Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Jatuh Muflis Sebelum Umur 30? Cuba 5 Perkara Ni!

BY Nor Aziah

Updated 26 Oct 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Muflis atau bankrap ni bukanlah satu bende yang asing. Statistik dah tunjuk dari 2019 kes muflis di Malaysia dah lebih dari 50,000 orang! Daripada jumlah tadi, 23.63% golongan yang muflis ni umur di bawah 34 tahun.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Macam pelik je kan muda-muda dah boleh jatuh muflis! Muflis ni macam mana sebenarnya?

Korang akan diputuskan sebagai seorang muflis melalui perintah mahkamah jika berhutang lebih RM100,000 dan tak mampu bayar, gagal bayar hutang selama 6 bulan berturut-turut dan menetap di Malaysia selama lebih setahun dalam tempoh berhutang. Segala harta kepunyaan bankrap tak bercagar akan menjadi tanggungjawab Jabatan Insolvensi Malaysia untuk selesai dan hasilkan balik harta tadi. Kalau tak selesaikan, korang akan dikenakan had untuk bekerja, melancong, aset seperti rumah dan kereta dirampas dan tak boleh guna kad kredit secara bebas.

Apa je tabiat buruk bila buat pinjaman yang boleh makan diri korang sampai muflis?

1. Buat pinjaman peribadi ikut suke hati

Memang tak boleh nafi, pinjaman peribadi sangat popular dan jadi pilihan utama untuk masyarakat kita sebab senang nak mohon. Bagi je bukti pengenalan diri, bukti pendapatan, dan alamat kediaman dah boleh mohon dekat bank dan tunggu kelulusan. 

Pinjaman peribadi ni selalu digunakan untuk bayar balik hutang belajar, travel tempat best, tampung kos belanja rumah lagi-lagi masa musim perayaaan dan hal peribadi lain. Ni sume sebab kadar faedah pinjaman peribadi rendah berbanding pinjaman lain. Interest rate dia kalau korang nak tahu 6% hingga 11% je dengan kadar tetap. Dah la tempoh nak bayar balik boleh sampai 10 tahun, sape je tak nak, kan?

Tapi… korang kena hati-hati bila buat pinjaman peribadi ni sebab boleh makan diri. Memang lah boleh pinjam dari RM1,000 sampai RM400,000. Tapi, ramai terjerat sebab nak nampak mewah dan have-have di mata orang lain. Ada yang sampai sanggup berhutang semata-mata nak buat majlis kahwin secara besar-besaran.


Sekarang dah jadi satu trend buat pasangan yang rancang nak kahwin guna pinjaman peribadi sebab nak tampung kos buat majlis perkahwinan mewah. Bukan apa, nanti kalau buat ikut bajet takut mak cik bawang mengata kan. Korang kena berjaga-jaga sebab dah ramai pasangan muda yang terjerat dengan pinjaman peribadi ni sebab buat pinjaman tinggi tapi tak mampu bayar balik. Kemudian, jatuh muflis sebab terbeban nak langsaikan hutang tu.

TIPS: Kalau nak elak muflis, tolong PEKA 4 bende ni bila buat pinjaman:

  • Jumlah pinjaman

  • Kadar faedah

  • Tempoh pinjaman

  • Risiko pinjaman (Penalti pelangsaian awal serta caj atau yuran lain)

Berdasarkan 4 perkara ni korang boleh nilaikan sendiri dengan gaji bulanan korang!

 

2. Beli kereta tak ikut kemampuan

Kalau korang nak beli kereta mestilah korang kena buat pinjaman kenderaan, lain lah kalau korang boleh letak duit atas meja bayar cash terus. Itu biasa anak datuk je boleh flex macam tu. Tapi jadi masalah bila korang punya selera kereta ni dekat Volkswagen, BMW dan Lamborghini.


Sebelum nak buat pinjaman kereta, bandingkan dulu bayaran ansuran bulanan yang korang kena bayar dengan gaji korang. Kalau gaji RM2,000 sebulan tapi teringin nak pakai Honda Jazz yang bulanan dia pun dalam RM950, tu dah separuh dari gaji korang. Tu belum masuk komitmen lain dalam hidup korang lagi. Contohnya sewa rumah, bil telefon serta minyak dan tol. Jadi ada risiko untuk korang tak mampu selesaikan bayaran ansuran bulanan kereta tu sampai tertunggak berbulan-bulan.

Bila dah buat pinjaman kereta dengan bank, korang kena tahu selagi tak selesaikan bayaran pinjaman kereta tu dengan bank, selagi tu lah kereta tu MILIK PIHAK BANK. Bukan milik korang sepenuhnya lagi tau! Jadi, pihak bank ada hak untuk tarik balik kereta korang dan isytiharkan korang sebagai bankrap JIKA korang masih belum selesaikan 75% jumlah pinjaman kereta tu. 

Bila dikira macam ni, sangat penting untuk korang tahu bayaran ansuran bulanan kereta yang sesuai dengan gaji korang. Jangan jadi hamba pinjaman kenderaan sebab nak nampak kaya dekat orang lain!
 

3. Beli rumah tapi belum sedia nak bayar bulanan


Sebab tak sabar sangat nak ada aset rumah sendiri, ramai yang abaikan beli ikut kemampuan sebab rasa pinjaman rumah ni adalah satu pelaburan yang paling helok. Kalau gaji korang RM2,000 tapi nak beli rumah berharga RM300,000, agak-agak ikut kemampuan tak?

Contohnya korang nak beli rumah pertama dengan harga RM300,000 untuk tempoh 300 bulan atau 25 tahun. Jadi harga ansuran bulanan korang kena bayar secara kasar untuk rumah adalah sebanyak RM1,000 sebulan. Tu dah separuh dari gaji korang, belum tambah komitmen yang lain. Tengok-tengok dah tak mampu nak bayar tiap bulan.

Jika korang lambat atau langsung tak bayar pinjaman ni, bank berhak untuk lelong rumah korang sebab nak bayar hutang tertunggak korang tu. Bukan tak boleh buat pinjaman rumah kalau gaji kecik, cuma kena ukur baju dekat badan korang. Jangan sampai masuk senarai muflis sebab nak ada aset semata.

PENTING: Korang boleh tengok dulu harga pinjaman rumah sesuai dengan gaji korang guna Kalkulator Loanstreet ni.
 

4. Jadi penjamin kepada pinjaman orang lain


Jadi penjamin kepada orang terdekat pun adalah satu tabiat yang nampak macam bende biasa, tapi boleh merugikan korang di masa depan. Korang jangan cepat cair bila ada kawan atau keluarga terdekat mintak jadi penjamin pinjaman diorang. Banyak risiko jadi penjamin ni, antara risiko dia aset dan harta korang boleh disita kalau orang yang korang jamin tu gagal bayar hutang pinjaman dekat bank.

Kalau dah gagal bayar tunggakan pinjaman, Jabatan Insolvensi Malaysia berhak untuk isytiharkan penjamin sebagai muflis jika hutang mencecah lebih daripada RM100,000. Aset serta harta penjamin akan digunakan untuk bayar baki hutang pinjaman tadi.

Nampak macam simple je jadi penjamin ni, tapi ramai tak tahu risiko muflis ni sebab rasa bangga kewangan kukuh sampai mampu jadi penjamin pinjaman orang lain. Sebelum fikir bangga, fikir dulu ada sebab kenapa seseorang tu perlukan penjamin. Kebiasaanya seseorang tu perlukan penjamin sebab status kewangan dia tidak layak nak buat pinjaman dengan bank. Korang pulak senang-senang je jadi penjamin sedangkan yang korang jamin tu peminjam berisiko.
 

5. Guna kad kredit tak ingat dunia


Rasanya ramai dah tahu bila guna kad kredit segala urusan membeli memang jadi lebih mudah. 

Bila dah seronok, macam-macam la korang shopping dan berbelanja sakan guna kad kredit, sebab takde had kan. Kalau ada had RM10,000 pun, bank masih akan telefon korang untuk tinggikan lagi jumlah limit supaya korang boleh terus shopping tanpa rasa bersalah.

Tapi… ramai lupa kad kredit ni pun adalah satu komitmen hutang yang korang wajib bayar balik dengan pihak bank. Tabiat dah belanja sampai beribu tapi tak mampu bayar balik dengan bank ni punca ramai jatuh muflis. 

Bila korang guna kad kredit, korang kena bayar tiap bulan tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak bank. Baru korang boleh dapat kadar faedah rendah untuk dibayar. Bila boros dan tak sempat bayar mengikut waktu, kadar faedah yang perlu korang bayar makin tinggi mengikut peringkat:

Jenis Faedah Kadar Faedah (%)
Peringkat 1 Kadar faedah setinggi 15% setahun (bayaran minima dibuat berturut-turut selama 12 bulan)
Peringkat 2 Kadar faedah setinggi 17% setahun (bayaran minima dibuat berturut-turut sekurang-kurangnya 10 bulan dalam tempoh 12 bulan)
Peringkat 3 Kadar faedah 18% setahun
 

Selain tu, korang jugak akan dikenakan caj lambat bayar. Caj bayaran lambat ni bergantung dekat bank, tapi selalunya caj dikenakan adalah 1% dari jumlah baki hutang yang tertunggak atau RM100, tengok mana lagi rendah. Jika pengeluar kad ingin menetapkan caj bayaran lewat minimum, caj itu tidak boleh melebihi RM10. Caj bayaran lambat tu akan terus berjalan selagi korang tak lunaskan baki yang tertunggak tu. 

Tanpa korang sedar, caj bayaran lewat tu mula terkumpul sekali dengan caj faedah untuk baki tertunggak kad kredit sampai jadi satu bebanan untuk korang bayar balik dekat bank. Bila dah tertunggak sampai RM30,000 dan tak mampu bayar dalam tempoh lebih dari 6 bulan, bank ada hak untuk tarik aset korang yang lain dan isytiharkan korang sebagai muflis untuk langsaikan hutang kad kredit korang.

 

Korang tahu tak yang korang boleh muflis tanpa sedar?

 


Kalau korang dah start buat banyak pinjaman atau jadi penjamin, lepas tu nak check status korang mana la tahu kot-kot muflis tanpa sedar kan. Korang boleh pegi ke laman web Jabatan Insolvensi Malaysia untuk check status muflis korang. Make sure sediakan bayaran RM10!

Kalau keluar dekat situ yang korang dah muflis, boleh terus buat laporan status muflis korang ke cawangan MDI (Jabatan Insolvensi Malaysia) terdekat. Dekat situ korang akan diarahkan untuk isi untuk isi borang Pernyataan Hal Ehwal Bankrap. Pastikan korang ada dokumen lengkap seperti Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap 6 bulan.

Last sekali, kalau korang rasa tak mampu nak uruskan segala hutang tu sendiri, korang boleh  berhubung dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Pihak AKPK akan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk kes hutang korang. 

Jangan takut untuk berurusan dengan pihak MDI dan AKPK sebab tugas diorang untuk mudahkan kerja selesaikan hutang korang. Lagi cepat berurusan dengan diorang, lagi cepat korang boleh keluar dari senarai muflis!

 

Okay sekarang dah tahu tabiat yang boleh buat korang muflis, dah sedia ke nak ambik pinjaman berlainan dengan bank? Kalau dah ready semestinya takde masalah, cuma jangan amalkan 5 perkara tadi, KECUALI kalau korang nak merasa masuk list muflis dekat Malaysia ni!

 

BACA JUGAK:

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!