1. LHDN dah tak cetak dan pos Borang Nyata
Watpe susah-susah? Online je lah. Kalau nak tau, LHDN menggalakkan pembayar cukai untuk guna kemudahan sistem e-Filing yang dah disediakan.
So, kalau mak ayah atau sedara korang tak berapa reti nak guna sistem online e-Filing ni, kene ajar sikit kat diorang camne nak guna. Lagipun, LHDN kata sistem e-Filing ni lagi mudah, cepat dan selamat. Lagi-lagi musim pandemik ni.
Lagi best, langkah oleh LHDN ni jugak adalah sebagai salah satu inisiatif untuk kempen Go Green - kurangkan penggunaan kertas.
Korang boleh baca dengan lebih lanjut mengenai perkara ni kat sini.
2. Kadar cukai pendapatan (MAYBE) akan berubah-ubah selepas beberapa tahun...
Sebelum pape, korang tengok dulu table kadar cukai pendapatan kat bawah ni & perhati baik-baik...
Banjaran Pendapatan Bercukai | Pengiraan (RM) | Kadar Cukai 2018 & 2019 (%) | Kadar Cukai 2018 & 2019 (RM) | Kadar Cukai 2020 (%) | Kadar Cukai 2020 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 - 5,000 | 5,000 pertama | 0 | 0 | 0 | 0 |
5,001 - 20,000 |
5,000 pertama | 1 |
0 | 1 |
0 |
15,000 berikutnya | 150 | 150 | |||
20,001 - 35,000 |
20,000 pertama | 3 |
150 | 3 |
150 |
15,000 berikutnya | 450 | 450 | |||
35,001 - 50,000 |
35,000 pertama | 8 |
600 | 8 |
600 |
15,000 berikutnya | 1,200 | 1,200 | |||
50,001 - 70,000 |
50,000 pertama | 14 |
1,800 | 14 |
1,800 |
20,000 berikutnya | 2,800 | 2,800 | |||
70,001 - 100,000 |
70,000 pertama | 21 |
4,600 | 21 |
4,600 |
30,000 berikutnya | 6,300 | 6,300 | |||
100,001 - 250,000 |
100,000 pertama | 24 |
10,900 | 24 |
10,900 |
150,000 berikutnya | 36,000 | 36,000 | |||
250,001 - 400,000 |
250,000 pertama | 24.5 |
46,900 | 24.5 |
46,900 |
150,000 berikutnya | 36,750 | 36.750 | |||
400,001 - 600,000 |
400,000 pertama | 25 |
83,650 | 25 |
83,650 |
200,000 berikutnya | 50,000 | 50,000 | |||
600,001 - 1,000,000 |
600,000 pertama | 26 |
133,650 | 26 |
133,650 |
400,000 berikutnya | 104,000 | 104,000 | |||
1,000,001 ke atas |
1,000,000 | 28 |
237,650 | 28 |
237,650 |
setiap ringgit berikutnya | ...... | 280,000 | |||
Melebihi 2,000,000 |
2,000,000 | ..... |
..... | 30 |
517,650 |
setiap ringgit berikutnya | ...... | ..... |
Haa… nampak tak apa perbezaan dia?
Contohnya lah kan, pada tahun 2020, banjaran pendapatan bercukai hanya letak sampai RM1 juta je paling tinggi tapi sekarang ni sampai ada kadar cukai pendapatan yang dapat lebih dari RM2 juta.
Mungkin ada yang anggap pengurangan tu kecil tapi pada mereka yang tak raih jutaan ringgit setiap tahun, ia amat bermakna!
3. Denda sehingga 300% nilai cukai yang korang elak untuk bayar
Please lah jadi seorang rakyat yang bertanggungjawab dan setelkan bayar korang punya cukai pendapatan. Kalau kerajaan dapat tahu korang mengelat bayar, boleh didenda sehingga 300% nilai cukai yang terkurang lapor tu.
Ada banyak lagi kesalahan-kesalahan lain yang boleh dikenakan denda dan penjara atau dua-dua sekali. Contohnya cam kalau korang tak simpan rekod berkenaan cukai pendapatan, boleh didenda antara RM300 - RM10,000 maksimum atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Kat sini kami listkan semua kesalahan-kesalahan yang berkenaan so korang alert.Paling penting, jangan elak bayar cukai!Jenis Kesalahan | Peruntukan Di bawah ACP 1967 | Jumlah Denda (RM) |
---|---|---|
Tak pulangkan Borang Nyata Cukai Pendapatan | 112(1) | 200 - 20,000 / penjara tak lebih 6 bulan / kedua-duanya |
Tidak maklum korang layak dikenakan cukai | 112(1) | 200 - 20,000 / penjara tak lebih 6 bulan / kedua-duanya |
Tak lapor pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan | 113(1)(a) | 1,000 - 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor |
Beri maklumat tak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri/orang lain | 113(1)(b) | 1,000 - 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor |
Sengaja mengelak cukai/bantu orang lain mengelak cukai | 114(1) | 1,000 - 20,000 / penjara tak lebih 3 tahun / kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor |
Membantu/menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai | 114(1A) | 2,000 - 20,000 / penjara tak lebih 3 tahun / kedua-duanya |
Meninggalkan negara tanpa membayar cukai | 115(1) | 200 - 20,000 / penjara tak lebih 6 bulan / kedua-duanya |
Mengganggu/menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas | 116 | 1,000 - 10,000 / penjara tak lebih 1 tahun / kedua-duanya |
Tidak menyimpan rekod | 119A | 300 - 10,000 / penjara tak lebih 1 tahun / kedua-duanya |
Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM | 120(1) | 200 - 20,000 / penjara tak lebih 6 bulan / kedua-duanya |
Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan | 120(1) | 200 - 20,000 / penjara tak lebih 6 bulan / kedua-duanya |
4. Korang boleh claim macam-macam pelepasan cukai kalau layak
Sebagai contoh, kalau korang bagi duit kat mak ayah setiap bulan, dapat claim pelepasan cukai untuk kategori tersebut. Walaupun jumlah claim ada limit, ianya sangat membantu sebab banyak jenis perbelanjaan korang boleh claim untuk pelepasan cukai!
P/s: Tu penting korang kena simpan semua resit atau kenyataan bank pasal perbelanjaan tu.
Ni list penuh pelepasan cukai 2020:
Bil. | Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
---|---|---|
1 | Individu atau saudara tanggungan | 9,000 |
2 | Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan ATAU Ibu dan bapa Terhad RM1,500 bagi seorang ibu Terhad RM1,500 bagi seorang bapa |
5,000 (terhad) ATAU 3,000(terhad) |
3 | Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya | 6,000 (terhad) |
4 | Individu kurang upaya | 6,000 |
5 | Yuran pengajian (sendiri) (1) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi (ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian |
7,000 (terhad) |
6 | Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) | 6,000 (terhad) |
7 | Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri) | 6,000 (terhad) |
8 | Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak).(Terhad RM500) | 6,000 (terhad) |
9 | Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: (i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang); (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan); (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan (iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) |
2,500 (terhad) |
10 |
Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan (Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020) |
2,500 (terhad) |
11 | Pembelian peralatan pemnyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (potongan dibenarkan setiap DUA (2) tahun taksiran) | 1,000 (terhad) |
12 | Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar | 3,000 (terhad) |
13 | Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020) | 8,000 (terhad) |
14 | Suami / isteri / bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (terhad) |
15 | Suami / isteri kurang upaya | 3,500 |
16 | Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun | 2,000 |
17 | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | 2,000 |
18 | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannnya di Malaysia, atau; (ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau identur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan. |
8,000 |
19 | Anak kurang upaya Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan |
6,000 8,000 |
20 |
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
|
RM7,000 (terhad) |
21 | Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa Mulai Tahun Taksiran 202 hingga tahun taksiran 2021 | 3,000 (terhad) |
22 | Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji | 3,000 (terhad) |
23 | Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | 250 (terhad) |
24 |
Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong (Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020) Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan : http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar |
1,000 (terhad) |
Kalau korang nak tahu macam mana nak dapatkan lebih banyak pelepasan cukai boleh rujuk kat sini.
5. Korang pun boleh bayar secara ansuran
Boleh je - takde masalah! Selalunya kan, korang boleh start declare awal beberapa bulan. Katakan korang isytihar sebelum 31 Mac, kena bayar habis jumlah perlu dicukai selewat-lewatnya 1 April. Kalau antara 1 April - 30 Jun, kena habis bayar before 1 Julai. Boleh lah korang plan awal...
Jadi, jalankan tanggungjawab korang!
Nasihat kami, sebagai rakyat Malaysia yang dewasa, berkerjaya, berpendapatan tetap dan terurus, jalankan lah tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai. Tak kira lah cukai apa pun, semuanya penting untuk pertumbuhan negara kita ni.
Agak-agak ada yang rasa nak elak bayar cukai tu, korang bagi diorang baca tang denda 300% kali ganda tu. Mintak simpang dik. Boleh muflis - siap malu sebab masuk surat khabar lagi tau!
So, kalau korang rasa artikel ni berguna, boleh share artikel ni kat family atau member-member yang kena bayar cukai pendapatan jugak. Selamat menjalankan tanggungjawab!
BACA JUGAK:
- 9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!
- Tahu Tak Cara Kira Cukai Pendapatan Sewa Rumah? Hah Baca Ni!
