Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

14 Langkah Mudah Semak Laporan Kredit Dengan eCCRIS

BY Ehsan

Updated 13 Mar 2020





Kalau sebelum ni kami pernah kongsikan dekat korang pasal CCRIS, tapi kali ni admin nak kongsikan pulak satu perkhidmatan baru, iaitu eCCRIS. Yang bestnya korang dah boleh semak laporan kredit sendiri secara dalam talian! Tak payah lagi pergi Bank Negara (BNM), ye lah… bukan semua ada masa kan! 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Rekod atau laporan CCRIS ni penting terutamanya untuk korang yang nak buat pinjaman perumahan ataupun pinjaman perniagaan. Tapi sebelum tu, korang kena pergi BNM atau mana-mana cawangan AKPK untuk dapatkan nombor PIN yang korang akan gunakan untuk proses pendaftaran eCCRIS. Sekali je tau! Lepas ni korang boleh cek bila-bila masa & kat mana-mana je, asalkan ada internet! 

Ok… nak bagi korang lagi faham,  min bawakkan perkongsian dari Tuan Harith Faisal yang pergi daftar eCCRIS dekat BNM. Korang follow je tutorial bawah ni:

Tutorial daftar dan guna eCCRIS:

1. Daftar butiran diri dekat BNM.


Sumber imej: Facebook Harith Faisal 

Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. 


2. Cari kiosk CCRIS dan pilih bahasa. 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal 

Bila dah sampai depan kiosk tu, kau kena pilih bahasa apa yang kau nak. Bahasa Malaysia atau English. Nak bahasa lain, kau kena pergi negara lain. Okay tak lawak.


3. Klik ‘eCCRIS’.


Sumber imej: Facebook Harith Faisal 


4. Klik ‘Daftar Pengguna’. 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal

Tak payah nak fikir lama-lama sangat. Bukannya kau tengah jawab soalan sejarah SPM pun. 


5. Masukkan kad pengenalan dan buat pengesahan biometrik. 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal

*Nota: Pastikan dulu sama ada cip Kad Pengenalan korang berfungsi dengan baik atau tak. Kalau tak, pergi tukar IC dulu. Tak pasal-pasal korang kena buat kerja 2 kali pulak.


6.  Masukkan nombor telefon terkini dan klik ‘Teruskan’. 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal 

Dia akan minta nombor telefon bimbit kau. Senang cerita, masukkan nombor telefon yang ada kat kau waktu tu. Klik ‘Teruskan’.


7. Semak semula maklumat dan klik ‘Sahkan’. 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal 

Semak balik info kau. Bila dah yakin semua betul, bolehlah klik ‘Sahkan’ dengan penuh keyakinan.


8. Tunggu mesej dari BNM. 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal

Kau akan dapat PIN 6 digit kat nombor telefon yang kau daftarkan tadi di smartfon kau yang mahal tu.


9. Kemudian, masuk ke link ni https://eccris.bnm.gov.my/ dan klik ‘First Time Login’.


Sumber imej: Facebook Harith Faisal


10. Daftar ‘Nationality’, ‘ID Number’ dan ‘PIN’.    


Sumber imej: Facebook Harith Faisal

Nationality pilih ‘Malaysia’. ID Number letak nombor kad pengenalan tanpa simbol dan PIN kau masukkan ikut PIN yang kau dapat taditu.


11. Kemudian, daftar ‘User ID’, ‘kata laluan’, ‘security question’ dan ‘security image’. 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal

Kata laluan tu tersangatlah penting. Ingat baik-baik. Jangan main hentam saja.


12. Dah selesai. Buka semula link https://eccris.bnm.gov.my/ dan masukkan ‘User ID’ dengan ‘kata laluan’.


Sumber imej: Facebook Harith Faisal 


13.  D apatkan laporan CCRIS, Klik ‘Enquiry’ dan pilih ‘Self Enquiry’.   


Sumber imej: Facebook Harith Faisal


14. Baca ‘Disclaimer’ kemudian klik ‘I agree’ dan klik "Report Enquiry". 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal

Lepas tu, korang akan dapat tengok semua laporan CCRIS korang.



Contoh laporan kredit CCRIS beserta keterangan 


Sumber imej: Facebook Harith Faisal

CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System adalah sistem yang kumpulkan semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan di Malaysia macam bank, broker insurans dan syarikat swasta. Sistem ni akan bantu korang periksa sejarah kredit sedia ada atau bakal peminjam korang. Lagi satu, CCRIS bukan sistem senarai hitam peminjam yang macam orang ramai fikir tau!

Dalam laporan CCRIS ni, dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini kesemua hutang kau dengan bank. Kalau kewangan korang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, korang takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.Kalau muncul angka 1 tu maksudnya korang ada sebulan tertunggak bayaran bulanan. Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya dah 3 tahun tak bayar hutang, biasanya PTPTN-lah.

So, kalau korang nak daftar eCCRIS ni, boleh je pergi dekat BNMLINK Kuala Lumpur/Pejabat BNM/Cawangan AKPK dan korang akan terima PIN yang dihantar ke telefon sebelum membolehkan log masuk ke sistem eCCRIS.


Senarai pejabat AKPK seluruh Malaysia

Sebelum ni ramai yang merungut takde masa nak pergi pejabat BNM sebab terlalu jauh dan takde cawangan kat setiap negeri. Sekarang pendaftaran eCCRIS lebih mudah bila ada pendaftaran terbuka dekat cawangan AKPK seluruh Malaysia.

Bawah ni  senarai cawangan AKPK yang rasmi:

Alor Setar
No 11, Ground Floor,
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Kompleks Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel: 604 771 5773

Pulau Pinang
Bangunan Bank Negara Malaysia
27 Corner Light/Pitt Street
10200 Penang
Tel : 604 261 2246
Fax : 604 261 2243

Perak
Unit B-2-1 Greentown Square
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak
Tel: 605 242 8319
Fax: 605 242 8452

Kuala Lumpur
Level 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 603 2616 7766
Fax: 603 2616 7601

Negeri Sembilan
Bank Simpanan Nasional
Lot 894
Jalan Dato’ Bandar Tunggal
70000 Seremban
Negeri Sembilan

Melaka
Ground & Mezzanine Floor, No 179,
Bangunan Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: 606 292 1238
Fax: 606 292 1251

Johor Bahru
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru
Tel: 607 221 0533
Fax: 607 221 0535

Pahang
G-02 Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Tel: 609 513 3190
Fax : 609 513 3255

Kuala Terengganu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Tel: 609 631 2797
Fax : 609 631 2801

Kelantan
PT5, Ground Floor
Kota Indah,
Jln Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Tel: 609 747 6968
Fax: 609 746 1085

Kuching
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching
Tel: 6082 414 910
Fax: 6082 414 960

Kota Kinabalu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Tel: 6088 538 355
Fax: 6088 538 377


Maklumat lanjut:

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh download borang panduan ni: User Guide & FAQs
 
Atau pun korang boleh call and emel:

1300 88 5465 (BNMTELELINK)
+603 2698 8044 (Talian Am)
 
bnmtelelink@bnm.gov.my


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes