikecualikan dari membayar CKHT ni.



Tapi, jangan nak eksaited sangat. Baca dulu syarat nak dapatkan pengecualian CKHT ni dulu:

  • Pengecualian sekali seumur hidup untuk hartanah kediaman (individu).
  • Pengecualian atas penjualan hartanah di atas dasar kasih sayang (di antara ahli keluarga. Contoh:Suami isteri, ibu bapa, datuk nenek dan cucu.
  • 10% daripada keuntungan ATAU RM10, 000 bagi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tidak dikenakan cukai (khas untuk pelupusan asset oleh individu).



Pengecualian TERBARU: 5% bagi pelupusan aset (tempoh pegangan tahun ke-6!

Syarat Pengecualian CKHT ni diberikan pada warganegara Malaysia yang nak melupuskan hartanah pada harga RM200,000 dan ke bawah.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pengecualian CKHT ini diberi pada mereka yang ingin melupuskan hartanah termasuk rumah kediaman kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik dalam tahun keenam dan seterusnya. Pengecualian ini sangat membantu bagi golongan yang kurang berkemampuan kerana tiada bebanan dan kos tambahan yang perlu ditanggung.

Kesimpulannya, samada CKHT ni membebankan atau menguntungkan bergantung kepada matlamat penjualan hartanah dan pelaburan masing-masing. Paling penting, pengiraan kos CKHT perlu dilakukan bagi anggaran kos yang terlibat bagi penjualan rumah. Macam yang kami cakap tadi, kalau korang tak sure camne nak kira, kami ade sediakan khidmat untuk kalkulator CKHT untuk mudahkan pengiraan korang secara PERCUMA!

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?