Sangkut ke tak nak renew roadtax kalau ada saman?
Senang cerita sebab tak nak korang konfius, ye akan sangkut kalau ada saman tertunggak. Jadi, korang kena settlekan dulu sebelum renew roadtax, tak kisahlah saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tapi, saman JPJ ni lagi berisiko sebab bayaran denda yang dikenakan lagi mahal berbanding saman PDRM. Contohnya, bagi kesalahan tak pakai seatbelt, PDRM denda RM150 je tapi JPJ kenakan RM300 kot. Boleh kopak kalau kena.

Selain tu, korang kena amik tahu pasal jenis saman yang korang kena jugak. Ada saman yang senang je buat nama korang blacklist dan ada yang tak. Kalau nak tahu apa beza antara jenis saman ni, kenalah sambung baca.
Apa pulak saman blacklist dan saman tak blacklist ni?
Saman blacklist
Saman blacklist ni adalah saman yang mudah untuk untuk block korang daripada renew roadtax dan insurans sebab rekod kesalahan korang dah ada dalam sistem JPJ. Selalunya, saman blacklist ni akan diberikan terus waktu roadblock atau masa kena tahan kat tepi jalan. Contoh kesalahan termasuklah:- Takde lesen memandu/lesen dah mati
- Roadtax dan insurans dah mati
- Tak pakat helmet/seatbelt
Kalau korang masih tak pasti nama dah kena blackist atau tak, klik sini untuk semak status.
Saman tak diblacklist
Saman yang tak diblacklist ni pulak ialahsurat saman yang tak diberikan depan-depan tapi dihantar terus ke alamat rumah (mengikut alamat dalam IC). Contoh saman termasuklah:
- Saman speedtrap/AES
- Saman ekor
- Saman kesalahan parking.
Okay, saman majlis perbandaran pulak macam mana?
Selain PDRM dan JPJ, korang jugak boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan macam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) atau majlis perbandaran lain bagi isu berkaitan parking. Contoh kesalahan termasuklah:
- Tak bayar kupon parking
- Double park
- Tak park dalam kotak kuning.
Sumber: lowyat.net
So, lepas ni korang tak boleh lah buat dek je kalau dapat saman DBKL sebab nama korang akan muncul dalam sistem. Tapi jangan risau, saman majlis perbandaran ni bukan jenis kena blacklist terus. Korang masih ada masa 45 hari untuk settlekan.
Kalau beli kenderaan secondhand dan ada saman dari owner lama, siapa yang bertanggungjawab?
Kalau tadi kita bincang pasal saman bagi kesalahan korang sendiri, tapi kalau kesalahan orang lain (owner lama kereta secondhand) pulak macam mana? Apa yang korang kena buat sekiranya tak lepas untuk renew roadtax dan insurans?Bagi yang hadapi situasi macam ni, jangan risau, tunjuk je dokumen pembelian kereta macam salinan borang pertukaran nama dan geran baru kat JPJ. Once terbukti yang saman tersebut dikeluarkan sebelum bertukar nama, korang tak perlu bayar saman owner lama. Tapi, kalau korang beli kenderaan secondhand secara ansuran dengan member dan masih belum tukar nama, agak susah sikitlah untuk tunjukkan bukti kat JPJ. Bagi kes macam ni, korang kena kawtim balik dengan member tu.

Kami faham, bayaran saman bukanlah semurah teh tarik mamak. Jadi, kalau tak mampu nak settlekan on the spot, korang tunggu lah bila pihak berkuasa keluarkan diskaun saman. Yang mana ada saman tu, gunakan peluang ni sebaiknya. Setidak-setidaknya boleh jugak korang berjimat.
Bila dah bayar saman, duit yang berjaya jimat tu jangan lupa pulak guna untuk renew roadtax dan insurans. Bagi memudahkan hidup korang supaya tak perlu beratur lama kat JPJ, korang renew je lah roadtax dan insurans sekaligus secara online kat Loanstreet.
Lagi sekali nak ingatkan, saman jalan lupa bayar, kalau tak…
...surat perintah hadir ke mahkamah akan dihantar ke rumah korang bagi perbicaraan saman tertunggak. At this point, korang tak boleh ignore tau sebab waran tangkap akan dikeluarkan kalau korang gagal hadir ke perbicaraan. Buktinya, pada tahun 2019, ada sebanyak 39,358 saman yang dikeluarkan! Pendek kata, kalau tak nak kena masuk penjara, silalah buat apa yang patut. Oh, jangan lupa renew roadtax dan insurans jugak untuk elak kena saman!

Baca Jugak: