1. Mana satu keperluan yang lebih penting
Sebenarnya, isu keperluan ini subjektif. Sebabnye bende ni bergantungg kepada gaya hidup korang dan persekitaran kerja macam mana. Jadi, korang sendiri kena nilai sendiri mana satu yang lebih penting.
Rumah lebih penting untuk beli bila:
Sebagai contoh, korang memang ada tempat kerja yang tetap dan memang tak akan berpindah tempat tinggal atau tukar tempat kerja. Nak pergi ke tempat kerja pulak mudah sebab ada banyak kemudahan pengangkutan awam. Kalau beli kereta pun malas pakai sebab tak nak hadap jem.
Kalau korang betul-betul mampu dan boleh tanggung komitmen beli rumah, daripada bayar sewa kat orang, atau lagi bagus sewakan dekat orang lain untuk income tambahan. Tapi kena ingat, layak beli rumah tak semestinya mampu tau. Korang kena kaji jugak kelebihan dan kekurangan bila beli rumah ni dari segi gaji dan komitmen korang.
Kereta boleh jadi penting bila:
Seterusnya, kereta ini boleh jadi penting bila korang punya kerja memang kena travel je memanjang. Rumah kalau ada pun hanya jadi tempat persinggahan masa cuti. Haa yang ni kalau kereta je satu-satunya cara untuk korang travel ke tempat kerja, beli kereta jadi satu keutamaan.
BACA: 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta
2. Beli kerana keperluan, bukan sebab gaya
Sebenarnya, takde orang marah pun korang beli kereta mahal-mahal atau rumah yang besar-besar. Namun, yang jadi masalahnya apabila harga yang dibeli tak padan dengan gaji korang.
Jangan dengan alasan keperluan kononnya, korang beli rumah yang besar-besar atau kereta berjenama mahal sebab nak menunjuk dan bergaya, yang tu salah. Tak kira rumah atau kereta, beli mengikut keperluan dan kemampuan bukannya sebab gaya.
3. Buat pengiraan kos
Tak kira korang nak beli kereta atau rumah, buat pengiraan kos bagi setiap pilihan ini. Dengan setiap pilihan, korang kena tahu kos tambahan bagi kenderaan, malah rumah jugak ada kos tambahan.
Contoh kos tambahan bagi kenderaan ialah insurans, cukai jalan, minyak petrol, dan kos servis kereta. Seterusnya, bagi rumah pula korang akan berdepan dengan risiko seperti cukai tanah atau pintu, insurans, kos baiki rumah dan sebagainya.
Sebenarnya, kos memiliki rumah memang akan mahal dari kereta tetapi kalau bijak, korang boleh tukarkan jadi pelaburan. Korang boleh sewakan rumah tu untuk dapat income tambahan pulak.
Nak buat anggaran kos yang korang perlu tanggung masa buat pinjaman perumahan? Jom guna kalkulator pinjaman perumahan dan duti setem ini. Kalau korang nak bandingkan pinjaman perumahan terbaik pula, jom guna kalkulator ini.
Nak lebih jelas, korang buat cara ni:
-
Tulis senarai anggaran kos bagi rumah dan kereta atas kertas
-
Lihat jumlah kos tambahan yang mungkin korang kena tanggung setiap bulan atau tahun
-
Nilaikan dengan tahap kewangan korang. Yang mana satu korang rasa mampu untuk beri komitmen
4. Buat pengiraan dengan kemampuan korang
Bila dah tahu semua kos, ini masanya untuk korang buat pengiraan ikut kemampuan. Banding dan nilaikan setiap kos dan komitmen bulanan yang korang kena hadap. Tengok berdasarkan pengiraan , kereta apa yang layak dibeli dengan gaji korang dan rumah apa yang korang mampu.
Ada yang ingat bila sudah layak pinjaman, mereka mampu. Terus korang buat pinjaman kereta atau rumah tanpa memikirkan komitmen bulanan yang besar dan kos tambahan yang perlu ditanggung. Bila gaji pun cukup-cukup makan, tambah lagi komitmen ansuran bulanan yang besar, mulalah korang akan stres dengan kewangan korang sendiri.
Ingat sekali lagi, layak tidak semestinya mampu. Kalau korang sudah layak untuk buat pinjaman, nilai balik sama ada korang mampu untuk memberi komitmen atau tidak. Tidak kira apa pun pilihan yang dilakukan jangan sampai terjerat.
BACA: Rumah Vs Gaji: Berapa harga rumah layak untuk gaji?
Jom buat perbandingan pinjaman perumahan yang korang boleh dapat dengan kalkulator Loanstreet ini.
5. Nilai pada masa akan datang
Sekarang, kita buat penilaian pula dari segi harga pada masa akan datang. Nilai ini nak tengok, kalau pada masa depan, yang mana satu akan memberi lebih nilai kepada korang.
Kebiasaannya,nilai kenderaan lebih cenderung untuk jatuh dan mengalami susut nilai.
Namun, kelebihan dari segi rumah, sekiranya korang beli rumah pada lokasi yang betul dan ada permintaan, harga rumah tersebut boleh naik semakin tinggi. Kalau korang beli dekat lokasi rumah yang tak strategik dan rumah pula ada kerosakan teruk, ia boleh mengalami susut nilai juga.
Pilihan di tangan korang
Sebenarnya, boleh je nak beli rumah dengan kereta sekali tanpa bebanan dua hutang. Caranya, korang kena ada cash yang cukup untuk beli kereta secondhand. Kalau kena dengan caranya, kereta secondhand ni tak memerlukan banyak kos pun.
Selain itu, kalau korang nak rumah yang murah, tak ada masalah. Korang boleh pilih rumah kecik atau rumah lelong. Korang juga boleh apply skim bantuan perumahan yang kerajaan sediakan untuk pembeli rumah. Apa yang penting, korang kena kaji dan survey skim rumah terbaru yang disediakan oleh kerajaan dari masa ke semasa supaya tidak terlepas peluang.
Sebenarnya tak kira mana-mana pilihan, keputusan yang terbaik di tangan korang. Hanya korang tahu apa yang korang perlukan dan nilai samada itu satu keperluan atau hanya sekadar kehendak. Agak-agak apa yang korang rasa lagi penting? Good luck buat pilihan!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
- Beli atau Sewa: Mana Satu Lagi Berbaloi?
- 4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli Unit Kediaman Bertingkat Tinggi
- 5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia