Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

BY Team Loanstreet

Updated 12 Dec 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Ramai orang salah faham yang Takaful ni sebenarnya insurans konvensional tapi versi islam. Tapi sebenarnya Takaful ni ditawarkan kepada sesiapa sahaja tak kira agama atau fahamannya. Takaful ni adalah alat pengurusan kewangan yang agak berbeza berbanding insurans konvensional. 
 

Jika digunakan dengan bijak, Takaful boleh membawa kepada jaminan kewangan yang lebih baik sebab kita tahu kita terlibat dalam sistem pengurusan risiko yang berpegang pada prinsip-prinsip yang betul. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan perbezaan di antara polisi Takaful dan insurans konvensional.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa beza antara Takaful dan Insurans Konvensional? 

 

 

Kedua-dua polisi Takaful dan insurans konvensional diusahakan di atas sistem asas yang sama, iaitu dengan  pengumpulan dana untuk mengurus risiko sekumpulan orang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan besar antara dua sistem ini, terutama apabila Takaful patuh kepada prinsip-prinsip Islam dari mana ianya telah dibangunkan. Marilah kita meneroka perbezaan-perbezaan utama antara Takaful dan insurans konvensional.

 

  • Niat Peserta: 
     

Walaupun tidak diragui bahawa Takaful menyediakan jaminan kewangan, akan tetapi pembeli polisinya memasuki perjanjian yang mana sebahagian besarnya adalah untuk  menyumbang  ke dalam satu dana yang mungkin dapat membantu mereka yang tengah susah. . Sebaliknya, polisi insurans konvensional dibeli sebagai jaminan kewangan peribadi dan syarikat insurans merupakan penanggung risiko.

 
  • Pelaburan


Sementara unit pelaburan insurans konvensional melabur berdasarkan penilaian mereka yang bersesuaian dengan profil mereka, pelaburan Takaful mematuhi prinsip-prinsip dengan ketat. Mereka tidak boleh melabur dalam apa-apa yang mengandungi unsur-unsur perjudian, ketidakpastian dan riba (amalan meminjamkan duit dengan kadar faedah yang tidak munasabah). Hal ini diseliakan mengikut kehendak Syariah yang ditentukan oleh pengawal selia.

 
  • Pulangan: 


Jika terdapat lebihan wang akibat  kadar tuntutan yang rendah, ia akan diagihkan di antara peserta-peserta, dan keuntungan dari pelaburan akan diagihkan kepada para peserta dan pemegang-pemegang saham, berdasarkan model yang telah ditetapkan. Pengendali Takaful akan mengambil sedikit keuntungan dari lebihan melalui yuran prestasi atau berkongsi lebihan. 


Walaupun begitu  untuk memastikan ianya dibuat secara sah, jumlah pembayaran dari lebihan yang boleh dibayar kepada pengendali Takaful tidak boleh melebihi amaun lebihan yang dibayar kepada para peserta. Untuk insurans konvensional pula,  lebihan dan keuntungan dimiliki oleh pemegang-pemegang saham syarikat insurans.


Takaful di malaysia hari ini

 

Di  Malaysia, berbanding dengan kebanyakan negara-negara lain, syarikat-syarikat Takaful dikawal selia secara ketat melalui kehendak Syariah di bawah Akta Perkhidmatan[MTA1]  Kewangan Islam 2013. Bukan sahaja mereka diteliti  untuk mengelak sebarang salah laku, portfolio pelaburan mereka ditetapkan agar tidak sekalipun melanggar nilai-nilai Islam, serta selamat, cair dan mempunyai komponen jangka masa yang panjang. 

 

Industri ini  sedang membangun dan semakin berkembang untuk menggalakkan amalan yang terbaik dan meningkatkan profesionalisme di samping mematuhi prinsip-prinsip asas Islam. 

 

Adakah takaful sesuai untuk korang?

 

 

Pada asasnya, Takaful dan insurans konvensional mempunyai tujuan yang sama, perbezaannya pula adalah agak besar, seperti yang dinyatakan di atas. Perbezaan ini mempunyai kesan yang besar kepada pemegang polisi, bergantung kepada keperluan dan situasi mereka. Jika anda mempunyai polisi insurans konvensional yang anda rasa telah ketinggalan zaman, atau anda langsung tidak mempunyai apa-apa polisi, ini adalah peluang yang sesuai untuk anda memohon skim Takaful.

Kalau korang nak  memperbaharui insurans kereta atau insurans motorsikal, lawati halaman insurans kenderaan kami dan dapatkan sebut harga dengan serta-merta,secara percuma! Bukan itu saja, korang juga boleh membeli polisi insurans kereta atau motorsikal secara online pada masa yang sama, mudah bukan?

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Fikir Dua Kali Sebelum Abaikan Insuran Hayat

Fikir Dua Kali Sebelum Abaikan Insuran Hayat

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih