Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

3 Tanggapan Salah Umum Tentang Takaful

BY Team Loanstreet

Updated 15 Jan 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi d an maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Takaful ni, walaupun dah lama wujud di serata dunia, masih ramai lagi yang tak faham konsep dia. Ramai yang salah faham tentang Takaful sebab mereka ingatkan insurans ni ada berkait dengan agama islam. Orang Malaysia yang biasa dengar pasal Takaful pun lebih banyak pilih insurans konversional sebab mereka tak faham perbezaan kedua-dua konsep ni. Tapi jangan risau, artikel ni akan bantu korang betulkan salah tanggapan pasal Takaful! 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Takaful hanya untuk orang Islam

 

 

Ramai orang bukan Islam sering beranggapan bahawa Takaful hanya untuk orang Islam. Sebenarnya institusi kewangan Islam tidak pernah mengenepikan sesiapapun meskipun fahaman mereka berbeza-beza.. Sebab utama terdapatnya tanggapan salah ini sangat jelas kerana nama “Takaful” itu sendiri. 

 

Konsep Takaful bermula sebelum kewujudan agama Islam apabila saudagar- saudagar Arab mengenepikan sejumlah wang mereka bagi melindungi sesama mereka daripada risiko-risiko semasa pelayaran. Pada hari ini, sistem ini telah berkembang mengikut prinsip-prinsip moral sehingga menjadi alat kewangan disamping insurans konvensional. 

 

Perbezaan utamanya adalah penggunaan prinsip-prinsip Islam bagi mengelakkan perjudian dan riba dalam portfolio pelaburannya. Dalam erti kata lain, fungsinya sama seperti insurans konvensional yang lain, tetapi lebih kepada alternatif sosial yang prihatin berdasarkan asal-usul dan unsur-unsur moralnya.

 

2. Objektif Takaful berbeza daripada insurans konvensional

 

 

Satu tanggapan umum Takaful di kalangan rakyat Malaysia adalah tak sehebat  insurans konvensional dalam melindungi kepentingan korang disebabkan objektifnya yang berbeza dan tidak dikawal oleh badan-badan yang sama. Sebenarnya, tujuan Takaful adalah sama seperti insurans konvensional - untuk melindungi korang! 

 

Sama seperti insurans konvensional, korang membayar premium untuk menguruskan risiko sekiranya korang dilanda malapetaka yang tidak dijangka. Takaful wujud bukan untuk keuntungan, tetapi lebih kepada sebagai perlindungan antara satu sama lain di kalangan ahli-ahlinya.

 

Awalnya, Takaful mungkin mempunyai kawalan yang lebih ketat berbanding insurans konvensional, apatah lagi di Malaysia! Di Malaysia, Takaful dikawal selia melalui Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang diperkenalkan khusus untuk mengembangkan dan mentadbir industri ini. Takaful ni dikawal selia dengan ketat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Jadi, korang tak perlu risau pasal kredibiliti insurans ni. 

 

3. Takaful mengandungi unsur-unsur yang tidak beretika kerana sifat keagamaannya


Ada yang rasa disebabkan Takaful ni berasaskan prinsip Islam, ia tak mampu lindungi kepentingan korang macam insurans biasa. Tapi jangan salah anggap! Walaupun pengendali Takaful tak boleh labur dalam perkara seperti riba, judi, atau spekulasi, ini tak bermaksud ia tak efisien. Sebaliknya, Takaful fokus pada konsep bantu-membantu sesama ahli, dan ini menjadikan ia satu sistem yang lebih cermat.
 

Tambahan pula, walaupun Takaful tak berorientasikan keuntungan, dana yang dikumpul tetap menjana hasil untuk keperluan ahlinya. Jadi, korang tak perlu risau – perlindungan dan manfaatnya masih on par dengan insurans konvensional.
 

Ada juga yang salah faham kononnya Takaful ni bias terhadap kumpulan tertentu atau lebih fokus kepada orang Islam. Fakta sebenarnya, Takaful terbuka untuk semua. Malah, ada peraturan yang pastikan semua ahli dilayan adil tanpa kira agama atau kepercayaan. Industri Takaful di peringkat global pun aktif promosi kepada orang bukan Islam supaya lebih ramai dapat manfaat daripada sistem ni.

 

Kenapa korang patut pertimbangkan takaful?

 

Selama ini, Takaful telah berkembang pesat menjadi alat kewangan yang smoothdengan pertumbuhan tahunan sebanyak berbilion dollar.  Dengan kestabilan dan unsur-unsur sosialnya yang prihatin, makin ramai orang sama ada Islam atau sebaliknya, berminat denganTakaful menjadi satu instrumen kewangan untuk melengkapkan portfolio dan pengurusan risiko mereka. Jangan lupa tentang insurans kenderaan dan perjalanan korang juga! Kalau korang nak dapatkan sebut harga bagi insurans kereta, insurans motorsikal, atau insurans perjalanan dengan mudah, lawati halaman insurans kami sekarang!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

insurans, MRTAs, kos insurans, premiums, perlindungan insurans, nilai tunai

Insurans Hayat: 5 Komponen Utama

Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

Fikir Dua Kali Sebelum Abaikan Insuran Hayat

Fikir Dua Kali Sebelum Abaikan Insuran Hayat