1. Peka Dengan Manfaat Yang Supermarket Offer
Untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Dengan manfaat khas, korang boleh meraih diskaun, cashback, ganjaran, dan lebih banyak lagi dengan kad kredit korang di kedai-kedai yang terlibat. Jadi, buat sedikit penyelidikan, pilih kad yang betul, kunjungi tempat yang tepat, dan jimat duit! Memang agak leceh sikit lah, tapi dengan sedikit effort, korang akan mendapat banyak nilai dari setiap ringgit yang dikeluarkan. Tak nak ke?
Eh, shopping dalam talian macam mana? Tenanggg… jangan risau. Banyak kedai dalam talian juga dah bekerjasama dengan pengeluar kad kredit yang berbeza dan menawarkan pelbagai manfaat. Ketahui peniaga runcit dalam talian yang bekerjasama dengan kad kredit korang dan sentiasa pantau tawaran istimewa dan promosi. Rancang strategi, buat pembelian, dan pastikan dompet korang sentiasa tebal!
Kalau korang betul-betul nak meningkatkan manfaat beli barang dapur korang, manfaatkanlah kuasa program kad loyalti supermarket. Digandingkan dengan ganjaran kad kredit korang, korang dengan mudah boleh meningkatkan jimat beli barang dapur korang ke satu tahap yang lebih tinggi.
2. Maksimumkan Mata Ganjaran dan Cashback
Menguasai seni penebusan mata ganjaran dan cashback boleh betul-betul tolong korang jimat beli barang dapur jugak. Ada kad kredit yang membenarkan korang tukar mata ganjaran dan cashback kepada baucar manakala yang lain bagi korang kad hadiah atau kedua-duanya. Dengan kad kredit yang betul, korang boleh tambah mata ganjaran ekstra dan pulangan cashback yang lebih tinggi khas untuk barang dapur. Jadi, pastikan korang tahu pilihan korang dan buat sedikit kiraan sebelum pilih kaedah penebusan.
Selain tu, pastikan korang ambil perhatian terhadap tempoh promosi untuk jimat lebih. Beberapa kad kredit menawarkan promosi berkala semasa perayaan-perayaan besar seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina. Maknanya, korang boleh manfaatkan peluang-peluang ni untuk dapatkan ganjaran dan cashback tambahan ketika beli barang dapur. Ada yang boleh korang tebus untuk shopping dalam talian juga.
Jadi, itulah dia… gunakan tips ni untuk pastikan dompet korang sentiasa tebal dan perjalanan beli barang dapur korang sentiasa seronok!
Pssstt… Terokai dunia penuh peluang tak terhingga dengan kad kredit Visa
Ini kunci korang ke pengalaman luar biasa yang lebih dari sekadar barang dapur! Bayangkan je: pengembaraan tanpa halangan, santapan menawan, isian petrol untuk perjalanan korang, dan banyak lagi. Ini bukan sekadar kad; ia tiket korang ke dunia pengembaraan. Kenapa ye?
a) Tawaran Eksklusif dan Promosi
Nah, pertama sekali, ada tawaran eksklusif tak terhingga yang merangkumi segala-galanya dari makanan hingga hiburan.
Jadi, kalau minggu ni korang terlepas untuk beli barang dapur, tak perlu risau. Korang masih boleh jimat duit makan di luar dengan Visa. Cuma kena pergi tempat yang betul untuk nikmati diskaun, ganjaran, dan tawaran eksklusif.
KLIK SINI untuk tahu di mana korang boleh nikmati diskaun 20%. Dan kalau korang pemegang kad Visa Infinite atau Signature, dapatkan kod promosi diskaun 20% untuk restoran pilihan teratas DI SINI. Beberapa kad kredit Visa malah boleh membawa korang ke pengalaman santapan mewah dan tempahan keutamaan, tau! Seronok tak terkata?
Tunggu dulu... ada lagi. Selain daripada diskaun penerbangan dan hotel, korang mungkin juga dapat akses awal untuk jualan dan tawaran terhad semasa shopping dengan Visa. Tambahan pula, ada akses diskaun untuk acara, keahlian gym, dan banyak tawaran menarik lain. Sebagai contoh, korang boleh dapatkan diskaun 10% untuk pembaharuan insurans kereta/motosikal dengan Visa di Loanstreet.
b) Keselamatan dan Ketenteraman
Dengan dasar Zero Liability Visa, korang boleh membuka peluang dunia tanpa risau. Ia melindungi pengguna daripada cas tanpa kebenaran, kecurian, dan penipuan. Maksudnya, jika kad korang hilang atau dicuri, korang takkan dipertanggungjawabkan untuk sebarang transaksi tak sah.
Tapi... kena pastikan korang laporkan dengan segera lah. Dan ingat, beberapa kad Visa seperti kad komersial dan kad prabayar adalah pengecualian kepada dasar ini. Untuk kepastian, sila semak dengan penerbit kad korang, ya.
Okey, jadi... macam mana korang nak pilih kad yang betul? Banyak sangat pilihan! Jangan risau, kami akan bantu. Pertama, korang kena faham keutamaan dan matlamat kewangan korang. Lepas tu, pergi ke Loanstreet dan bandingkan lebih daripada 240 kad kredit untuk makan, beli-belah, perjalanan, dan petrol dengan tawaran tunai balik dan ganjaran terbaik. Dapatkan promosi menarik dan hadiah percuma! Mohon secara dalam talian sekarang!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.