Perbezaan di antara Ejen Insurans dan Perancang Kewangan
Perbezaan utama di antara pakar kewangan peribadi dan ejen insurans pada dasarnya terwujud pada beberapa aspek:
Aspek | Ejen Insurans | Pakar Kewangan |
---|---|---|
Jenis Produk |
|
|
Fokus Utama |
|
|
Lesen & Sijil |
|
|
Pendapatan |
|
|
Apa yang ejen insurans jual?
Ramai ejen insurans suka ‘rebranding’ produk mereka sebagai pelaburan ‘hebat’ untuk portfolio korang. Tapi hakikatnya, sebahagian besar duit korang masuk untuk bayar insurans je. Korang kena tanya – dah cukup ke perlindungan yang korang dapat ni? Kalau ya, ok lah, teruskan. Tapi kalau rasa kurang puas hati, fikir dua kali sebelum ambil.
Kalau korang dah puas hati dengan coverage, jangan terpedaya bila ejen ni start cakap produk mereka boleh jadi pelan persaraan, pengganti FD, atau pelaburan hartanah. Produk macam ni biasanya ikat duit korang lama gila, dan ada penalti kalau nak keluar awal. Tambahan lagi, ramai ejen insurans ni cuma ada kelayakan asas macam PCEIA (Peperiksaan Pra-Kontrak untuk Ejen Insurans) dan CEILI (Sijil Peperiksaan Insurans Hayat). Kalau penasihat kewangan yang certified, mereka akan tengok dulu profil pelaburan korang, pastu cadangkan macam-macam jenis pelaburan untuk seimbangkan risiko, ikut situasi kewangan korang.
Polisi tentang E-Insurans
E-insurans adalah satu kaedah untuk melangkaui proses membeli insurans melalui ejen.
Sejak tahun 2015, perlindungan insurans boleh dibeli secara online. Selepas menyedari majoriti rakyat belum memiliki insurans, Bank Negara Malaysia telah memberi satu garis panduan sebagai rujukan untuk mudahkan orang ramai dapatkan insurans. .
Korang pun boleh beli insurans kereta dan motosikal online terus dari platform kami! So, kalau nak insurans yang basic, cepat, dan tak perlu pening-pening dengan ejen, e-insurans ni pilihan terbaik untuk korang.
Pentingnya korang faham keperluan korang sendiri
Malangnya, bilangan ejen insurans di Malaysia jauh lebih ramai daripada penasihat kewangan. Ejen insurans pula kadang-kadang sangat pushy dalam promosi sebab nak capai target jualan mereka. Ini buatkan ramai yang keliru dengan pilihan pelaburan yang mereka buat.
Apa pun, yang paling penting, educate diri korang sendiri. Cari info pasal insurans dan pelaburan yang sesuai dengan keperluan korang. Jangan terus percaya bila ada tawaran yang bunyi macam tak masuk akal. Study dulu, insya-Allah korang takkan kena tipu!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: