Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cara Untuk Korang Buat Duit Dengan Kad Kredit

BY Team Loanstreet

Updated 10 Dec 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Kalau tak digunakan dengan betul, lambat-laun, kad kredit memang boleh buatkan korang terjerumus dalam masalah kewangan. Tapi kalau korang pandai guna dengan, korang boleh buat duit tau dengan kad kredit ni. Contohnya, Kad kredit rebat tunai dan ganjaran boleh bagi korang pulangan setiap kali korang berbelanja.  

 

So kat sini, kami akan explain cara kad ni berfungsi, perkara yang korang kena elak, dan tips untuk pilih kad yang paling ngam dengan gaya hidup korang.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Bagaimana kad rebat tunai dan kad ganjaran berfungsi 

 

Kad kredit rebat tunai memberikan beberapa peratus pulangan wang tunai setiap kali korang berbelanja.

 

Contohnya, kad yang menawarkan 1% rebat tunai akan memberi pulangan sebanyak RM5 apabila anda membeli sesuatu yang berharga RM500.

 

Kad kredit ganjaran pula berfungsi dalam cara yang agak berbeza. Korang dapat mengutip mata dan bukan wang tunai. Mata ini kemudian boleh ‘dibelanjakan’ atas ganjaran tertentu seperti minyak petrol, barang dapur, penerbangan, dan apabila anda berhibur.

 

 

Yang mana satu pilihan terbaik untuk korang?

 

Sumber imej: Experian

 

Kad kredit rebat tunai biasanya merupakan pilihan ramai sebab korang boleh gunakan duit yang korang dapat tu kat  mana-mana sahaja. Nilai rebat tunai berbeza mengikut jenis barangan (contohnya 5% untuk minyak petrol atau barang runcit, tetapi hanya 2% sahaja untuk lain-lain barang).

 

Berbeza daripada kad kredit rebat tunai, mata ganjaran untuk kad kredit ganjaran hanya dapat digunakan untuk menebus barangan tertentu atau dengan peruncit atau penjual tertentu.

 

Sebaliknya, kad kredit ganjaran memberikan pilihan nilai yang lebih baik dan memberikan keuntungan berganda kalau korang menjadi pelanggan tetap kepada peruncit atau penjual yang berkaitan.

 

Sebagai contoh, ada kad ganjaran tertentu yang membolehkan korang mengisi petrol dengan hanya menggunakan mata yang diperoleh, dan sekali gus membantu korang berjimat jika dibandingkan dengan penggunaan kad rebat tunai untuk tujuan yang sama.

 

Apa yang korang kena tahu 

 

Terdapat beberapa sekatan yang lazim apabila menggunakan kad kredit rebat tunai:

 

  • Tawaran rebat tunai ini biasanya hanya sah untuk masa yang terhad, sebagai contoh tawaran itu mungkin menawarkan rebat tunai sebanyak 3% hanya untuk tiga bulan pertama dan diturunkan kepada 1% rebat tunai selepas tempoh tersebut tamat.

  • Kadar rebat tunai yang tinggi juga mungkin terhad kepada jumlah tertentu, sebagai contoh anda mungkin ditawarkan rebat tunai sebanyak 3% tetapi hanya terhad kepada perbelanjaan RM1000 yang pertama.

  • Korang mungkin lebih keliru apabila korang tidak layak untuk rebat tunai atau layak untuk kadar yang rendah sahaja, sehinggalah nilai perbelanjaan korangmencapai jumlah tertentu, contohnya RM500 dalam bulan tersebut, kemudian kadar rebat tunai yang lebih tinggi untuk ke tahap seterusnya perbelanjaan anda (contohnya RM500 – RM2000), dan jatuh lagi ke tahap yang lebih rendah atau tiada langsung.

  • Sesetengah kad kredit rebat tunai mengenakan bayaran yuran. Jika yuran itu tinggi, ada kemungkinan sukar untuk anda mendapatkan rebat tunai yang mencukupi untuk mengimbangi yuran tersebut.

  • Ada juga kad yang meletakkan syarat iaitu apabila korang membelanjakan jumlah tertentu dalam tempoh setahun, yuran tahunan untuk kad itu akan dilupuskan walaupun yuran tersebut telah dibayar (mungkin setara dengan nilai kad).
     

Kad ini bukan untuk semua 

 

 

 

Kad rebat tunai dan ganjaran tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Ada kad yang hanya layak dipohon jika korang mempunyai kedudukan kredit yang baik. Rugilah kalau korang  terpaksa membayar yuran yang jauh lebih tinggi demi mendapatkan ganjaran yang rendah nilainya daripada bayaran yuran tersebut.

 

Permohonan yang selalu gagal akan menjejaskan skor kredit korang, jadi penting untuk korang tahu kedudukan skor kredit sebelum membuat permohonan. Ada beberapa agensi kedudukan kredit yang boleh membantu korang mengetahui kedudukan skor kredit korang.

 

Akhir sekali, pastikan korang mampu menjelaskan baki setiap bulan. Jika tidak, keuntungan daripada rebat tunai atau ganjaran akan habis begitu sahaja apabila korang lewat menjelaskan bayaran yuran berserta faedah.

 

Carilah kad yang sesuai 

 

Ada banyak jenis tawaran kad yang boleh buatkan korang keliru. So, sebelum korang buat pilihan, tengok dulu perbelanjaan bulanan korang dan jenis ganjaran mana yang paling berguna untuk korang. Minyak petrol ke, barang runcit ke, atau pergi bercuti?  

 

Gunakan alat perbandingan kad kami untuk dapatkan kad dengan rebat tunai tertinggi atau ganjaran yang paling sesuai. Sebelum tu, pastikan korang tahu kadar yuran tahunan dan yuran lewat, supaya korang tak rugi.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang