Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

BY Team Loanstreet

Updated 12 Dec 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Tiba-tiba korang terlibat dengan hutang kad kredit yang banyak. Semuanya bermula apabila korang berbelanja secara berlebihan dengan kad kredit pertama semasa kecemasan, lepastu korang janji tak buat lagi tapi korang dah tak ada pilihan lain dan ulang kesilapan yang sama. 

 

Jangan risau - korang tak berkeseorangan! anda tidak keseorangan! Menurut Bank Negara, 47 peratus belia Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Macam mana nak menyimpan dan melabur sedangkan hutang makin lama makin meningkat?

Korang masih tak terlambat untuk keluar dari belenggu kewangan.Tidak terlambat untuk anda mengambil tindakan dan untuk keluar dari belenggu kewangan. Dalam artikel ini, Loanstreet bersama Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”) dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (“YYP”) akan menerangkan 4 kaedah untuk melangsaikan hutang korang.

 

Sebelum tu, kami ingin menerangkan sedikit tentang…

 

Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”) dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (“YYP”)

 

YIR & YYP menerima dan menguruskan dana bagi membantu kakitangan kerajaan yang memerlukan.

 

Yayasan menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan serendah 6.65% setahun 10 bulan. Jadi, kalau korang nak settlekan hutang, bayar bil hospital, atau start bisnes kecil-kecilan, Yayasan ni boleh jadi penyelamat korang. 

 

Untuk mengetahui kaedah melangsaikan hutang, mari mulakan dengan kaedah pertama, iaitu...

 

1. Kaedah Bebola Salji (“Snowball”)    


Bayangkan jejaka malang di bawah itu adalah PTPTN anda.
 

Dalam dua kaedah pertama dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang strategi pembayaran semula hutang. Dua kaedah ini memerlukan disiplin, semangat kental, dan usaha. Kaedah pertama adalah kaedah bebola salji. 

 

Secara asasnya, kaedah ini adalah strategi pembayaran hutang memerlukan anda menyusun dan membayar hutang daripada yang paling kecil sehingga paling besar, menambah momentum bagi setiap hutang yang dilangsaikan.

 

Prosedur kaedah:

 

Langkah    1:    Senaraikan hutang yang paling kecil sehingga paling besar

Langkah    2:    Buat bayaran minimum bagi semua hutang kecuali hutang yang paling kecil

Langkah    3:    Bayar sebanyak yang mungkin pada hutang yang paling kecil

Langkah    4:    Ulang sehingga setiap hutang tersebut selesai

 

Kaedah ini boleh digunakan bagi semua jenis hutang. Sebagai contoh di bawah adalah 6 hutang yang korang tanggung daripada yang paling kecil sehingga paling besar:

 

1.         Kad Kredit A: RM1,500

2.         Kad Kredit B: RM3,800

3.         Pinjaman Peribadi A: RM10,000

4.         Pinjaman Peribadi B: RM18,500

5.         Pinjaman Kereta: RM21,000

6.         Pinjaman PTPTN: RM45,000

 

Sebelum korang memulakan langkah-langkah di atas, korang kena ubah gaya hidup dan perbelanjaan harian korang dulu. Maksudnya, korang kena kawal perbelanjaan yang tak termasuk dalam plan pascabayar yang terlalu mahal dan tak digunakan sepenuhnya. 

Lepas tolak perbelanjaan korang membayar sewa, bil, dan petrol - korang akanmempunyai lebihan RM1,000 sebulan.

 

Daripada menggunakan lebihan RM1,000 untuk membayar pinjaman sekaligus, korang juga boleh membuat pembayaran minimum pada semua pinjaman supaya korang boleh menumpukan lebihan wang ke atas Kad Kredit A. Dalam masa dua bulan, korang akan dapat melangsaikan Kad Kredit.

 

Selepas wang lebihan yang digunakan untuk membayar Kad Kredit A telah selesai, ianya boleh digunakan untuk melangsaikan Kad Kredit B dalam masa empat bulan. Proses ini akan berulang, sampailah masa korang mencapai hutang paling besar yang merupakan Pinjaman PTPTN, korang akan memperoleh lebihan wang yang terkumpul dan ianya adalah dinamakan istilah ‘bebola salji’.


2. Kaedah Runtuhan Salji (“Avalanche”)




Kaedah bebola salji memberi tumpuan kepada hutang paling kecil dahulu, akan tetapi kaedah runtuhan salji memberi tumpuan kepada melangsaikan hutang yang mengenakan kadar faedah paling tinggi dahulu.

Menggunakan contoh sama, berikut adalah yang diutamakan dalam kaedah runtuhan salji:
1.         Kad Kredit B: RM3,800 (18% faedah setahun)
2.         Kad Kredit A: RM1,500 (15% faedah setahun)
3.         Pinjaman Peribadi B: RM18,500 (13% faedah setahun)
4.         Pinjaman Peribadi A: RM10,000 (6% faedah setahun)
5.         Pinjaman Kereta: RM21,000 (3% faedah setahun)
6.         Pinjaman PTPTN: RM45,000 (1% faedah setahun)
 
Seperti yang ditunjukkan di atas, ia mengutamakan Kad Kredit B lebih daripada Kad Kredit A dan Pinjaman Peribadi B lebih daripada Pinjaman Peribadi A, kerana kadar faedah yang lebih tinggi.  Dengan kaedah ini, anda boleh menyimpan hingga ribuan ringgit sepanjang tempoh beberapa tahun.

Sudah tentu kaedah ini memerlukan tahap kesabaran yang lebih tinggi, jadi bersiap-sedia untuk menyediakan senarai yang diingini bakal terlepas selama bertahun-tahun yang akan datang.

Setakat ini yang telah dibincangkan tentang kaedah-kaedah pengubahsuaian tingkah-laku yang tidak memerlukan bantuan orang lain, bahkan rakan dan keluarga anda.  Tetapi bagaimana jika anda amat terdesak, adakah terdapat bantuan pihak ketiga yang boleh anda jangkakan?  Antara kaedahnya adalah dengan...
 

3. Menyelesaikan semua kad kredit korang dengan kad kredit yang lain.

 

Kalau Snowball fokus kat hutang terkecil, Avalanche ni pula utamakan hutang dengan kadar faedah paling tinggi dulu. 

 

Menggunakan contoh sama, berikut adalah yang diutamakan dalam kaedah runtuhan salji:

 

1.         Kad Kredit B: RM3,800 (18% faedah setahun)

2.         Kad Kredit A: RM1,500 (15% faedah setahun)

3.         Pinjaman Peribadi B: RM18,500 (13% faedah setahun)

4.         Pinjaman Peribadi A: RM10,000 (6% faedah setahun)

5.         Pinjaman Kereta: RM21,000 (3% faedah setahun)

6.         Pinjaman PTPTN: RM45,000 (1% faedah setahun)

 

Seperti yang korang nampak kat atas, kaedah Avalanche ni fokus kat hutang yang ada kadar faedah paling tinggi dulu. Jadi, korang settlekan hutang Kad Kredit B dulu, baru settlekan Kad Kredit A, dan sama jugak dengan Pinjaman Peribadi B dengan Pinjaman Peribadi A. Bila korang guna strategi ni, korang boleh jimat ribu-riban dalam jangka masa panjang. Best, kan?


Tapi kaedah ni memang perlukan kesabaran tinggi. Korang kena bersedia untuk lepaskan kejap wishlist shopping korang untuk beberapa tahun akan datang. 


Setakat ni, kita dah sembang pasal strategi bayar hutang yang korang boleh buat sendiri, tanpa perlukan bantuan sesiapa. Tapi kalau korang rasa dah terdesak sangat, apa kata kita tengok pula pilihan lain yang mungkin memerlukan bantuan pihak ketiga.

 

4. Menyelesaikan hutang dengan Pinjaman Peribadi

 

Penyatuan Hutang melalui Pinjaman Peribadi merupakan menyatukan semua hutang kad kredit anda (atau mana-mana hutang) ke dalam satu pinjaman. Ia memudahkan korang dengan menyatukan semua hutang kepada satu sahaja dan dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja.  

 

Walaubagaimanapun, pinjaman peribadi ini tidak sama sebijik macam kad kredit pemindahan baki . Pinjaman peribadi memberi pilihan yang luas. Akan tetapi, korang masih boleh membuat pinjaman yang lain mengikut keperluan korang. 

 

Pinjaman mana yang korang nak ambil? 


Bila korang nak buat keputusan, korang kena fikir beberapa perkara penting. Adakah korang perlukan pinjaman dengan faedah rendah tapi bayaran bulanan tinggi, atau pinjaman yang lebih fleksibel walaupun faedahnya lebih tinggi? Jangan lupa tengok jugak penalti kalau nak langsaikan pinjaman lebih awal.

Selain tu, korang boleh gunakan kalkulator kami untuk kena nilai situasi kewangan sendiri, termasuk pekerjaan dan rekod kewangan semasa. Ada sesetengah pinjaman memang lebih sesuai untuk golongan tertentu. Contohnya, pinjaman YIR & YYP yang cepat lulus untuk pekerja kerajaan, badan berkanun, atau sektor negeri.
 

Jangan takut untuk kira berapa banyak hutang korang 


Fikir dulu betul-betul kaedah mana yang korang nak gunakan untuk langsaikan hutang korang. Kalau nak guna kaedah Penyatuan Hutang, kira betul-betul dulu. Guna kalkulator kad kredit untuk tengok berapa banyak faedah terkumpul kalau bayar minimum setiap bulan. Lepas tu, bandingkan dengan kadar faedah yang bank lain tawarkan. Banyak bank ada tawaran berbeza, jadi buat research sikit untuk pilih pinjaman yang paling sesuai. 
 

Apa pun cara yang korang pilih, yang penting kena ubah gaya simpan dan belanja. Kalau dah settle semua hutang, jangan ulang balik tabiat lama. Pastikan ada plan kewangan yang kukuh supaya boleh terus bebas daripada hutang. *Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK: 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Cara Untuk Meningkatkan Kuasa Peminjaman Korang

Cara Untuk Meningkatkan Kuasa Peminjaman Korang

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Korang Sendiri

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Korang Sendiri

Praktis 8 Tips NI Untuk Dapat Skor Kredit CEMERLANG

8 Tips Untuk Dapat Skor Kredit CEMERLANG