Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Macam Mana Nak Tahu Pengutip Derma Tu Sah Ke Tak?

BY MK Zainal

Updated 06 Dec 2022




Pernah tak korang tengah sedap-sedap makan kat mamak, tiba-tiba datang sorang amoi mintak derma. Loghat dia macam orang Filipina, pastu dia cakap punyalah laju melebihi 80 km sejam. Korang yang malas melayan amoi ni pun terus bagi RM 10 supaya dia blah. Tak lama lepas tu korang terfikir, badan amal yang dia cakap tu memang betul-betul ada ke? Tapi segalanya telah terlambat, maka melayanglah duit topup korang.

Dalam kes lain, mungkin korang selalu tengok orang kutip derma untuk membantu mangsa di Gaza. Tapi pernah tak korang terfikir sama ada mereka betul-betul sah ataupun mereka masukkan duit tu ke dalam poket sendiri?

Sebenarnya ada beberapa cara nak kenal pasti sama ada orang yang kutip derma ni sah ke tak, antaranya...

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Semak dekat laman web rasmi kerajaan


Contoh semakan kat laman web ROS.

Ada dua laman web yang korang boleh guna untuk semak kesahihan mana-mana badan NGO:

Setiap badan NGO wajib didaftarkan di Registrar of Societies (ROS). Jadi kalau sesiapa datang kat korang untuk kutip derma, korang boleh semak nama badan NGO tersebut kat sini. Malangnya tak semua badan NGO terkenal yang kami tahu keluar kat ROS, mungkin sebab ianya belum kena update. Sebagai contoh, kami boleh cari "Kechara Soup Kitchen", tapi kami tak jumpa sebarang hasil bagi "Aman Palestin".

Laman web yang kedua korang boleh guna adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tapi carian kat sini bukan guna nama, sebaliknya guna nombor syarikat. Kat laman web ni, kami berjaya semak beberapa NGO yang tak muncul kat ROS, contohnya Aman Palestin.

Tapi ada je pengutip derma yang guna nama badan NGO sah untuk menipu, jadi apa yang korang boleh buat?

2. Bagi yang minta derma di kedai makan, minta tunjukkan lesen

Sesiapa yang nak kutip derma untuk NGO di jalanan kena dapatkan lesen daripada polis terlebih dahulu, terutamanya yang kutip derma di premis-premis tertentu seperti kedai makan atau shopping mall. Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947 ada menerangkan (dalam bahasa Inggeris):

Section 3 (2): If any person promotes a collection, and a collection is made in any locality pursuant to his promotion... a licence authorizing him... he shall be guilty of an offence and liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term which may extend to two years or to both such fine and imprisonment.

Dari klausa kat atas, kalau pengutip derma tu takde lesen, dia boleh dipenjarakan sehingga 5 ribu ringgit atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Jadi pastikan korang minta mereka tunjukkan lesen atau permit yang telah dikeluarkan oleh polis.

3. Bagi yang minta derma untuk madrasah, minta tunjukkan surat kebenaran


Pastikan korang semak sekali semua dokumen berkaitan.

Yang ni lebih kurang sama je dengan di atas, cuma di bawah bidang kuasa badan yang berlainan. Bagi orang yang minta derma buat tujuan kebajikan agama contohnya untuk masjid dan rumah anak yatim, majlis atau jabatan agama tempatan perlu keluarkan surat kebenaran terlebih dahulu. 

Surat kebenaran ni akan mengandungi maklumat seperti tempoh masa tertentu dan nama-nama individu yang dibenarkan untuk mengutip derma. Jadi korang boleh minta mereka perkenalkan diri dan semak dengan nama yang ada kat surat kebenaran tu. Butiran lain yang kena ada termasuklah:

  • Bagi permohonan kutipan derma untuk membina masjid, mereka perlu menyertakan salinan surat pengesahan, lokasi masjid, pelan dan gambar-gambar sebagai bukti.
  • Bagi rumah anak yatim, surat kelulusan dan pengesahan yang asal juga perlu dilampirkan.

Kalau mereka tak ikut undang-undang ni, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang syariah bagi negeri masing-masing. Contohnya bagi Wilayah Persekutuan, mereka boleh didakwa di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997:

Seksyen 9: Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Akta ni pun menetapkan hukuman bagi pesalah iaitu denda sehingga 3 ribu ringgit atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

4. Minta resit dan tanya soalan pasal badan amal tersebut


Dan boleh tolak cukai tak?

Korang boleh tanya terus sama ada mereka boleh sediakan resit atau tak. Kalau takde resit, kemungkinan besar korang boleh kena tipu. Resit biasanya akan ada nombor siri dan cop bagi persatuan tersebut. Tapi malangnya, ada je scammer tahap komando yang boleh memalsukan resit, lesen, atau surat kebenaran!

Jadi satu lagi cara untuk memastikan kesahihan badan amal adalah dengan bertanyakan soalan-soalan asas, contohnya apa nama badan kebajikan, macam mana duit tu akan disalurkan, siapa yang akan dapat manfaat daripada duit tu. Tengok sama ada goncang ke tak keimanan mereka sambil menjawab soalan yang bertalu-talu.

Itu pun kalau korang rajinlah. Kalau korang rasa tak konfiden nak melayan pengutip derma ni, takut akan kena pressure, atau takut akan rasa bersalah – hanya senyum dan angkat telapak tangan mengatakan 'tidak'. Buat la dua tiga kali sampai pengutip derma tu putus asa. Bukannya apa, kalau korang rasa was-was, korang tak perlu beri.

Kalau nak beramal, boleh salurkan terus ke badan yang berkaitan

Kalau korang betul-betul nak derma kepada badan tersebut, korang boleh hubungi mereka terus dan tanya sama ada korang boleh bagi sumbangan dengan transfer kat mesin ATM, transfer secara online, atau menggunakan kad kredit. Macam-macam cara ada.

Kalau korang sedang mencari badan amal untuk korang buat sumbangan, ada satu laman web dengan nama Hati.my yang menyenaraikan pelbagai NGO mengikut kategori termasuklah untuk kanak-kanak, orang kurang upaya, alam sekitar, dan banyak lagi.

Mungkin ada sesetengah orang yang tak mahu berkira bila bagi derma di jalanan. Bagi mereka, apa sangatlah RM 5 tu kalau kena tipu kan, yang penting niat nak buat baik dah ada. Tapi apa salahnya kita sebagai rakyat yang bertanggung jawab memainkan peranan Amar Ma'ruf Nahi Munkar, untuk memastikan pengutip derma palsu ni tak terlepas begitu saja, dan supaya orang lain tak tertipu sama.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)