Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Langkah untuk Beli Hartanah Lelong

BY Team Loanstreet

Updated 05 Jul 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Kalau kena dengan gaya, hartanah lelong boleh jadi satu aset yang menguntungkan sebab korang boleh ambil alih aset dibawah nama korang senditi dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran dan lebih berbaloi!

Bunyi macam best je, kan? Tapi, camne eh nak beli hartanah lelong? Bagi memudahkan urusan korang, ni jom kita tengok cara-cara untuk korang beli hartanah lelong.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Kenalpasti jenis lelongan hartanah


Sumber Imej: Deal Hartanah

Ada dua jenis lelongan hartanah yang korang kena fahamkan:

 
Loan Agreement Cum Assignment (LACA)
  • Dilakukan oleh bank untuk hartanah yang tak ada hak milik individu/hak strata.
  • Jumlah deposit yang perlu diserahkan kepada pelelong biasanya 5% daripada harga hartanah.
  • Sekiranya lelongan tak berjaya dapatkan pembeli, akan ada lelongan berikutnya dan harga rizab untuk setiap lelongan berikutnya akan berkurangan sebanyak 10% daripada harga sebelumnya.
  • Baki belian perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari selepas bidaan telah berjaya ke atas hartanah LACA.
Non-Loan Agreement Cum Assignment (Non-LACA)
  • Dijalankan melalui Mahkamah Tinggi untuk hartanah yang mempunyai hak milik individu/hak strata.
  • Sekiranya tak ada pembida yang berjaya untuk hartanah non-LACA, lelongan susulan boleh diadakan kira-kira enam bulan kemudian.
  • Sama macam lelongan LACA, harga rizab untuk setiap lelongan berikutnya adalah 10% lebih rendah daripada harga sebelumnya. Cumanya, baki belian hartanah non-LACA boleh diselesaikan dalam masa 120 hari selepas pembelian.
Bila korang dah faham beza antara dua jenis lelongan ni, korang dah boleh beralih ke langkah seterusnya. 


2. Pilih dan periksa hartanah lelong yang nak dibeli

Selidik dulu lokasi rumah lelong untuk pastikan sebarang risiko bencana alam dan bersiap sedia jugak dari segi kewangan untuk sebarang kerosakan.


Sumber Imej: OHSEMPOI | Apa yang anda perlu tahu sebelum membuat defect inspection di rumah baru

Perhatikan keadaan luar hartanah dan check kalau rumah tu berpenghuni atau tak. Lagi bagus kalau korang boleh mintak kebenaran penghuni tu untuk tinjau bahagian dalamam rumah tu, atau mintak jiran rumah yang mempunyai susun atur yang sama  untuk tunjukkan rumah diorang (kalau orang tu tak kisahlah).

Korang cuba gali maklumat daripada jiran-jiran tentang sifat pemilik sebelumnya. Sambil tu, korang check dulu harga pasaran kawasan sekitar rumah lelong dan bandingkan harga rizab lelongan dengan harga hartanah yang serupa kat situ untuk dapatkan harga bidaan yang berbaloi.


3. Semak dengan pemaju dan pejabat tanah tentang hartanah lelong

Sumber Imej: FMT| Barisan panjang kertas 'beratur' di luar Pejabat Tanah KL seawal 4 pagi

Rajinkan diri untuk beertanya kat pejabat pengurusan untuk tahu tentang yuran penyelenggaraan yang tertunggak. Selalunya pihak pengurusan mengalu-alukan kedatangan orang yang berpotensi menjadi bakal pemilik untuk jelaskan yuran lewat tersebut.

Ni maklumat penting yang korang kena ada sebelum bertanya:

  • Nombor lot hartanah
  • Alamat
  • Status hak milik
  • Lokasi
  • Harga Rizab Lelongan
Korang kena dapatkan Pengisytiharan Jualan atau ‘Proclamation of Sale’ (POS).


4. Upah Peguam

Sumber Imej: Harian Metro| Penting lantik peguam

Bila dah settle urusan kat atas tadi, korang kena upah peguam untuk selesaikan urusan beli hartanah lelong, terutamanya untuk hal-hal yang berkaitan dengan cukai taksiran dan cukai tanah.

Sebenarnya, oeguam yang korang upah dapat bantu korang kaji pembayaran penyelenggaraan yang tertunggak dengan pemaju, serta terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen POS.


5. Daftar dan sertai lelongan

Sumber Imej: Berita Harian|e-Lelong tingkatkan integriti lelongan

Korang boleh mendaftar sebelum atau pada hari lelongan. Pastikan korang sediakan cek juruwang atau bank draf bersamaan dengan 5% untuk lelongan LACA atau 10% untuk Non-LACA daripada harga simpanan hartanah yang korang nak bida.

Pastikan korang datang 30 minit sebelum lelongan andaikata korang nak daftar pada hari lelongan. Pembida yang menang kena tandatang Kontrak Jualan dan bayar  5% atau 10% daripada harga tawaran terakhir terdahulu, dan selesaikan baki dalam tempoh masa yang tertentu (biasanya dalam 3 bulan).


Tapi, sebelum nak beli hartanah lelong, korang kena tahu kebaikan dan keburukan dia dulu:

Kebaikan Keburukan
  • Harga pasaran rumah lelong lebih rendah daripada rumah subsale
  • Tak ada sekatan pembelian rumah
  • Pelbagai pilihan lokasi yang menarik
  • Harga rumah boleh dipilih berdasarkan kesesuaian bajet
  • Pulangan sewa lebih tinggi berbanding rumah subsale
  • Proses lelongan boleh dibatalkan (unit called off) pada bila-bila masa, termasuk pada hari lelongan kerana pemilik telah bayar baki tunggakan
  • Harga rumah dilelong melebihi harga pasaran terutama kalau tak membuat sebarang kajian harga pasaran
  • Pinjaman perumahan mungkin tak diluluskan
  • Korang terpaksa tanggung kerosakan unit rumah yang serius atau tunggakan bil yang tinggi.
  • Pemilik lama tak nak keluar dari rumah

Admin sarankan agar korang buat dulu research sebelum membuat keputusan ya. Macam admin, admin tak pernah lagi join mana-mana aktiviti lelongan hartanah.

Korang pulak macam mana? Apa jenis hartanah lelongan yang korang pernah beli? Jom share sama dengan admin kat posting FB kami.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan