So, JPJ ngan polis memang tak sama ke?
Jawapannya adalah “Tak”. Pertama sekali, JPJ adalah bahagian bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Dia memang tak sama dengan polis (nanti admin sentuh). JPJ ni lebih kurang bertanggungjawab pasal hal urusan pendaftaran dan lesen untuk semua pengguna jalan raya kat negara kita ni.
Sekarang ni mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, JPJ jugak bertanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan jalan dan trafik. Korang tahu tak yang Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) tu diuruskan oleh JPJ? Yup, sistem dimana kalau korang banyak dapat demerit sebab banyak kesalahan kat jalan raya atau trafik, boleh buat gantung lesen selama 1 tahun! Jangan main-main dengan JPJ...
Tambahan lagi, Automated Enforcement System (AES) – iaitu sistem kamera pengawasan trafik – dah disekalikan dengan KEJARA untuk dijadikan Automated Awareness Safety System (AWAS). Kiranya, kalau korang kantoi bawak laju dan langgar lampu merah boleh dapat demerit dan saman (combo 2 dalam 1 gittew!).
Psst… walaupun admin tak sapot korang langgar peraturan jalan raya, kami paham dapat saman bila tengah perjalanan jauh cam balik kampung tu memang buat mood spoil. Jadi, kami jumpa senarai (yang mungkin complete atau tak) tempat ada AES dan lokasi kamera speed trap untuk korang *batuk* hati-hati. Boleh thanks kami nanti.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pulak adalah abang-abang dan kakak-kakak baju biru yang bertugas dari jaga keselamatan awam dan rakyat sampai lah buat tugas yang tak menentu cam cegah kemasukan pendatang tanpa izin. Antara salah satu tugas awam diorang adalah buat roadblock untuk tangkap pengguna jalan raya yang berbahaya.
Sebab tu lah, diorang pun boleh keluarkan saman bila tengah roadblock atau operasi-operasi khas yang lain. Kalau korang nak tahu senarai penuh kesalahan yang boleh disaman, baca ni.
Apa akan berlaku kalau korang tak bayar saman JPJ atau polis?
Lambat laun, kantoi jugak. Dia camni, jumlah saman ni ada jadual standard dia lebih-lebih lagi kalau korang bayar lambat. Maksud admin kat sini adalah kalau korang bayar awal dalam 1 hingga 15 hari, selalunya hanya perlu bayar separuh je dari amaun penuh. Bila dah lebih 31 hingga 60 hari, kena lah bayar full.
Contohnya, korang dapat saman sebanyak RM150 sebab tak tampal sign ‘P’ kat kenderaan. Kalau korang bayar awal, hanya perlu kasi RM70 je lah. Cuba bayangkan yang korang dah ada saman lain pastu lupa? Tambah saman RM150 ni, jumlah total korang kena bayar silap-silap boleh cecah ribuan ringgit!
Kalau korang tekad tak nak bayar saman dan pikir selamat, pikir balik. Pihak JPJ dan DBKL boleh je keluarkan surat perintah untuk korang ke mahkamah. Bila dah camni, segala dokumen sah berkaitan kenderaan korang (geran, cukai jalan dan lesen memandu!) boleh masuk senarai blacklisted!
Bila dah ada perintah mahkamah, korang insaf dan nak bayar saman pun tak guna sebab tak boleh sampai lah hadir ke mahkamah untuk clear saman. Lepas tu, baru korang boleh selesaikan bayar saman tertunggak dan renew lesen, road tax atau jual kereta. Tak ke lagi menyusahkan? Baik bayar je saman terus.
Untuk saman PDRM pulak, korang siap boleh kena tangkap kalau degil tak nak bayar saman! Katakan lah, korang ada banyak saman tertunggak. Benda pertama akan berlaku adalah korang akan dipanggil ke mahkamah. Nak tak nak, kena ikut lah.
Tapi, kalau korang still degil tak nak hadir mahkamah, boleh terus jadi sebab keluarkan waran tangkap. Bila dah sampai camtu, mengikut Seksyen 38 (2) CPC, waran tu akan berkuatkuasa sampailah pihak PDRM batalkan atau korang masuk tahanan. Maksudnya kan, diorang boleh guna waran tu walaupun dah bertahun lamanya!
“Ok ok, aku bayar! Camne pulak nak semak dan selesaikan saman?”
Haaa pandai pun. Cara paling senang dan simple adalah guna portal MyEG. Servis diorang pun cepat dan percuma, korang follow je langkah ni:
- Lawat website MyEG
- Kena daftar dulu kalau korang pengguna baru.
- Bila selesai, log in dengan details korang.
- Dari navigation bar kat atas, klik ‘Services’ dan pilih antara ‘Road Transport Department’ atau ‘Royal Malaysia Police’.
- Semak dedua menggunakan nombor IC korang untuk tahu ada saman ke tak.
- Kalau ya, jumlah total akan keluar dan korang boleh pilih bayar guna online banking atau kad kredit/debit.
- Bila dah sudah, korang akan dapat notification bayaran berjaya dan dapat resit dalam email.
Cara lain korang boleh jugak bayar kat kaunter polis trafik, memana Pos Malaysia, ATM Maybank atau website RILEK. Dalam tengah pandemik ni, admin suggest bayar online je lah - duduk je rumah tu.
Amaran, korang jangan cuba lari dari undang-undang pulak!
Serius lah, korang masih lagi rasa malas nak bayar lepas tahu kena pergi mahkamah? Kalau admin, memang tak sanggup - bertambah susah lah korang nanti. Kalau dah buat salah, baik kita mengaku je dan bayar secepat yang mungkin (dapat lah kurang bayar!).
Kalau boleh, nak semua dalam keadaan baik je. Antara korang boleh buat adalah pastikan roadtax dan insurans kenderaan masing-masing dah renew. Takde lah korang kena saman sebab dah expired.
Nak senang, korang renew je dengan Loanstreet untuk insurans dan roadtax kereta atau motosikal - jimat masa, tenaga dan siap dalam 5 minit je!
BACA JUGAK:
- Boleh Beli/Renew Insurans Motosikal & Road Tax Online!
- Boleh Ke Renew Roadtax Kalau Ada Saman Tertunggak?
- Road tax Mati? Ini 7 Cara Nak Elakkan Kena Roadblock JPJ/Polis
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.