Okay, sekarang kita bincang pasal rakyat Malaysia yang TAKDE insurans hayat. Hampir separuh yang takde ni dah berkahwin dan ada anak tau!
Apa yang paling mengejutkan adalah 47% dari keseluruhan responden yang dah berkahwin dan ada anak sebenarnya TAKDE INSURANS HAYAT. Biar betul? Bukan tu je, diorang ni jugak mempunyai pendapatan isi rumah dan simpanan kurang dari RM5,000. Kalau berdasarkan ini je, keluarga diorang ni akan hadapi masalah kewangan yang serius, sekiranya terjadi sesuatu yang tak diingini.
Tapi, apa alasan diorang untuk tak membeli insurans hayat?
78% dari jumlah responden YANG TAKDE INSURANS HAYAT kata diorang TAK MAMPU dapatkan perlindungan tersebut.
Kami dapati 78% daripada responden rasa diorang tak mampu nak ada insurans hayat ni (sama ada banyak komitmen kewangan atau yang rasa insurans hayat ni mahal). Diorang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah yang kurang dari RM5,000 dengan jumlah simpanan yang sikit ataupun TAKDE langsung. Apa korang rasa?
Lebih separuh dari golongan ni jugak BUKAN seseorang yang mencari nafkah tunggal dan mereka berumur 26 hingga 35 tahun. Mungkin diorang tak mampu sebab kos sara diri yang semakin meningkat dengan gaji yang masih sama atau mungkin diorang tak tahu apa yang perlu diutamakan dari segi kewangan.
Bukan tu je. Sebanyak 27% responden yang TAKDE INSURANS rasa KELUARGA MEREKA MAMPU BERTAHAN lebih dari 12 bulan tanpa bergantung pada pendapatan diorang.
Kami ni tak nak lah bersifat judgemental, so kami pun kaji lah dengan lebih mendalam dan keputusan kami menunjukkan 37% dari responden yang TAKDE insurans hayat yakin keluarga mereka boleh survive, terutama diorang yang masih bujang dan tiada tanggungan.
Tapi kan, terfikir tak korang bagi yang dah berkahwin, dan ada anak atau tak, macam mana? Sebanyak 56% tak mempunyai insurans hayat tau. Dari jumlah peratusan tersebut, hanya ⅓ adalah pencari nafkah tunggal. Selain tu, lebih separuh dari 56% responden tersebut mempunyai aset bawah RM500,000 dan hutang bawah RM300,000.
Sekarang ni kita bincang pasal responden yang ada insurans hayat pulak. Rupa-rupanya, mereka yang mempunyai anak adalah antara sebab utama untuk dapatkan perlindungan.
Secara keseluruhannya, keputusan survey menunjukkan 51% responden yang ada insurans hayat dah berkahwin serta mempunyai anak akan memiliki insurans ni (nak melindungi keluarga lah tu). Selebihnya adalah bujang (29%), berkahwin (17%), bercerai (2%) dan janda/duda (1%). Dari jumlah tersebut, 62% tau BUKAN pencari nafkah tunggal.
Selain tu, 61% dari jumlah responden jugak BERPUAS HATI dengan jumlah perlindungan insurans hayat diorang. Tapi, cukup ke sebenarnya?
Selepas kami kaji data survey ni, sebenarnya kedua-dua jenis responden mempunyai bilangan tanggungan yang sama (kebanyakannya adalah 1 hingga 3), pendapatan isi rumah bulanan dan simpanan pula bawah RM5,000. Lagi-lagi responden yang rasa keluarga diorang sudah cukup dilindungi sepenuhnya walaupun mempunyai jumlah perlindungan insurans RM100,000 dan ke atas.
Berdasarkan maklumat ni, kami rasa mereka tak patut rasa puas hati. Sebabnya, jumlah perlindungan yang ideal perlu berdasarkan gaya hidup dan liabiliti keluarga serta perlu mengambil kira faktor kadar inflasi sekali.
Patutlah ada 11% responden yang ada insurans hayat rasa TAK KONFIDEN untuk keluarga boleh bertahan tanpa diorang.
Walaupun lebih 50% dari jumlah responden (yang ada insurans hayat) yakin keluarga boleh bertahan lebih dari 6 bulan tanpa perlu bergantung pada pendapatan diorang, terdapat 11% dari jumlah responden yang rasa sebaliknya. Dah kenapa?
Sebenarnya, diorang ni ada 1 hingga 3 tanggungan dan jumlah perlindungan insurans hayat kurang dari RM200,000. Tambahan pula, 50% dari kumpulan ni bukanlah pencari nafkah tunggal.
Kami jugak perasan lebih 70% yang mengaku “Tak mampu bertahan” jika simpanan kurang dari RM15,000. Yang selebihnya pula, mereka mempunyai simpanan di antara RM15,001 hingga RM55,000 dan kebanyakannya memiliki jumlah hutang kurang dari RM300,000.
Jadi, sekarang ni jelaslah kenapa diorang rasa jumlah perlindungan insurans tak cukup. Sepatutnya, insurans tersebut mampu tampung segala hutang termasuk kadar faedah sekali, serta dapat ganti pendapatan mereka dan masih mampu mengekalkan gaya hidup yang sama serta menjadi aspirasi keluarga.
Yang buat kami lagi terkejut, 16% dari 11% responden kata keluarga mereka tak mampu beli insurans dan mereka juga tidak memiliki simpanan langsung. Jadi sekarang kami boleh nampak tanpa pendapatan dan simpanan yang cukup serta hutang yang banyak adalah faktor utama mengapa diorang tidak mampu memiliki insurans.
Dah tu, bila waktu yang paling afdal untuk dapatkan insurans hayat?
Keratan akhbar dari Harian Metro
Sebenarnya tak wujud pun waktu paling sesuai untuk beli insurans hayat. Tanpa perlindungan ni, orang tersayang korang mungkin akan terbeban dengan keadaan kewangan sekiranya korang pergi secara mengejut. Takpun, kalau korang dah tak mampu nak bekerja disebabkan kurang upaya, sudah tentulah korang akan hilang mata pencarian. Jika adanya insurans hayat, ringan sikit lah beban kewangan yang mungkin akan dihadapi
Okay, mungkin lah korang ni jenis golongan have-have. Korang ada aset dan duit yang mencukupi untuk keluarga korang survive kalau korang tiba-tiba pergi secara mengejut. Tapi korang sedar tak proses pembahagian harta ke waris terdekat ni bukannya senang dan mengambil masa yang lama?
So, jika korang pencari nafkah tunggal keluarga, ketahuilah bahawa perbelanjaan keluarga akan terjejas dengan teruk tanpa korang.
Bagi yang masih bujang dan takde tanggungan, takde hutang dan tak bercadang pun nak berkeluarga, korang masih perlu consider sebuah pelan insurans hayat yang minimum untuk diri sendiri. Yelah, siapa nak tanggung sekiranya korang jatuh sakit atau untuk perbelanjaan pengurusan jenazah selepas korang takde nanti, kan?
Korang ada terfikir untuk mempunyai insurans hayat? Apa kata korang try pelan dari Prudential iaitu PRUWealth Plus.
Ia adalah sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan yang memberikan perlindungan sehingga umur 100 tahun yang bermula seawal umur 30 hari. Pelan ni jugak menawarkan premium yang fleksibel berdasarkan tahap kewangan korang. Kalau nak faham lagi, tengok contoh ilustrasi kat bawah.Untuk maklumat lanjut mengenai PRUWealth Plus, klik je page Prudential kat sini atau hubungi salah satu ejen Prudential berdekatan. Diorang boleh bagi saranan berdasarkan keperluan dan matlamat kewangan korang.
Bukan lah nak acah bagus kan, tapi INGAT: kita ni hanya mampu merancang, sebab tu lah kena ada back up plan sekiranya berlaku sesuatu yang tak dijangka.
BACA NI JUGAK:
- 7 Kesilapan Rakyat Buat Dengan Insurans Hayat
- Tak Wujud Pun "Medical Card Terbaik"! Ini Perkara Yang Korang Kena Tahu