Cuba, korang tengok sendiri rekod dividen ASB kat bawah ni yang diberikan mengikut tahun kepada pemegang akaun ASB:
Tahun | Nilai agihan | Jumlah |
---|---|---|
2022 (terkini!) | 4.60 sen seunit+ tambahan bonus 0.50 sen seunit | 5.1% |
2021 | 4.25 sen seunit+ tambahan bonus 0.75 sen seunit | 5% |
2020 | 4.25 peratus + tambahan bonus asb 0.75 peratus untuk 30 ribu unit pertama sahaja | 5% |
2019 | 5.0 peratus + 0.5 (bonus) | 5.5% |
2018 | 6.5 peratus (dividen) + 0.5 (bonus) | 7% |
2017 | 7.00 (dividen) + 1.25 peratus (bonus) | 8.25% |
Macam tahun 2021, kadar dividen cuma 5% je. Tahun 2022 pulak, jadi 5.1%. Dalam situasi macam nilah korang kena rasional, kena faham yang sebahagian besar dari dana ASB dilaburkan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.
Kalau prestasi Bursa masatu bagus, of kos lah pulangan pun bagus, kan? Kalau pasaran saham merundum, sedikit sebanyak pelaburan ASB pun akan terjejas tau.
Sebelum korang main agak-agak or terus buat kesimpulan sendiri, perkara pertama yang korang kena faham dengan jelas ialah mengenai ASB itu sendiri.
Apa yang dimaksudkan dengan ASB?
Sumber: ASNB
Rasanya ramai dah tahu yang pinjaman ASB ni hanya untuk Bumiputera je, sama jugaklah dengan dana-dana ASB yang lain. Bila kita masukkan duit dalam ASB, ASB akan laburkan duit kita tu dalam instrumen kewangan diorang.
Sumber: Maybank Youtube
Korang yang buka akaun dengan ASB akan dapat nikmati agihan hasil pelaburan yang diterima. Awal tahun korang dah boleh keluarkan duit tu.
Kebanyakan pinjaman ASB hari ini menggunakan kadar faedah terapung. So, kadar faedah akan berubah ikut kaedah faedah asas (Base Lending Rate atau BLR). Sama macam insurans hartanah, pelanggan boleh pilih untuk melindungi pinjaman ASB diorang dengan insurans/takaful yang dibiayai oleh bank-bank.
Insurans-insurans ni akan melindungi baki jumlah pinjaman kalau ada berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal (Permanent Total Disability atau PTD).
Ada beza ke pinjaman dan simpanan ASB?
Untuk pengetahuan korang, pinjaman ASB adalah pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan kepada pinjaman ASB dikira guna kaedah pengurangan baki (sama seperti yang digunakan oleh Pinjaman Perumahan dan Deposit Tetap).
Of course lah kalau sumbangan ASB dengan duit sendiri akan buat kita kurang risau sikit, kan? Kalau pinjaman ASB yang dah tentu-tentu komitmen kita akan naik. Tapi dalam jangka panjang mungkin korang akan nampak perbezaan yang cukup besar, tak faham?
Ni adalah perbezaan antara simpanan ASB dan pinjaman ASB:
Simpanan ASB | Pinjaman ASB | |
---|---|---|
Saiz pelaburan minimum | Pelaburan minimum RM10 | Pelaburan minimum RM10,000 |
Saiz pelaburan maksimum | Terhad oleh jumlah wang dalam tangan & had pelaburan ASB |
Terhad kepada kuasa pinjaman & had pelaburan ASB |
Pulangan | Tidak bermanfaat tetapi margin lebih tinggi | Pulangan yang dimanfaatkan, tetapi margin yang lebih rendah |
Kos tambahan | Tiada |
|
Risiko kadar faedah | Tiada | Dipengaruhi oleh perubahan BLR |
Lock-in | Tiada. Boleh menebus unit untuk tunai bila-bila masa. | Lock in period (biasanya 2 tahun dan ke atas) di mana unit yang dibeli menggunakan pinjaman ASB tidak boleh dijual. Tetapi pelabur boleh mengeluarkan tunai dari dividen tahunan. |
Semua bank boleh buat pinjaman ASB ke?
Kalau korang nak tahu, pinjaman ASB boleh dibuat dekat bank-bank ni:
Maybank | |
---|---|
Ambank | |
Bank Simpanan Nasional | BSN MyRinggit ASB |
Affin Bank | Affin ASB/ASB2 |
CIMB Bank | CIMB ASB Financing |
RHB Bank | ASB Financing |
RHB Easy | Easy-ASB |
Tapi sebelum nak buat pinjaman, korang kena bukak akaun ASB dulu ya.
Ni proses yang diperlukan untuk bukak akaun ASB:
-
Serahkan semua dokumen pendapatan kepada bank,
-
Kemudian baru boleh buka ASB dengan bank yang terlibat.
-
Lepas permohonan korang dah lulus, bank akan kreditkan elaun pinjaman terus ke dalam akaun ASB korang.
-
Pelabur (peminjam) bertanggungjawab untuk bayar semula pinjaman dalam bayaran bulanan.
Jangan terkejut tau, sesetengah bank ada kenakan yuran pengurusan dan dokumentasi apabila memohon pinjaman ASB.
Berbaloi ke pinjaman ASB ni?
Ok… untuk mudahkan korang faham, contoh kat sini, Johan boleh simpan sebanyak RM10k setahun untuk simpanan ASB. Tapi, pada masa yang sama, kalau ikut profil kredit, kemampuan pinjaman dia adalah sehingga RM200k.
Jadual kat bawah ni adalah salah satu perbandingan kalau korang guna simpanan sendiri untuk beli unit ASB dengan bila korang buat pinjaman untuk beli unit ASB.
Sumber: Facebook ASB Financing-i
Kalau tengok jadual kat atas ni, pinjaman ASB lebih menguntungkan berbanding simpanan ASB sebab dividen pertama yang diberikan ikut jumlah yang korang pinjam dan korang dapat RM200,000 unit ASB tu seawal tahun pertama lagi.
Tapi kalau simpanan ASB, dividen diberikan ikut jumlah terendah pada tahun tu sehinggalah cukup RM200,00 unit ASB korang. Dah tentu pinjaman ASB lagi cepat sebab seawal tahun pertama korang dah boleh dapat pinjaman RM200,000 unit ASB berbanding simpanan ASB yang kena masukkan sikit-sikit sampailah cukup.
Pastu kita kena tengok jugak jumlah keuntungan (cash gain) yang diberikan lepas korang dah buat pembayaran selama 20 tahun. Kalau ikut jadual kat atas, simpanan ASB Johan akan dapat sebanyak RM115,500 tapi pinjaman ASB korang akan dapat RM117,622.
Beza sebanyak RM2,122 walaupun jumlah ekuiti sama je kedua-duanya sebanyak RM200,000. Senang cerita, selagi kadar dividien korang tinggi dari kadar interest pinjaman, korang masih buat untung sikit.
Tapi, korang kena ingat yang kadar dividen ASB yang diagihkan setiap tahun boleh berubah-rubah. Jadi, kalau korang rasa macam pinjaman ASB dah tak menguntungkan pada tahun tu, bolehlah cuba instrumen pelaburan yang lain macam simpanan tetap (fixed deposit).
Jadi, nak buat pinjaman ASB ke tak?
Nak ingatkan jugak, risiko pelaburan bergantung pada diri sendiri. Jadi korang sebagai pelabur kenalah lebih relevan dan tak meletakkan harapan yang tinggi mengalahkan realiti. Kalau boleh buatlah kira-kira dulu ikut kemampuan korang dan setkan matlamat untuk apa korang buat pinjaman tu, contohnya nak buat duit rumah ke, duit kahwin atau buat sambung belajar.
Yang paling penting korang tak rasa sakit bila nak bayar. Ingat tau!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi.
BACA JUGAK: