Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Kad Kredit Minyak Petrol Terbaik di Malaysia

BY Team Loanstreet

Updated 24 May 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
*Artikel ini asalnya ditulis oleh MK Zainal. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Tak kiralah harga minyak naik atau turun, terapung atau tenggelam, korang masih kena pam tiap-tiap minggu. Jadi macam mana nak berjimat?


Selain barang-barang dapur, ada tiga benda yang kebanyakan rakyat Malaysia kena keluar duit: lampin anak, susu formula, dan minyak petrol. Bagi yang takde keluarga lagi tu tak payah risau lagilah pasal lampin dan susu, tapi bila sebut bab minyak, nak tak nak kena jugak pam tiap-tiap minggu.


Cuba korang kira, berapa banyak korang bayar untuk petrol dalam sebulan? Kalau korang bawak MyVi, hari-hari satu dua jam dalam kereta, boleh cecah RM200 jugak la!
 


Gambar asal dari HyperTune.


Tapi korang tau tak, salah satu cara untuk mengurangkan kos minyak ni adalah dengan menggunakan kad kredit! Ha... kad kredit ni kalau pandai guna memang boleh jimat, asalkan korang pandai pilih yang mana boleh penuhi keperluan korang.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Sebelum kita mula, kami nak terangkan dua istilah yang akan digunakan dalam artikel ini:

  • Kadar bayar balik (cash back rate): Jumlah peratus yang akan dikembalikan daripada perbelanjaan korang. Contohnya dengan cash back 5%, bila korang isi minyak RM 100 sebulan, korang akan dapat balik RM 5.

  • Had bulanan (monthly cap): Had bagi wang yang dikembalikan. Contohnya dengan kadar bayar balik 5%, bila korang isi minyak RM 1500, kiraannya adalah RM75. Tapi oleh kerana had bulanan adalah RM 50, setakat tu je lah yang korang akan dapat.

Sekarang ni, jom mula dengan pilihan kad kredit kita.
 

1. Citi Cash Back Card

 


 

Cash back 10%
Had bulanan RM 10
Syarat Tiada

Dalam banyak-banyak kad kat senarai ni, Citi Cash Back Card antara yang menawarkan syarat yang paling mudah sekali. Korang akan dapat cash back tak kisahlah korang isi minyak hari apa, kat stesen mana, tua muda miskin kaya.


Walaupun had bulanan bagi kad ni paling rendah berbanding kad lain, ia mungkin paling sesuai buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sebabnya korang hanya kena isi minyak sampai RM 100 sebulan je andkorang boleh cecah had RM 10 tu. Kad kredit jenis ni rasanya lebih sesuai untuk yang menunggang motosikal.


Selain tu, kad ni juga ada bagi cash back untuk benda-benda lain termasuklah barang runcit, restoran dan perkhidmatan Grab.

Ketahui maklumat lanjut kat sini
 

2. HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

 


 

Cash back 8%
Had bulanan RM 50
Syarat Tiada

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i adalah antara yang menawarkan had bulanan yang tinggi. Tapi untuk nak dapatkan RM 50 tu korang kena isi petrol korang sampai RM 625 sebulan. Kalau korang buat Grab kaw kaw, boleh capai lah kot.

 

Selain cashback untuk petrol, pengguna HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i juga boleh dapat cashback bila membeli-belah di Lotus, Giant, AEON BIG, dan Mydin.

 

Ketahui maklumat lanjut kat sini.

 

3. AEON BiG Classic Visa Card



 
Cash back 5%
Had bulanan RM 25
Syarat Setiap hari Ahad sahaja

Walaupun korang hanya boleh dapatkan cashback dari AEON BiG Classic Visa Card pada hari Ahad sahaja, rate cashback yang korang boleh dapat agak banyak jugalah. Korang kena beli petrol sebanyak RM 500 untuk dapatkan had bulanan RM 25.


Selain itu, korang boleh rebut peluang untuk dapatkan cashback RM 100 setiap 28 hari bulan kalau korang belanja sebanyak RM 2000 dekat AEON.


Ketahui maklumat lanjut kat sini.

 

4. Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

 


 

Cash back 5%
Had bulanan RM 50
Syarat Sah untuk hari Jumaat dan Sabtu sahaja

Selain daripada cash back untuk petrol, Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card turut menawarkan cabutan bertuah untuk menunaikan umrah.


Dengan kad ni jugak, bank akan mendermakan 0.1% bagi setiap perbelanjaan korang kepada Islamic Aid Malaysia, MERCY Malaysia, dan Islamic Relief Malaysia. Jadi walaupun korang tak keluarkan duit ekstra, korang boleh beramal sambil korang berbelanja.


Ketahui maklumat lanjut kat sini.


Mana satu yang lebih baik untuk korang?

 

Seperti yang korang tengok kat atas, takde satu kad 'terbaik' untuk semua orang, sebab ianya bergantung kepada penggunaan yang berbeza-beza. Contohnya kalau korang guna Perodua, mungkin had RM 15 pun dah cukup. Tapi kalau korang bawak jet pejuang untk balik kampung, mungkin korang nak kad kredit dengan cash back dan had yang lebih tinggi.


Apa pun, bila guna kad kredit, pastikan korang guna secara bijak. Kalau boleh, bayar habis semua baki sebelum tarikh yang ditetapkan (korang boleh check kat akaun masing-masing atau call bank terus). Jangan amalkan perangai tinggalkan hutang dalam kad kredit ni. Katakanlah korang ada baki RM 1000 dan kadar faedah kad kredit adalah 15%, bermakna korang kena bayar lebih RM150 untuk bulan tu! Bila baki ni dibawa ke bulan-bulan seterusnya, tak ke neraka masa depan.
 


Bila tengok outstanding balance.


Jadi kami harap korang boleh buat perbandingan, pilih kad kredit yang sesuai, dan berbelanja secara bijak! Kunjungi Loanstreet untuk senarai kad kredit petrol yang menyeluruh.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

ALSO READ:
 

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia