Mula-mula, cara nak elak roadblock JPJ/Polis
1. Drive masa traffic jam/hujan
Mungking korang tak berkenan dengan cadangan ni, tapi serius, korang pernah ke nampak abam pulis buat roadblock masa hujan atau traffic jam? Kalau ada pun mungkin setahun sekali - waktu raya. Lagi satu, memang tak dinafikan bahawa memandu dalam situasi macam ni boleh mencabar kesabaran, tapi kalau dah terpaksa….
2. Guna laluan highway
Tak semua suka lalu highway sebab kena bayar tol. Kita lebih rela bersusah payah merentasi kesesakan trafik dan juga jalan belakang daripada keluarkan duit. Kalau korang jenis kedekut, buatlah pengorbanan kecil ni untuk mengelak roadblock.
3. Elak memandu pada waktu malam sebelum acara besar
Acara besar di sini bermaksud konsert, sambutan perayaan, hari kebangsaan atau yang sewaktu dengannya. Selalunya, masa ni lah sesetengah polis akan keluar ‘cari makan’. Lagi pun, keadaan trafik akan sangat sesak, jadi kenapa nak menyusahkan diri? Tapi kalau korang mati-mati jugak kena redah trafik waktu tu, gunalah cadangan nombor 4 kat bawah ni.
4. Guna Waze atau Info Roadblock JPJ/Polis FB page
Siapa kat sini yang takde Waze tapi masih drive guna signboard sila angkat kaki! Krik krik...
Tapi Waze bukan je berguna untuk tunjuk jalan, semua orang tau yang ia boleh bagitau korang kalau ada traffic jam, kemalangan, dan yang paling penting - kalau ada pemeriksaan polis atau sekatan jalan ke destinasi korang. Selain itu, korang juga boleh rujuk Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.
Apa perlu buat kalau kena jugak roadblock JPJ/Polis
1. Mengaku kesalahan korang
Okay, korang mesti fikir, “Ish, gila ke apa?”. Ya, ini mungkin tindakan yang berisiko tinggi, tapi korang dah lupa ke yang memandu tanpa road tax yang sah dah pun meletakkan korang di posisi tersebut. Apa pun, kadang-kadang dengan mengaku yang korang bersalah (jangan lupa budi bicara), korang mungkin akan terlepas tanpa saman. Haaa...ianya lebih baik jika korang boleh selitkan dengan taktik dekat bawah ni sekali. Tapi ingat, cara ini bergantung pada nasib korang.
2. Jangan sia-siakan bakat lakonan
Kami rasa semua orang boleh berlakon kalau berada dalam keadaan terdesak. Bezanya cuma kalau lakonan itu boleh dipercayai atau pun tidak. Lagi best kalau alasan yang korang bagi tu ada unsur-unsur sinetron. Ingat, alasan yang korang bagi tu perlulah realistik dan cukup meyakinkan supaya boleh mendapat peluang kedua. Boleh lihat contoh ni:
Tak semestinya korang kena berlakon. Kalau muka tu penuh cahaya keimanan dan korang cakap penuh dengan budi bahasa, insya-Allah sejuk hati ibu mengandung abang polis.
3. Bagi Duit Kopi?
Kadang-kadang polis sendiri akan tanya, “Jadi, camne sekarang nak settle ni?”. Ini terpulanglah kepada hati nurani korang. Korang pun dah besar, pandai buat keputusan sendiri. Rasuah ni haram ye.
BONUS: Renew road tax korang tu secepat mungkin!
Kami faham, korang semua sangat sibuk dengan kehidupan seharian, tapi marilah kita jadi rakyat marhein yang cekap, amanah, dan bertanggungjawab. Carilah masa untuk perkara macam ni. Bukannya susah pun. Sekarang korang tak perlu lagi ke pejabat JPJ untuk renew road tax - boleh minta tolong ‘runner’ uruskan ataupun secara online. Bila dah settle, mesti terus rasa tenang.
Ha, macam mana? Korang pernah ke buat taktik-taktik di atas sebelum ni? Kalau korang ada cadangan bernas yang lain, jangan segan silu untuk kongsikan bersama kami di ruang komen FB. Lagi satu, kalau korang enjoy baca artikel ni, klik butang Like, lepas itu kongsikan bersama keluarga serta kawan-kawan.
Akhir kata - pandu cermat, jiwa selamat!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.