Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak kahwin tapi duit tak cukup? Jom guna Teknik Hybrid ASB!!

BY Diyana Ridzyianty

Updated 29 Oct 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

 

Rasanya ramai yang seringkali dengar tentang ASB. Lagi-lagi bila ada suara yang dok pesan cakap “kalau nak labur duit secara selamat... masuk je dalam ASB”. Kira cara selamat gitu sebab pejam celik pejam celik, duit korang dalam ASB semakin bercambah. Nice kan?

Tapi, seperti yang diketahui.. makan masa jugak la untuk pastikan duit dalam tu menggunung. Jadi, kali ini Loanstreet nak share satu teknik untuk percepatkan duit korang beranak dalam ASB. Kaedah ini dikenali sebagai ‘teknik hybrid ASB’.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Gambar Asal: The Star

ASB tu macam mana sebenarnya?

Sebelum cerita pasal teknik hybrid ASB, korang kena betul-betul faham dulu apa benda ASB ni. Sebenarnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) ni adalah dana unit Amanah Bumiputera Malaysia untuk bantu masyarakat bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif.

Kira macam nak tolong kita jana pulangan/untung dalam jangka masa yang panjang dan stabil gitu. Senang cerita, setiap tahun korang akan dapat pulangan secara konsisten.

Lebih menarik lagi yang buatkan ramai orang nak turut serta dalam ASB ni sebab sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tiada caj yang dikenakan. Benda free kena dimanfaatkan weh!

Kalau nak tahu lebih lanjut, baca artikel ni: Apa itu Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

 

Macam mana nak kembangkan duit guna Teknik Hybrid ASB?

Untuk pengetahuan korang, teknik hybrid ni bermaksud menggabungkan teknik pembayaran secara rolling dan compounding untuk pinjaman ASB atau ASB Financing korang. Cara ni sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia ASB. Oh, kalau ada yang tengah struggle kumpul duit kahwin atau mungkin nak kumpul duit deposit rumah pertama boleh cuba teknik hybrid ni ya.

Mesti blur kan macam mana teknik hybrid ni berfungsi? Meh sini kami kasi contoh supaya korang nampak sikit cara aliran teknik ni. Okay, untuk mudah faham kami agihkan kepada tiga fasa. 

Fasa 1

Pada fasa pertama, korang kena make sure duit simpanan cash di ASB korang ada sekurang-kurangnya bersamaan dengan 3 bulan gaji korang. Contoh, kalau gaji korang RM3,000 sebulan, means korang kena simpan cash dalam ASB atleast RM9,000.

Mesti ada segelintir yang cakap “gila weh nak kumpul RM9,000!”. Tapi percayalah, kalau korang konsisten dapat gaji terus tolak dulu duit untuk disimpan dalam ASB tiada yang mustahil. Bagi anak muda yang baru je berjinak dalam dunia pekerjaan, inilah waktunya korang simpan lebih sikit duit gaji tu sementara komitmen hidup tak banyak lagi kan. 

Tak sure macam mana nak simpan duit? Baca ni: Azam Tahun Baru Nak Menabung? Nah, 7 Idea Untuk Menyimpan

Fasa 2

Lepas dah settle kumpul tabung cash RM9,000 tadi... barulah korang gerak ke next plan iaitu apply ASB Financing mengikut kemampuan. Sebelum apply, korang kena tahu yang tiap bank sediakan bayaran bulanan dan kadar faedah yang berbeza.  Korang boleh bandingkan pinjaman ASB antara bank dekat SINI.

Contohnya, kalau rasa korang just mampu nak bayar sebulan RM200, so boleh apply sijil ASB bernilai RM50K. Ingat guys, ukur baju di badan sendiri! Kita hidup ni biar sepadan dengan ‘poket’ kita nanti tak merana di kemudian hari gitu. 

Okay lepas korang dah apply sijil ASB tu kan, korang konsisten bayar tiap bulan. Then, hujung tahun nanti korang akan dapat dividen berdasarkan simpanan RM9,000 tu dan sijil RM50K tadi. Anggaran potensi dividen ASB adalah 5% setahun, jadinya boleh dikatakan pada hujung tahun korang bakal dapat dividen sekurang-kurangnya RM2,950. Fuh, kira banyak juga la tu weh!

BACA NI kalau nak tahu kenapa Pinjaman ASB Lebih Untung Dari Simpanan ASB?

Fasa 3

Dalam penggunaan teknik hybrid ni, korang kena ada satu sikap iaitu ‘konsisten’.  Kalau korang keep saving ja dividen yang korang dapat pada hujung tahun tu... tahun-tahun seterusnya compounding return akan jadi dalam RM3097. Beranak-pinak duit korang tu ye.

Kemudian, korang maintain je buat benda yang sama ni selama 5 tahun dengan anggaran dividen ASB 5% setahun. Sampai je tahun kelima, korang bakal kumpul sekitar RM20,000 beb! Pejam celik – pejam celik dah ada RM20,000 dalam tangan! Cukup tak tu nak jadikan duit kahwin? Kalau tak cukup, ajak pasangan buat sekali teknik hybrid ni. So, just imagine sorang kumpul RM20,000 dapatlah total jadi RM40,000. Mantap!

Korang yang tentukan sendiri isi poket korang...

Ingat ya guys, takde benda yang mustahil kalau kita ada ilmu dan strategi yang betul. Plus, kena kekal konsisten dalam sesuatu yang kita buat tu baru nampak hasilnya. Semoga perkongsian kali ini membantu korang dalam buat perancangan kewangan ya!

 

BACA JUGAK:

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Diyana Ridzyianty



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024