Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Panduan Seluruh berkaitan Insurans Hayat Bahagian Dua- Polisi yang Biasa

BY Team Loanstreet

Updated 24 Sep 2020




Sekarang, kamu telah mahir dengan ciri-ciri umum bagi insurans hayat. (Jika Tidak, Sila membaca bahagian satu dahulu). Bagaimanakah insurans hayat biasa berbanding dengan satu sama lain? Di artikel ini, kita akan mengkategorikan jenis-jenis insurans hayat mengikuti ciri-ciri unik mereka.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Lima jenis Insurans Hayat yang paling biasa di pasaran hari ini ialah:

  1. Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating)
  2. Insurans Hayat Seumur Hidup (Non-Participating)
  3. Polisi Berkaitan Pelaburan (ILP)
  4. Insurans Bertempoh biasa
  5. Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan

1. Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating)

Pada permulaan polisi, insurans hayat seumur hidup (juga dikenalkan sebagi insurans endowment) membayar jumlah premium yang lebih tinggi daripada kos insurans. Sebahagian premium akan digunakan untuk membayar kos lain (seperti kos admin, kos insurans dan komisyen), sebahagian premium yang terlebih bayar akan diperuntukkan kepada akaun penjimatan (Nilai Tunai). Nilai tunai ini adalah dijaminkan.

Penjimatan ini akan dilabur oleh syarikat insurans. Sesuate ciri yang unik insurans hayat seumur hidup mempunyai adalah pemegang policy dapat menyertai diri dalam pendapatan syarikat dan dibayar dividen ataupun bonus.

Jumlah Nilai Tunai= Nilai Tunai semasa + bonus wang + bonus tamatan + bonus lain-lain

2. Insurans Hayat Seumur Hidup (Non-Participating)

Insurans Hayat Seumur Hidup (Non-Participating ) juga akan berkumpul nilai tunai seperti Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating) daripada jumlah premium yang terlebih bayar. Walaubagaimanpun, pemegang policy ini tidak menyertai diri dalam pendapatan syarikat. Oleh sebab itu, nilai tunai polisi ini akan bertambah lebih lambat daripada Insurans Hayat Seumur (Participating).

Jumlah Nilai Tunai=Nilai Tunai Semasa

Polisi ini juga dikehendaki membayar premium yang lebih rendah daripada Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating).

3. Insurans Bertempoh Biasa

Apakah perbezaan yang anda lihat dalam carta ini berbanding dengan carta insurans hayat seumur hidup?

Suatu perbezaan yang paling jelas adalah carta ini tidak mempunyai nilai tunai. Biasanya, sedikit ataupun tiada nilai tunai akan dikumpulkan (pengecualian mungki wujud).

Perbezaan kedua ialah premium yang dibayar adalah lebih rendah daripada insurans hayat seumur hidup.

Oleh sebab tiada nilai tunai dikumpul dalam polisi ini, maka premium yang perlu dibayar akan menjadi lebih rendah.

Perbezaan terakhir ialah tempoh insurans ini adalah lebih pendek dan terjamin berbanding dengan insurans hayat seumur hidup (tempoh insurans sepanjang hayat). Semasa tempoh insurans ini tamat, kita dikehendaki membeli suatu polisi yang baru supaya dapat menikmati perlindungan insurans. Sesuatu risikio semasa membeli polisi yang baru ialah syarat insurans mungkin tidak sebaik macam insurans yang dahulu.

4. Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan

Bagi insurans bertempoh gadai janji berkurangan, perlindungan insurans akan berkurang mengikuti masa dan menjadi kosong semasa insurans matang.

Polisi ini sangat popular dengan orang yang hendak memberi perlindungan insurans kepada anak –anak mereka untuk menamatkan pendidikan, MRTAs,  orang yang hendak menjaminkan pembayaran pinjaman rumah dan pinjaman peribadi jika mereka meninggalkan dunia.

5. Polisi Berkaitan Pelaburan (ILP)

Polisi Berkaitan pelaburan adalah insurans hayat bertempoh + Unit Trust. Selepas berkurangkan kos, premium yang lebih akan dilaburkan ke dalam Unit Trust Funds mengikuti pilihan anda. Nilai Tunai polisi ini bergantung sepenuhnya kepada jumlah Aset Fundsnya.

Jumlah Nilai Tunai= Jumlah Nilai Asset( Funds mengikuti pilihan anda)

ILP boleh memberi manfaat yang polisi insurans yang lebih traditional tidak dapat memberi:

1. Fleksibiliti

Jika mempunyai nilai tunai yang cukup, ILP membolehkan anda untuk menggunakan nilai tunai unutk menukar sebagai wang, membeli lebih banyank perlindungan insurans atau membayar premium anda.

2. Kawalan terhadap pelaburan anda

Kamu dapat mengawal ke mana pelaburan anda akan pergi dan menukar pelaburan anda pada bila-bila masa.

3. Potensi untuk Beruntung

Oleh sebab nilai tunai ILP adalah bergantung kepada performasi fund anda, kamu mungkin dapat beruntung pulangan yang lumayan jika fund anda mempunyai performasi yang baik. Walaubagaimanapun, jika performasi fund teruk, ILP anda mungkin bernilai kosong esok.

Walaupun ILP ini sentiasa dijual sebagai alternative yang lebih murah daripada insurans hayat seumur hidup, tetapi insurans hayat seumur hidup dapat mengumpul nilai tunai dan ILP tiada ada nilai tunai yang dijaminkan. Ini bermakna bahawa  risiko menguruskan insurans telah dipulang balik kepada pemegang polisi. Jika perfomasi fund teruk dan nilai tunai tidak cukup untuk membayar perbezaan antara premium dengan kos insurans kerana kos insurans semakin tinggi, kamu akan dikehendaki membayar premium tambahan.

Suatu lagi isu yang tidak sentiasa dibangkitkan adalah produk unit trust ini mempunyai bayaran pengurusan yang berjumlah of 1-1.5% nilai unit trust anda. Bayaran ini harus dibayar tanpa kira performasi unit trust anda.

Oleh sebab persamaan ILP bersama insurans hayat bertempoh, tiada carta akan direka.

Kesimpulan

Tahniah! Kamu telah memahami lima jenis insurans hayat yang paling biasa di Malaysia. Kebanyakan polisi insurans mempunyai beberapa variasi dan penambahan yang mempunyai pakej dan rider tambahan. Walaupun polisi insurans ini rumit, sebenarnya mereka adalah tambahan daripada lima jenis insurans asas itu.  Oleh sebab itu, kamu dapat membezakan mereka dengan mudah tanpa kira apa jenis insurans yang ditawarkan kepada anda!

Akhir sekali, jika anda masih tidak pasti, kamu boleh sentiasa merujuk balik ke panduan ini supaya tidak mendapat informasi palsu. Kalau anda juga mencari insurans kereta atau motorsikal yang sesuai untuk anda, lawati halaman insurans kereta dan insurans motorsikal kami dan dapatkan sebut harga secara percuma, dengan serta-merta!

Bukan itu saja, anda juga boleh membeli insurans kereta dan motorsikal secara online di halaman insurans kami, mudah bukan? Selamat membeli!

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover