Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Perbandingan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

BY Team Loanstreet

Updated 10 Dec 2018




Ramai orang mempunyai salah tanggapan tentang Takaful iaitu mereka merasakan Takaful adalah versi Islam untuk insurans konvensional, dan kerana itu ianya hanya mengehadkan pesertanya melalui agama. Akan tetapi, yang sebenarnya, bukan sahaja Takaful ditawarkan kepada sesiapa sahaja tidak mengira agama atau fahaman, ianya adalah alat pengurusan kewangan yang berbeza dalam beberapa aspek apabila dibandingkan dengan insurans konvensional.

Jika digunakan dengan bijak, Takaful boleh membawa kepada jaminan kewangan yang lebih baik dan ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anda merupakan sebahagian dari sistem pengurusan risiko yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsipnya. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan perbezaan di antara polisi Takaful dan insurans konvensional, dan apakah maknanya kepada masyarakat.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Bagaimana mereka dibandingkan?

Kedua-dua polisi Takaful dan insurans konvensional diusahakan di atas sistem asas yang sama, iaitu dengan  pengumpulan dana untuk mengurus risiko sekumpulan orang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan besar antara dua sistem ini, terutama apabila Takaful patuh kepada prinsip-prinsip Islam dari mana ianya telah dibangunkan. Marilah kita meneroka perbezaan-perbezaan utama antara Takaful dan insurans konvensional.

  • Niat Peserta: Walaupun tidak diragui bahawa Takaful menyediakan jaminan kewangan, akan tetapi pembeli polisinya memasuki perjanjian yang mana sebahagian besarnya  menyumbang  ke dalam satu dana yang mungkin dapat membantu mereka yang mengalami musibah dan memerlukan bantuan kewangan. Sebaliknya, polisi insurans konvensional dibeli sebagai jaminan kewangan peribadi dan syarikat insurans merupakan penanggung risiko.

  • Pelaburan: Sementara unit pelaburan insurans konvensional melabur berdasarkan penilaian mereka yang bersesuaian dengan profil mereka, pelaburan Takaful mematuhi prinsip-prinsip dengan ketat. Mereka tidak boleh melabur dalam apa-apa yang mengandungi unsur-unsur perjudian, ketidakpastian dan riba (amalan meminjamkan duit dengan kadar faedah yang tidak munasabah). Hal ini diseliakanmengikut kehendak Syariah yang ditentukan oleh pengawal selia.

  • Pulangan: Jika terdapat lebihan wang yang disebabkan oleh kadar tuntutan yang rendah, ia akan diagihkan di antara peserta-peserta, dan keuntungan dari pelaburan akan diagihkan kepada para peserta dan pemegang-pemegang saham, berdasarkan model yang telah ditetapkan. Pengendali Takaful akan mengambil sedikit keuntungan dari lebihan melalui yuran prestasi atau berkongsi lebihan. Walaupun begitu  untuk memastikan ianya dibuat secara sah, jumlah pembayaran dari lebihan yang boleh dibayar kepada pengendali Takaful tidak boleh melebihi amaun lebihan yang dibayar kepada para peserta. Untuk insurans konvensional pula,  lebihan dan keuntungan dimiliki oleh pemegang-pemegang saham syarikat insurans.

Takaful di Malaysia Hari Ini

Di  Malaysia, berbanding dengan kebanyakan negara-negara lain, syarikat-syarikat Takaful dikawal selia secara ketat melalui kehendak Syariah di bawah Akta Perkhidmatan[MTA1]  Kewangan Islam 2013, secara berasingan dengan insurans konvensional. Bukan sahaja mereka diteliti  untuk mengelak sebarang salah laku, portfolio pelaburan mereka ditetapkan agar tidak sekalipun melanggar nilai-nilai Islam, serta selamat, cair dan mempunyai komponen jangka masa yang panjang. Industri ini  sedang membangun dan semakin berkembang untuk menggalakkan amalan yang terbaik dan meningkatkan profesionalisme di samping mematuhi prinsip-prinsip asas Islam.. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Takaful, anda bolehlah membaca artikel Bimbingan Lengkap Untuk Takaful.

Adakah Takaful Untuk Anda?

Pada asasnya, Takaful dan insurans konvensional mempunyai tujuan yang sama, perbezaannya pula adalah agak besar, seperti yang dinyatakan di atas. Perbezaan ini mempunyai kesan yang besar kepada pemegang polisi, bergantung kepada keperluan dan situasi mereka. Jika anda mempunyai polisi insurans konvensional yang anda rasa telah ketinggalan zaman, atau anda langsung tidak mempunyai apa-apa polisi, ini adalah peluang yang sesuai untuk anda memohon skim Takaful. Untuk maklumat lanjut tentang apa yang Takaful boleh lakukan untuk anda, sila layari http://www.malaysiantakaful.com.my.

Jika anda ingin memperbaharui insurans kereta atau insurans motorsikal anda, lawati halaman insurans kenderaan kami dan dapatkan sebut harga dengan serta-merta, tanpa sebarang kos! Bukan itu saja, anda juga boleh membeli polisi insurans kereta atau motorsikal secara online pada masa yang sama, mudah bukan?

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya