Sebelum tu, kena tahu perkara-perkara yang boleh affect skor kredit korang…
1. Rekod pembayaran balik
Kalau korang jenis bayar on time dan tak pernah tinggal, skor kredit korang takkan ada masalah lah (konfem bagus!). Yang masalahnya, kalau korang tak bayar on time sampai dah banyak kali miss pembayaran sampai tertunggak. Mesti akan affect skor kredit korang!
2. Jumlah nisbah hutang (Debt service ratio - DSR) korang
FYI, DSR ni merujuk kepada jumlah pendapatan korang yang digunakan untuk bayar ansuran hutang. Formula dia adalah komitmen bahagi pendapatan. Kalau DSR korang tinggi, ada kemungkinan institusi kewangan akan letak skor kredit korang rendah. Ya lah, diorang mesti anggap korang banyak berhutang. Sebaliknya akan berlaku kalau DSR korang rendah.
3. Jenis dan tempoh rekod kredit korang
Tak boleh nafi yang sejarah kredit korang akan pengaruhi skor kredit. Bayangkan dalam 1 tahun, korang banyak buat pinjaman dan kad kredit - skor kredit korang konfem terkesan. Silap-silap, boleh dapat label kaki berhutang.
Kalau korang takde skor kredit, mesti ada institusi kewangan rasa waswas untuk kasi pinjaman/kad kredit. Tapi, ni bukan masalah sangat pun sebab still boleh dapat. Nasihat admin, slow-slow (jangan gelojoh sangat!). Bila dah ada rekod skor kredit baik, baru ambik lagi satu.
4. Kes mahkamah korang (kalau ada)
Ada jugak institusi kewangan yang tengok korang ada kes mahkamah ke tak (skor kredit jadi rendah!). Lagi-lagi, kalau kes korang besar sampai ada flight risk (susah lah nak dapat). Nasib baik, tak semua akan consider faktor ni (fuhh).
Jadi, ni admin bagi tips korang boleh praktis untuk dapat skor kredit cemerlang!
Tips #1: Semak pinjaman dan komitmen
Ni penting ok untuk korang kenal kemampuan diri sendiri. Bayangkan kalau korang ada banyak komitmen macam bil dan yuran belajar sampai buat tak cukup nafas. Pastu, tambah lagi dengan hutang pinjaman/kad kredit. Macam menempah maut pun ada!
Lebih baik before korang ambik pinjaman/kad kredit baru, semak semula komitmen bulanan. Selain make sure korang mampu bayar balik, pastikan jugak duit keperluan harian korang cukup.
Tips #2: Ambik kad kredit basic je dulu untuk mula
Walaupun korang takde skor kredit, kena lah start somewhere kan. Why not mula dengan 1 kad kredit basic je dulu? Bila dah ada, start bayar secara konsisten dan on time. Pejam celik, pejam celik, skor kredit korang dah cantik. Bak kata orang tua-tua, buat yang senang dulu!
Tips #3: Bayar pinjaman/hutang on time
Ni admin dah repeat beberapa kali dah. Nak buat camne, sangat-sangat penting untuk korang bayar on time. Atau, at least jangan sampai tertinggal bayar dan tertunggak. Kalau boleh, set dan automate bayaran tu dari awal. Takde lah korang boleh terlupa ke atau dah terguna duit.
Tips #4: Tahu bila patut guna kad kredit/debit
Zaman sekarang ni, boleh kata semua ada kad debit. Kad kredit je yang tak semua ada. Cara penggunaaan diorang pun lain, kad debit guna duit yang ada dalam bank. Kad kredit pulak guna duit yang korang takde - sebab tu kena bayar balik semula.
Admin suggest, korang set awal-awal tujuan kad debit dan kad kredit untuk apa. Contohnya, korang guna kad kredit setiap bulan untuk grocery dalam RM300 sebulan. Pastikan korang guna kad kredit hanya untuk tujuan grocery je (jangan guna untuk GrabFood/Foodpanda!). Lagi satu, jangan overspend pulak...
Tips #5: Susun dan consolidate pinjaman/hutang korang
Bila korang ada banyak kad kredit/pinjaman, kena ada pengurusan yang betul. In case kalau korang overwhelmed sangat, boleh discuss dengan institusi kewangan untuk susun semula bayaran.
Maksudnya disini, korang susun dulu mana boleh setel awal. Atau, mana yang ada kadar faedah tinggi. Cara susunan tu terpulang kat korang. Asalkan, susunan baru tu buat korang boleh bayar balik hutang yang ada.
Selain tu, korang boleh jugak buat consolidation kat pinjaman/hutang. Konsep dia sama je, korang buat pinjaman/hutang baru untuk bayar yang lama. Bila yang lama dah selesai, korang hanya perlu bayar yang baru je.
Tips #6: Pindah baki kad kredit
Lebih kurang sama macam cara consolidation, tapi ada lain sikit. Dia camni, korang buat kad kredit dan pindahkan hutang kad kredit lama ke yang baru. Nanti, institusi kewangan kad kredit baru yang tolong bayarkan dulu hutang kad kredit lama korang.
Cuma, kena lah pastikan kadar faedah kad kredit baru tu lebih rendah dari yang lama. At least, berbaloi lah sikit buat camtu!
Tips #7: Contact AKPK bila perlu
Kalau ada sebarang masalah, jangan malu-malu mintak pertolongan. Antaranya dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) - boleh tolong dalam urusan bayar balik. Bila korang ada gambaran jelas, baru senang sikit nak handle. Takde lah skor kredit korang terjejas lama (cepat setel!)
Jumpa AKPK ni pun takde affect kat skor kredit korang (just ada dalam rekod CCRIS). Yang pentng, institusi kewangan nampak korang komited dalam selesaikan hutang/pinjaman.
Tips #8: Sentiasa semak skor kredit
Kebiasaanya, kita lupa langsung pasal benda ni sampai lah bila kena buat pinjaman/kad kredit. So, admin cadangkan korang semak skor kredit masing-masing setahun sekali.
Nak tak nak, kena lah sentiasa tahu keadaan skor kredit korang camne. Caranya senang je, korang boleh dapatkan laporan CTOS kat sini (dalam RM25 je!). Untuk laporan CCRIS pulak, boleh guna laman web ni (free of charge!). Korang hanya perlu isi maklumat yang diorang mintak untuk tahu keadaan skor kedit yang sebenar.
BACA JUGAK: 14 Langkah Mudah Semak Laporan Kredit Dengan eCCRIS
Tapi kan, apa akan berlaku kalau skor kredit korang rendah atau teruk?
Institusi-institusi kewangan boleh reject permohonan korang. Ya lah, diorang boleh assume yang akan ada problem dengan korang kalau permohonan diluluskan macam susah bayar ansuran bulanan.
Kalau korang dapat pun, ada kemungkinan kena bayar kadar faedah yang tinggi. Kiranya, semakin bertambah lah jumlah hutang korang dengan interest bila lambat bayar. Scenario paling teruk boleh berlaku adalah korang jatuh muflis atau bankrap sebab tak mampu bayar. Pergh, memang mintak dijauhkan lah (bertambah susah hidup nanti!).
Kalau boleh, jaga lah skor kredit korang tu betul-betul. Amalkan prinsip kewangan yang sesuai, bayar on time dan control spending korang. Make sure guna pinjaman/kad kredit untuk benda-benda penting je.
Akhir kata, selamat menjaga skor kredit!
BACA JUGAK:
- 6 Cara Nak Kurangkan Bayar Pinjaman Perumahan Dengan Cepat
- 4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang
- Cancel Kad Kredit Korang Kalau Ada 3 Masalah Ni!
- Alamak, Dah Jatuh Muflis/Bankrap! Camne Nak Selesaikan?
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.