Soalan #1: Bila je boleh batalkan kad kredit?
Sebenarnya, boleh je korang nak batalkan kad kredit tu bila-bila. Cuma, kalau boleh, nak lah ada sebab yang reasonable (baca: kuat) sikit. Antara alasan yang dikira solid untuk korang batalkan kad kredit adalah:
Alasan #1: Yuran tahunan & kadar faedah yang tinggi
Misalnya, Sarah (contoh sama) ada 1 kad kredit yang dia kena bayar RM1,000 untuk yuran tahunan dan 15% kadar faedah. Tak ke naya kalau tinggi camtu? Lagi-lagi, bila Sarah aktif guna kad kredit. Boleh kata, semua benda lah dia swipe!
Kalau yuran tahunan dan kadar faedah dah memang tinggi, tambah lagi dengan perbelanjaan yang tak terkawal, memang tak berbaloi lah korang continue guna - better cancel je. Dia cam korang bayar lebih untuk maintain ada kad kredit daripada guna.
Tips: Sebelum buat keputusan, better call bank dulu dan cuba ajak berbincang. Manalah tahu, diorang boleh kurangkan caj bayaran. Kalau korang dapat downgrade kad kredit pun, dah nice dah!
Alasan #2: Tak mampu nak kawal perbelanjaan
Bila guna kad kredit, memang kena extra jaga-jaga bila berbelanja. Kalau tak, semakin menimbun lah hutang tu.
Pada tahun 2018, banyak pengguna kad kredit (43% naik!) muflis sebab tak mampu nak bayar pinjaman. Jadi, korang kena elak dari muflis dengan buat pape yang patut seperti plan perbelanjaan tahunan dan pembayaran balik camne.
BACA JUGAK: Berapa senang nak diisytiharkan sebagai muflis?
Alasan #3: Kad kredit yang tak function/jarang guna
Kad kredit ni ada banyak jenis dan fungsi dia. Ada yang boleh dapat diskaun naik kapal terbang, ada yang dapat rebat cash. Antara kad kredit yang korang ada, mesti ada satu yang korang jarang guna tapi still kena bayar kadar faedah dengan yuran tahunan jugak.
Nak senang, lepas ni korang kena check balik semua kad kredit yang ada dalam pegangan masing-masing. Pilih dan simpan kad kredit yang betul-betul korang guna je.
Sambil-sambil, admin pun nak ambik peluang nak promote sikit. If korang tengah cari kad kredit yang lebih sesuai, boleh check ‘Senarai Kad Kredit Terbaik Malaysia 2020 - Tak Tipu Punya!’. Konfem ada yang korang berkenan…
BACA JUGAK: Memilih Kad Kredit Yang Tepat
Soalan #2: Apa kesan kalau batalkan kad kredit?
Since korang dah tahu bila masa sesuai untuk batalkan kad kredit, sekarang kena tahu apa kesan dia - skor kredit korang akan affected. Begitu juga dengan nisbah penggunaan kredit (credit utilisation ratio) korang.
Kalau korang nak tahu, skor kredit ni basically adalah nombor antara 300 hingga 850 yang menunjukkan korang boleh dipercayai ke tak untuk bayar hutang. Pihak bank akan tengok nombor ni dulu sebelum approve bagi pinjaman. Kalau dapat antara 661 - 850, tinggi lah peluang nak dapat pinjaman!
Nak kasi senang jelas, admin guna Sarah lagi sebagai contoh, Skor kredit Sarah adalah 675 (sebelum dia cancel). So bila dah selesai proses pembatalan, ada kemungkinan yang skor kredit dia akan jatuh ke bawah 661.
Nisbah penggunaan kredit Sarah pun akan meningkat - tak bagus untuk skor kredit. Ni yang bahaya sikit sebab semakin kurang nisbah penggunaan kredit, lagi bagus dan sebaliknya.
Katakan lah limit 3 kad kredit Sarah adalah RM4,000 (jumlah limit kredit RM12,000) - nisbah penggunaan kredit dia adalah 33.3%
Jadi, bila Sarah batalkan satu kad kredit - jumlah limit dia akan jatuh jadi RM8,000 dan nisbah dia pun naik ke 50%. Kalau pihak bank tengok skor kredit yang baru ni, diorang akan jadi waswas untuk approve pinjaman Sarah.
PENTING: Hal skor kredit ni memang tricky sikit. Gapo admin kata gini? Ya lah, kesan kat skor kredit akan stay untuk satu jangka masa yang lama. Jangan risau, korang boleh je repair skor kredit balik (cuma akan ambik masa yang lama - kena start dari awal).
BACA JUGAK: 14 Langkah Mudah Semak Laporan Kredit Dengan eCCRIS
Soalan #3: Camne nak batalkan kad kredit?
Korang mesti dah curious nak tahu apa langkah-langkah dia, kan? Ok, memang betul korang boleh gunting je kad kredit tapi tu bukan first step ya!
Ni admin nak explain langkah-langkah apa yang korang kena buat:
1. Semak skor kredit
Admin sarankan untuk korang check dulu berapa skor kredit semasa. At least nanti, korang tahu besar ke tak perubahan skor kredit selepas buat pembatalan. Jangan lupa jugak untuk screenshot nombor skor kredit supaya boleh jadikan sebagai bukti. Mana lah tau, sistem tak updated ke apa ke nanti.
2. Selesaikan semua baki pembayaran
PENTING: Kena make sure korang dah setel bayar semua baki yang tertunggak. Lepas semua dah setel, baru korang boleh request pihak bank untuk tutup akaun kad kredit.
Selain tu, korang kena ingat jugak untuk cancel segala bayaran langganan automatik yang korang set-up kat kad kredit. Antaranya cam bil Netflix dengan Spotify - tak nak lah ada pembayaran dibuat lagi. Kang, jadi dua kerja pulak nak deal ngan isu ni.
3. Tebus segala mata ganjaran yang ada
Ni tak perlu pun takpe - terpulang kat korang. Cuma, sayang lah kalau korang tak tebus mata ganjaran yang ada. Penat-penat je korang bayar pinjaman kad kredit, tapi tak enjoy kelebihan yang diorang offer. Selagi boleh guna tu, tebus.
4. Call bank masing-masing
Selepas korang dah buat nombor 1 sampai 3, baru boleh proceed nak batalkan kad kredit. Selain daripada call, korang pun boleh tulis surat permohonan kepada pihak bank - sebagai bukti hitam putih.
P/s: Admin pun nak nasihatkan korang untuk simpan segala dokumen yang berkaitan tentang perbincangan ni dengan pihak bank.
5. Sentiasa buat follow-up
Selalunya, proses tutup kad kredit akan ambil masa selama beberapa bulan. So, kena lah selalu contact pihak bank untuk tahu update terkini permohonan korang. Nanti bila pihak bank dah tutup, jangan lupa request jugak surat rasmi daripada diorang - double konfem, katanya.
Lagi satu, korang disarankan untuk semak skor kredit (triple konfem) sekali lagi. Kalau ada perubahan, maknanya kad kredit korang dah officially ditutup.
6. Potong kad kredit
Akhirnya, dah selesai. Ni admin nak bagitau, kalau nak gunting kad kredit, pastikan potong kecik-kecik. Kiranya, memang tak nampak dah semua benda cam nombor akaun dan CVC kad kredit. Tak nak lah nanti ada orang jahat ambik kesempatan dan guna kad kredit korang.
Kalau tak proceed, ada alternatif lain tak?
Selain dari batalkan kad kredit, ada je cara lain yang korang boleh buat. Cuma, kena ada disiplin yang extra kuat untuk kawal diri dari guna kad kredit. Antaranya adalah:
- Simpan kad kredit kat rumah (jangan keluarkan)
- Tukar jenis kad kredit dengan pihak bank (boleh compare kat sini!)
- Request bank untuk turunkan caj-caj bayaran (yuran tahunan & kadar faedah)
- Hanya guna kad kredit untuk bayar langganan secara online & automatik
Dengan cara-cara ni, bukan setakat dapat kurangkan hutang kredit, skor kredit korang pun tak terjejas - win win lah kalau camtu. Sebaliknya, kalau korang memang dah tekad nak batalkan kad kredit, boleh terus ikut steps yang admin bagitau kat atas.
Selamat menggunting!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: