Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

7 Perkara Pasal Kad Kredit Yang Ramai Tak Tahu

BY Team Loanstreet

Updated 13 May 2024




 

Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini asalnya ditulis oleh MK Zainal. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis


Kalau korang baru je keluar dari institusi pengajian tinggi, ada tiga peristiwa penting yang akan menandakan kedewasaan korang – dapat gaji pertama, isi borang cukai pertama, dan dapat kad kredit pertama (harap-harapnya mengikut aturan yang betul lah ye). Ok la yang akhir sekali tu takde pun takpe ekceli, tapi kalau ada memang boleh menyenangkan hidup, malah boleh dapat ganjaran kalau pandai guna, serius tak tipu. 

Tapi sebelum korang cakap ‘setuju’ bila ada ejen bank call untuk tawarkan kad kredit diorang dengan promosi ‘tanpa sebarang yuran’ tu, ada baiknya korang tunggu dulu. Sebabnya, kad kredit ni satu komitmen yang besar dan boleh bagi kesan kepada kewangan korang untuk jangka masa panjang. Jadi, korang tanamkan dalam kepala yang tujuan guna kad kredit ni adalah untuk buat duit dan bukannya untuk buang duit. 

Kat bawah ni adalah 7 perkara yang korang kena tahu sebelum dapatkan kad kredit yang pertama:

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Faedah bukan dicaj pada hujung bulan

Bagi yang jenis makan gaji, korang mesti bayar sewa, bil api, bil air semua waktu hujung bulan kan. Tapi jangan buat benda sama dengan kad kredit pulak, sebab billing cycle dia lain. Korang kena bayar sebelum payment due date, kalau tak korang akan dicaj dengan faedah. Tarikh bagi payment due date ni biasanya bertukar dari bulan ke bulan, jadi rajin-rajinlah semak kat penyata kad kredit.

Selain tu, kalau korang guna kad kredit yang ditawarkan oleh bank yang ada mobile banking app macam CIMB Clicks dan Maybank2u, lagi mudah urusan korang. Selain payment due date, korang jugak boleh semak berapa banyak had kredit yang tinggal dan berapa jumlah yang harus dibayar untuk bulan tersebut. 

Tak kisah lah cara apa pun yang korang guna, asalkan korang bayar baki penuh sebelum payment due date, korang takkan dikenakan sebarang faedah dan korang TAKKAN BAYAR LEBIH daripada apa yang korang belanjakan
 

2. Panjangkan tarikh bayaran dengan grace period

Lebih kurang 21 hari sebelum payment due date, ada satu lagi tarikh yang dipanggil sebagai statement date (juga dipanggil sebagai closing date.)


Date yang kami suka pulak adalah dari Yusuf Taiyoob. #bukansponsored

Pada statement date, bank pengeluar kad tersebut akan kira semua transaksi korang dan masukkan ke dalam bil terkini. Sebarang transaksi yang dibuat lepas tu akan dimasukkan ke dalam bil seterusnya. Jadi tempoh antara statement date dan payment due date dipanggil sebagai grace period, di mana korang takkan dicaj dengan faedah.

Contoh untuk korang yang susah nak faham nombor, tengok contoh yang kami bagi ni:

Biling cycle: 21 September sehingga 21 Oktober
Payment due date : 11 November
Tempoh dari 21 Oktober sehingga 11 November tersebut dikenali sebagai grace period. 


Dan, macam yang kami kata tadi, selagi korang bayar baki penuh untuk bil yang seterusnya, korang takkan keluarkan duit lebih daripada apa yang korang belanjakan.
 

3. Eh kejap, korang boleh panjangkan lagi

Kalau korang bijak merancang, korang boleh panjangkan lagi tempoh bayaran.


Katakanlah korang nak beli laptop untuk anak penakan dan statement date adalah pada 15 haribulan. Korang boleh beli laptop pada 16 haribulan supaya ia takkan dimasukkan ke dalam bil sekarang, lepas tu korang masih ada grace period selepas statement date yang seterusnya – jadi bila kira semua tempoh, korang ada lebih kurang 50 hari untuk menjelaskan bayaran sebelum dicaj sebarang faedah.


Tak payah ambil add math pun kalau nak kira tarikh akhir ni.

Tahniah! Korang berjaya memanipulasikan sistem sambil menjadi seorang mak/bapa saudara mithali.


4. Beli barang secara ansuran tanpa kena faedah

Ada kad kredit yang menawarkan Easy Payment Plan (EPP) kalau korang nak beli barang yang mahal. Jenis EPP yang korang kena cari adalah yang menawarkan ZERO interest, supaya korang tak bayar lebih sesen pun. Biasanya pengeluar kad ada buat kerjasama dengan peniaga yang terpilih, contohnya pusat beli-belah ataupun jenama tertentu. Jadi bila korang beli daripada peniaga ni, korang boleh hubungi kad kredit untuk tukarkan pembelian tersebut kepada ansuran bulanan dalam kad kredit korang.

Kan tengah kecoh dengan Ipong Boba sekarang dan korang boleh buat pembelian secara ansuran sebenarnya dengan menggunakan EPP ni. Cuma itu lah, tak semua kredit ada menawarkan pelan ni. Lagi satu, EPP jugak ada kenakan tempoh pembayaran tetap. Jadi pastikan korang settlekan ansuran dalam tempoh yang ditetapkan tau. Pastikan jugak had kredit tu cukup untuk buat ansuran, kalau tak malu lah bila kad kena reject kat kaunter. 

Pastu, pastikan korang faham syarat-syarat yang diberikan oleh pelan EPP ni, ada sesetengah kad kredit bagi penalti kalau lambat bayar, ada yang batalkan 0% interest tu jadi korang akan kena bayar faedah macam biasa, malah ada yang batalkan terus insurans bulanan jadi seluruh harga barang tu dicaj ke dalam satu bil. Memang naya.

Jadi seperti yang korang dah baca setakat ni, semua kemudahan yang disediakan ni ada harganya (secara metafora dan harafiah). Sebab kalau tak berjaga-jaga...


5. Korang boleh kena caj RM500 setahun untuk faedah je!

"Bayarlah hutang kamu sebelum hutang kamu dibayarkan... bila mahkamah tarik harta benda korang." Untuk bagi jelas lagi bahayanya kumpul hutang kat kad kredit, jom kita buat satu contoh...


Katakanlah korang nak beli kereta tapi tak cukup duit untuk downpayment, jadi korang guna kad kredit untuk bayar RM3500. Kalau kadar faedah kat kad kredit korang adalah 15%, korang akan kena caj lebih RM525 dalam bil! Cara kira-kira yang sebenar takdelah semudah ini, tapi apa yang kami nak sampaikan di sini adalah: kalau korang asyik bayar jumlah minimum je tiap-tiap bulan, korang akan habiskan sebahagian besar duit gaji bukan untuk bayar hutang, tapi untuk bayar interest je.


Sampai tua la baru korang habis bayar...

Pengajaran yang kedua adalah... janganlah bayar downpayment kereta guna kad kredit, tapi gunakanlah wang tunai. Biarlah bersakit-sakit dahulu, jangan berenang-renang ke kemuflisan.


6. Jangan buat cash advance dengan kad kredit

Kad kredit ada kemudahan untuk keluarkan wang tunai yang dipanggil sebagai cash advance. Kiranya macam buat pinjaman la.


Bank suka la kalau korang buat cash advance.

Tapi dengan cash advance, korang terus kena caj 5% atau RM18 (yang mana lebih tinggi) daripada jumlah yang dikeluarkan. Lepas tu korang masih akan dicaj dengan interest, sekurang-kurangnya 18% dari jumlah cash advance. Bukan tu je, korang jugak tak dapat nikmati grace period. 

Kalau korang jenis yang memang guna cash advance, apa kata cuba kurangkan, bukan apa, takut terbiasa buat tiap-tiap bulan dan ini akan bagi kesan besar terhadap kewangan korang.

Kalau korang bercadang nak buat pinjaman, apa kata rujuk page perbandingan pinjaman peribadi kat Loanstreet dulu. Dari situ, korang boleh tau pinjaman yang mana paling sesuai dengan keadaan keawangan korang. Klik je link ni: Bandingkan Pinjaman Peribadi di Malaysia 2019 - Mohon sekarang!


7. Guna kad kredit cash back untuk perbelanjaan tertentu


Kami tak boleh habiskan artikel tanpa gif kad kredit paling klasik ni.

Banyak kad yang menawarkan ganjaran dalam bentuk rebat tunai ataupun poin bila korang buat pembelian guna kad tersebut, juga dikenali sebagai kad cash back (bayar balik). Biasanya kad yang berbeza akan bagi ganjaran bagi jenis pembelian yang berbeza. Jadi selagi korang seorang yang bertanggungjawab dengan keimanan yang teguh, korang boleh pegang beberapa kad untuk tujuan-tujuan berlainan.


Contohnya korang boleh pegang satu kad yang bagi 1% cash back untuk pembelian online, satu kad yang bagi 5% cash back untuk petrol, dan satu lagi kad yang bagi 2% cash back untuk barang dapur. 

Rujuk page kad kredit kami untuk maklumat lanjut pasal jenis manfaat yang ditawarkan: Senarai Kad Kredit Terbaik Malaysia 2024 - Tak Tipu Punya!
 

Bayarlah penuh hutang korang setiap bulan

Biarlah sampai berbuih hijau pun mulut kami, kami tetap nak ulang nasihat yang sama. Sebab inilah satu-satunya cara korang boleh manfaatkan penggunaan kad kredit dalam jangka masa panjang. Kalau korang tak boleh buat bayaran penuh, tak kisahlah berapa banyak cash back atau poin yang korang dapat, takkan boleh bayar balik kerugian korang.


Bukan tu je, skor kredit akan terkesan dan boleh menyusahkan korang bila nak buat pinjaman untuk beli rumah dan sebagainya.


Jadi sekarang ni korang dah jelas pasal kad kredit kan? Korang boleh lawati page perbandingan kad kredit kami untuk pilih kad kredit mana lebih sesuai buat keperluan dan gaya hidup korang. FAQ pasal penggunaan kad kredit jugak ada disediakan kat page tersebut kalau korang masih blur-blur. 

Selamat berkad kredit!

Baca Ni Jugak:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta