1. Tak faham jenis-jenis insurans hayat
Terdapat 5 jenis insurans hayat yang paling biasa orang pakai pada hari ini:
-
Insurans Hayat Seumur Hidup Sertaan (Pelan Endowmen)
-
Insurans Hayat Seumur Hidup Bukan-Sertaan
-
Pelan Insurans Bertempoh
-
Pelan Insurans Bertempoh Menyusut
-
Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan
Setiap satu ada ciri-ciri berbeza (jumlah diinsuranskan, simpanan dan dividen, nilai tunai, unit, dll.) dan premium berbeza. Kalau korang beli pelan yang salah, mesti kena bayar lebih untuk benda yang tak diperlukan. Jadi, faham dulu perbezaan setiap jenis insurans ni.
2. Tak ada matlamat yang jelas
Secara umumnya, selain dari penjimatan cukai, terdapat 4 sebab orang membeli polisi insurans hayat
-
Melindungi orang yang tersayang bila korang meninggal
-
Melindungi diri-sendirti daripada Kehilangan Upaya Kekal / Penyakit Kritikal
-
Simpanan paksa
-
Sebagai satu pelaburan
Pilih pelan yang sesuai dengan matlamat korang. Kalau nak insurans untuk perlindungan, tak payahlah beli Insurans Hayat Seumur Hidup sertaan yang 80% daripada premium untuk simpanan.
3. Fikir insurans tu mahal, rumit ATAU hanya boleh dibeli melalui ejen-ejen
Hanya 56% rakyat Malaysia ada insurans hayat. Kenapa? Sebab ramai rasa insurans mahal, rumit, atau pengalaman buruk dengan ejen insurans yang suka mendesak.
Berita baik untuk korang. Korang tak oerlu gunakan khidmat ejen pun untuk beli insurans. Korang boleh beli insurans dalam talian dengan harga yang lebih rendah. Contohnya, perlindungan nyawa RM500,000 dari mana-mana platform. Kalau korang bertuah, korang boleh dapatkan insurans dengan kos rendah daripada premium untuk perlindungan RM100,000 melalui ejen.
4. Fikir premium yang tinggi/ redah, menawarkan polisi yang lebih baik
Premium tinggi tak semestinya polisi lebih baik, dan premium rendah pun tak semestinya bagus. Yang penting, perlindungan tersebut sesuai dengan keperluan korang. Bandingkan polisi yang memenuhi keperluan korang, bukan sekadar mengikut harga.
5. Fikir tak perlu insurans kalau tak kahwin atau tak ada tanggungan
Ramai orang ingat kalau mereka belum kahwin atau tak ada keluarga untuk tanggung, mereka tak perlukan insurans hayat. Tapi sebenarnya, insurans hayat bukan hanya untuk kes kematian.
Contohnya, lebih kurang 30% tuntutan insurans hayat di Malaysia adalah sebab pemegang polisi mengalami kehilangan upaya kekal atau penyakit kritikal, bukan sebab kematian. Jadi, walaupun korang tak ada tanggungan, insurans hayat masih penting untuk melindungi diri korang sendiri jika berlaku sesuatu yang tak diingini.
6. Fikir yang korang perlukan insurans hayat sepanjang hayat korang
Kalau tujuan korang ambil insurans hayat adalah untuk pastikan keluarga korang dapat terus hidup selesa kalau korang meninggal, korang mungkin tak perlu insurans bila dah tua.
Contohnya, bila korang dah pencen, anak-anak dah besar dan berdikari, serta semua hutang dah langsai, korang mungkin tak perlukan insurans yang sama. Masa tu, duit premium yang korang bayar setiap bulan boleh digunakan untuk keperluan lain. Jadi, fikir betul-betul sama ada korang perlu insurans hayat sepanjang hidup atau hanya untuk tempoh tertentu.
7. Kekurangan/Terlebih perlindungan insurans
Di Malaysia, jumlah perlindungan pukul-rata adalah lebih rendah daripada RM 50,000. Tambah lagi dengan kos sara hidup yang makin meningkat, kebanyakan orangtak cukup insurans. Walaupun, ada juga yang terlebih insurans tanpa sedar. Mereka mungkin beli beberapa polisi insurans hayat yang digabungkan dengan pelan simpanan, pelan pelaburan atau MRTA / MLTA apabila memohon pinjaman rumah atau pinjaman peribadi.
Jadi, berapa banyak perlindungan yang korang perlukan?
Peraturan dari pengalaman adalah untuk memperoleh perlindungan kematian bernilai 5 hingga 10 kali pendapatan tahunan anda untuk mengekalkan pendapatan keluarga anda selama beberapa tahun selepas kematian anda.
Dapatkan insurans hayat yang sesuai dengan korang
Harapnya, lepas baca artikel ni, korang lebih jelas tentang jenis insurans hayat yang korang perlukan. Jadi, belilah insurans dengan bijak! Jangan lupa, insurans hayat tak boleh lindungi kereta atau motor korang.
Kalau korang nak perbaharui insurans kereta atau motor, pergi je ke halaman insurans kami. Dapatkan harga tersebut dengan segera dengan membuat perbelian secara online dalam website kami.
Mudah kan?
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak:
- Adakah Korang Terlebih atau Kekurangan Insurans Perlindungan?
- Nah! Segala Perkara PENTING Pasal Skim Insurans Takaful