Jadi, camne nak beli/renew insurans & roadtax secara online melalui Loanstreet?
Langkah 1 - Layari page Loanstreet
Lepas korang dah ke laman web Loanstreet, cari butang “Insurans” dan klik pada “Insurans Motosikal”. Pastu, nampak tak butang “Ketahui Sebut Harga”? Hah, klik butang tu.
Langkah 2 - Masukkan maklumat peribadi & kenderaan untuk tahu SEBUT HARGA
Kemudian, korang akan diminta untuk isi butiran peribadi dan motosikal. Proses ni sangat penting, jadi pastikan maklumat yang korang berikan tu tepat ikut geran motosikal dan cover note yang sebelum ni. Kalau tersalah bagi maklumat, takpe - boleh tekan butang edit lepas dah dapat sebut harga.
Dan… semua maklumat ni akan diambil kira dalam pengiraan harga insurans dan mempengaruhi sebut harga seperti gambar dalam Langkah 3.
Langkah 3 - Puas hati dengan sebut harga? Klik “TERUSKAN”
Kalau korang setuju dengan sebut harga yang diberikan, boleh terus beli insurans motosikal dengan mengklik butang “TERUSKAN”. Korang akan dibawa ke halaman lain dan diminta untuk mengisi butiran selanjutnya (lihat gambar dibawah).
Langkah 4 - Renew roadtax sekali gus melalui Loanstreet (kalau nak)
Sebelum setel, korang akan diberi pilihan untuk renew roadtax ke tak. Kalau korang nak renew, klik kotak “YA“ dan "Gunakan butiran pemilik motosikal" supaya maklumat yang korang berikan tadi dimasukkan dalam halaman seperti gambar di atas. Korang juga akan tahu jumlah terkini - ini termasuk caj penghantaran dan yuran perkhidmatan.
Nota sampingan: Kepada mereka yang renew roadtax melalui Loanstreet, kami nak bagitau yang proses penghantaran akan ambil masa 3 - 5 hari untuk yang tinggal di Semenanjung (RM8 - caj penghantaran). Untuk mereka yang tinggal di Timur Malaysia (Sabah dan Sarawak), malangnya, kami tak provide servis hantar roadtax ke sana.
Tapi, kalau korang tak nak, takde masalah, boleh terus klik butang “TIDAK”.
Langkah 5 - Sahkan maklumat & buat pembayaran
Sebelum bayar, korang akan diminta untuk mengesahkan maklumat dulu - manalah tahu ada tersilap key in maklumat ke. Untuk pembayaran, klik "DAPATKAN" - korang boleh guna online banking (FPX) ataupun e-wallet Boost.
Akhirnya (kini pasti) pembelian/pembaharuan insurans dan roadtax korang dah pun berjaya. Sekarang, korang cuma perlu tunggu emel yang mengandungi cover note insurans motosikal korang (macam gambar kat bawah) dari pihak insurans secepat mungkin (kalau takde pape masalah).
Hanya perlukan KURANG DARI 5 MINIT je untuk lengkapkan transaksi ni
Tapi... kalau sambungan internet korang lambat cam kura-kura dan hubungan korang dengan teknologi pun tak berapa nak kamcing, proses ambik masa sikit lah.Jangan lupa share dengan keluarga dan kawan-kawan pasal pembelian/pembaruan insurans dan juga roadtax melalui Loanstreet ni. Memang jimat sebab tak perlu bazir minyak dan masa pergi sana sini. Korang boleh renew insurans motosikal korang seawal 2 bulan tau. Tunggu apa lagi? Cuba try test!
BACA JUGAK: