Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

MRTA, MRTT, MLTA & MLTT – Apa Benda Tu & Kenapa Penting?

Updated 22 Jun 2021 – By Team Loanstreet


 

Kematian dan kemalangan boleh berlaku bebile masa je. Bayangkan, korang ada pinjaman perumahan yang kena bayar selama 30 tahun. Satu hari, nasib korang malang (jeng, jeng, jeng!). Korang meninggal dunia (mintak dijauhkan) time baru je halfway buat pembayaran. 

Tapi disebabkan korang takde Polisi Perlindungan Gadai Janji, family korang terpaksa bayar baki yang tinggal. Kalau kewangan diorang stabil, takde hal. Tapi kalau tak, memang sakit.  



Sebab tulah pentinya ada insurans nyawa gadai janji macam... 

  • Mortgage Reducing/Decreasing Term Assurance (MRTA or MDTA), atau
  • Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

… bila korang beli rumah. 

Kalau ada benda-benda yang tak best berlaku macam pinjaman tertunggak disebabkan korang (peminjam) meninggal dunia atau mengalami hilang keupayaan menyeluruh dan kekal (TPD) sebelum pinjaman habis dibayar, insurans ni boleh cover. 

Kalau nak tahu, produk MRTA/MLTA adalah konvensional. Jangan risau, diorang ada jugak versi takaful iaitu Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Leveling Term Takaful (MLTT). Ni admin explain satu-persatu.

 

First sekali korang kena tahu, MRTA/MDTA tu apa?


MRTA atau MDTA adalah insurans pinjaman perumahan yang jumlahnya berkurang mengikut tempoh pinjaman perumahan korang. Kiranya, katakan selepas 15 tahun, baki jumlah pinjaman perumahan korang adalah RM200,000, jumlah MRTA pun adalah sama. 

Ni pentingnya letak jumlah dan tempoh pinjaman perumahan dengan betul. Kalau korang tersalah letak, terpaksalah bayar lebih sikit kalau kurang. Kalau terlebih, duit burn lah.

Antara ciri-ciri MRTA adalah:

  • Tak wajib ambil (tapi bank boleh tegaskan korang untuk beli…)
  • Kos MRTA depends beberapa faktor macam umur, nilai dan jangka masa pinjaman perumahan 
  • Premium MRTA lebih murah dari MLTA
  • Akan dibayar secara menyeluruh bila korang beli polisi
  • Satu polisi MRTA/MDTA adalah atas pinjaman hartanah (bukan pemilik polisi)

Yang penting, pihak insurans akan terus bayar kepada pihak bank pinjaman perumahan korang in case berlaku kematian atau TPD. So, memang keluarga korang takde lah dapat duit dari polisi ni. Asalkan, pinjaman perumahan dah habis bayar (okay lah kan!).

 

MRTT pulak camne?

Lebih kurang sama macam MRTA, MRTT adalah insurans jangka hayat pendek yang ikut prinsip takaful kewangan Islam. Nilai insurans yang korang letak akan ikut nilai pinjaman perumahan. Jadi, akan berkurang setiap tahun.

Ciri-ciri MRTT korang patut tahu adalah:

  • Tak wajib untuk korang beli
  • Kos insurans MRTT takde yang tetap (ditentukan oleh jumlah dilindungi, tempoh perlindungan, dan usia bila korang beli)
  • Lebih murah kalau nak banding dengan polisi lain

Selain tu, MRTT jugak akan terus habis bayar pinjaman perumahan korang. Duit tu takde pergi ke tempat lain.

 

Kedua, pebenda pulak MLTA tu?



In case korang tak tahu, MLTA adalah insurans pinjaman perumahan yang nilainya kekal sepanjang tempoh. Dia akan maintain je, takde naik atau kurang.

Yang bagusnya MLTA ni, diorang akan bagi lebihan pembayaran kepada penama kat polisi korang. Penama ni boleh jadi suami atau isteri, anak atau ahli-ahli keluarga lain. 

Bayangkan, jumlah baki  pinjaman perumahan korang pada masa tu adalah RM100,000. Nilai MLTA korang pulak adalah sebanyak RM300,000. Jadi, pihak insurans akan bayar RM100,00 tu kat pihak bank. Baki RM200,000 pulak akan pergi ke penama (yay!). 



Kalau korang berminat untuk beli jenis polisi yang ada lebihan pembayaran, ciri-ciri MLTA adalah:

  • Tak wajib untuk korang beli (pihak beri pinjaman boleh letak sebagai syarat!)
  • Kos MLTA adalah based on umur, jumlah nilai yang diinsuranskan, dan jangka masa polisi
  • Pembayaran premium kena dibuat sepanjang tempoh polisi (boleh pilih nak bayar secara bulanan/suku tahunan/tahunan)
  • Premium MLTA adalah lebih tinggi

Mana taknya, katakan tempoh pinjaman korang adalah 30 tahun. Kadar faedah pulak adalah 6%. Dengan MRTA/MRTT, setiap tahun nilai pinjaman akan berkurang. Begitu jugaklah dengan kos premium diorang. 

Kalau MLTA, nilai pinjaman perumahan dia adalah sama je setiap tahun. Jadi, bila kira dengan kadar faedah, jumlah semakin bertambah lah!

 

Kalau MLTT pulak, dia camni…

Sama macam MLTA, MLTT adalah perlindungan insurans hayat yang patuh Syariah (produk Islamik lah!). Selain dari dapat perlindungan pinjaman perumahan, penama korang letak pun akan dapat.

Ciri-ciri diorang pun lebih kurang sama je:

  • Tak wajib untuk dibeli (boleh diletakkan sebagai syarat pinjaman perumahan!)
  • Jaminan tempoh nilai kekal lebih mahal dari perlindungan
  • Jumlah yang dibayar pun akan berkurang dari semasa ke semasa
  • Kos MLTT ikut faktor umur, tempoh perlindungan dan jumlah keseluruhan yang dilindungi
  • Mahal sikit berbanding polisi lain
  • Akan bayar baki pinjaman perumahan, lebihan akan pergi ke penama korang letak
 

Jadi, apa je beza antara MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT?


 

Aspek MRTA MRTT MLTA MLTT
Jenis Perlindungan Insurans nyawa gadai janji Insurans hayat Insurans nyawa gadai janji Insurans hayat
Konvensional atau Takaful Konvensional Takaful Konvensional Takaful
Jumlah Perlindungan Nilai berkurang ikut tempoh pinjaman Nilai berkurang ikut tempoh pinjaman Nilai takkan berkurang (maintain je!) Nilai takkan berkurang (maintain je!)
Cara Bayar Polisi Bayar pada masa awal Bayar pada masa awal Bayar sepanjang tempoh pinjaman (boleh pilih cara ansuran) Bayar sepanjang tempoh pinjaman (boleh pilih cara ansuran)
Akan Bayar Kepada Terus ke pihak bank (setelkan pinjaman perumahan korang!) Terus ke pihak bank (setelkan pinjaman perumahan korang!) Depends jumlah tertunggak waktu tu, akan terus ke pihak bank.

Bakinya akan diberikan ke penama korang letak.
Depends jumlah tertunggak waktu tu, akan terus ke pihak bank.

Bakinya akan diberikan ke penama korang letak.
 

Mesti korang dah tertanya-tanya mana yang sesuai, kan? Haa tepuk dada, tanya selera.. Kalau korang mampu untuk bayar premium lebih sikit, MLTA atau MLTT adalah pilihan terbaik. Lebih-lebih lagi kalau korang ada keluarga - mesti tak nak anak-anak/suami/isteri/ibu/bapa dibebani dengan hutang pinjaman perumahan korang, kan? 

Tapi, MRTA atau MRTT pun takde kurangnya. Kalau ada pape berlaku, urusan bayaran balik pinjaman perumahan korang still akan selesai. Memang win-win situation lah!

Kalau korang tengah proses cari pinjaman perumahan terbaik, boleh cari kat website Loanstreet ni. Siap boleh dapat laporan kelayakan, sama ada korang dapat apply ke tak. Boleh guna semakan pantas ni kalau nak cepat!

 

BACA JUGAK:

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

Baguskah Membeli Rumah Semasa Pandemik Covid-19?

Baguskah Membeli Rumah Semasa Pandemik Covid-19?

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2021)

HOC 2019: Nikmati 10% Diskaun & Percuma Duti Setem Bila Korang Beli Rumah

HOC 2021 (DILANJUTKAN): Nikmati 10% Diskaun & Percuma Duti Setem Bila Korang Beli Rumah