Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pelan Berkait Pelaburan (ILP) Vs Insurans Tradisional: Apa bezanya?

BY Team Loanstreet

Updated 25 Oct 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Zaman sekarang ni, biasanya produk insurans akan datang sekali dengan pelan simpanan/pelaburan. Samada korang perasan atau tak, benda yang selalunya disebut-sebut adalah Pelan Berkait Pelaburan (ILP). Pelan ni cukup femes dalam kalangan orang muda disebabkan premium yang rendah dan perlindungan menyeluruh. 

Chup! Korang dah tahu ke apa yang dimaksudkan dengan ILP? Apa agaknya beza ILP dengan insurans tradisional erk?

Apa-apa hal pun, ada baiknya korang fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan ILP.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa tu Pelan Berkait Pelaburan (ILP)?

loanstreet-perbezaan-pelan-berkait-pelaburan-ilp-dengan-insurans-tradisional
Sumber Imej: InterestGuru.sg

Bagi yang tak tahu, ILP adalah pelan insurans yang akan ambil sebahagian premium yang korang bayar dan kemudiannya dilaburkan dalam dana pelaburan.

Kalau pelan insurans tradisional pulak, korang cuma perlu bayar premium macam biasa dengan jumlah yang kekal untuk keseluruhan tempoh polisi yang dah ditetapkan, dan tak payah fikir pun pasal untung rugi pelaburan. 

loanstreet-perbezaan-pelan-berkait-pelaburan-ilp-dengan-insurans-tradisional

Sumber Imej: iStock

Untuk pelan ILP, dana pelaburan akan diurus syarikat insurans dan hasil pelaburan akan dipulangkan dalam akaun pemilik insurans. Pada masa yang sama, kos pentadbiran dan yuran polisi akan ditolak dari akaun yang sama untuk perlindungan kesihatan dan jugak nilai simpanan tunai dari ILP.

So, sekarang ni bila korang dah faham serba sikit pasal ILP…


…kita tengok pulak perbezaan antara ILP dan insurans tradisional:

Faktor Jenis insurans
Insurans Berkaitan Pelaburan Insurans Hayat Traditional
Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh atau Kekal (HUMK) Regular: jumlah diinsuranskan dan nilai tunai.
Single: jumlah yang diinsuranskan lebih tunggi atau nilai tunai.
Jumlah diinsuranskan dan dividen
Premium
  • Premium yang dibayar adalah rendah.
  • Digunakan untuk beli dana pelaburan berdasarkan kadar yang ditetapkan syarikat insurans.
  • 7 tahun pertama, sebahagian daripada amaun premium disalurkan kepada pembayaran kos pentadbiran dan kos pengedaran (termasuk kos komisen ejen insurans). Lebihan bahagian tu pulak akan digunakan untuk pembelian dana pelaburan.
  • Selepas 7 tahun, 100% premium akan dilaburkan dalam dana pelaburan. 
  • Premium yang dibayar adalah tinggi.
    Tidak digunakan untuk pelaburan.
     
Caj Insurans
  • Caj insurans akan ditolak dari hasil jualan dana pelaburan, maka jumlah pelaburan akan berkurang. 
  • Perlukan dana dan strategi pelaburan yang betul untuk tampung kenaikan kos insurans dan nilai pelaburan.
  • Kena tambah premium insuran sekiranya pelaburan tu gagal menampung kos insurans.
     
  • Risiko yang sama seperti ILP jarang berlaku disebabkan premium yang dibayar lebih tinggi berbanding ILP dan lebih daripada peningkatan kos insurans.
Penamatan polisi Nilai tunai dengan caj serahan terpakai. Nilai tunai dengan caj serahan terpakai.
Kematangan polisi Nilai tunai Nilai tunai
Gabungan ciri Ya Bergantung kepada produk
Tambah nilai premium Ya Tidak
Nilai simpanan tunai
  • Jumlah premium terkumpul digunakan untuk beli dana pelaburan. 
  • Bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan prestasi dana tersebut. 
  • Kalau korang perlukan dana tambahan, korang boleh jual dana yang korang ada. 
  • Risiko akan dipegang oleh pemilik dalam bentuk dana amanah
  • ILP lebih murah berbanding insurans tradisional.
     
  • Wang tunai yang disimpan dari lebihan premium dibayar. 
  • Lebihan disimpan dalam akaun rizab untuk dilaburkan. Sebagai tambahan, dividen akan diberi kepada polisi terlibat, sekiranya insurans tersebut layak.
  • Syarikat akan memasukkan dividen sebagai nilai simpanan tunai.
  • Nilai simpanan tunai meningkat secara tahunan, menjadi satu kelompok wang yang selamat. 
  • Boleh pilih untuk join polisi insurans (par) dimana korang akan dapat dividen dari keuntungan syarikat.
     
Pengeluaran nilai tunai Ya Tidak, tetapi boleh dikeluarkan sebagai pinjaman polisi atau digunakan untuk membayar premium masa hadapan (sekurang-kurangnya apabila polisi berumur 3 tahun).
Pertukaran dana Ya Tidak
‘Percutian’ premium Ya, premium akan ditolak daripada nilai tunai. Ya, premium akan dibayar bergantung kepada kaedah yang dipilih oleh pemegang polisi.
Penyesuaian kepada tahap perlindungan dan pelaburan Ya Tidak
Ketelusan Ya, semua transaksi didedahkan kepada pelanggan. Tidak, semua transaksi tidak akan didedahkan kepada pelanggan.
 
Setakat ni, dua-dua produk ada kelebihan masing-masing. Yang penting, korang kena pilih polisi yang sesuai dengan keperluan dan, semak semula kedudukan kewangan korang. Kalau korang nak perlindungan dalam tempoh yang singkat, ILP mungkin pilihan yang sesuai untuk korang. 

Andaikata kalau korang nak pelaburan yang stabil dan konsisten sepanjang tempoh polisi, insurans tradisional adalah pilihan yang terbaik untuk korang. 


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih