Ejen lebih mengutamakan komisen
Dalam konteks insuran hayat, ejen sepatutnya bertindak sebagai wakil untuk memberi nasihat dan mendidik pengguna mengenai mekaniknisma dan kepentingan produk mereka. Ini merangkumi jenis-jenis insuran hayat, nilai liputan insuran hayat serta pilihan-pilihan tambahan yang sesuai dan terbaik dengan keadaan kewangan pengguna.
Sebagai tambahan, pemegang polisi akan diterangkan mengenai butir-butir penting seperti nilai serahan polisi mereka, pecahan premium serta garis panduan dan tips-tips yang lain. Ejen insuran hayat pada dasarnya seharusnya mempunyai pengetahuan teknikal, etika serta keupayaan untuk menulis jaminan bagi menjual polisi.
Malangnya, dalam persekitaran Malaysia realitinya adalah ejen insuran hayat terdorong dengan komisen dan tidak selalu dapat menasihati pengguna mengenai polisi yang mereka benar-benar perlukan. Jika dikaji secara ringkas terhadap pendapatan insentif yang biasa diperolehi ejen, titik-titik ini dapat dihubung kait: 9-12% bagi premium-premium ILP yang tertentu, percutian yang ditaja sepenuhnya bagi pencapaian sasaran jualan, bonus bagi merekrut pekerja baru, bonus untuk pembaharuan polisi, bonus bagi jumlah polisi dan seterusnya.
Kadar komisen bagi polisi insuran hayat berada di sekitar 35%; kebiasaannya ejen-ejen tidak menghiraukannya memandangkan kadar premium yang agak rendah. Namun begitu, seseorang yang membayar bahagian ejen itu akan meningkatkan kadar premium. Secara ringkas khabar angin yang mengelirukan di dalam industri mengakibatkan berita yang buruk terhadap fungsi ejen.
Nak jimat? Beli je online
Sumber imej: CompareHero
Industri insuran di Malaysia sedang berkembang pesat kerana kerajaan telah menandakan ia sebagai salah satu daripada Projek Transformasi Ekonomi Program Kemasukan Mata (EPP) untuk menangani peningkatan masalah kemalangan, terkurang jumlah insuran yang diperlukan dan tiada insuran. Beberapa platform baru disediakan yang memberi akses yang mudah seperti platform pengurusan kewangan yang mesra pengguna serta ia membantu mengajar pengguna mengenai kelebihan insuran hayat di laman sesawang pada harga polisi yang kompetitif.
Salah satu contoh perkhidmatan yang disediakan adalah hasil dari evolusi 'FiLife' yang membolehkan pengguna membuat pembelian insuran terus dari laman web mereka tanpa ejen. Tinjauan Loanstreet menunjukkan bahawa e-polisi boleh disesuaikan, disemak dan disahkan dalam masa 10 minit, kemudian perlindungan akan serta-merta berkuat kuasa. 'FiLife' adalah berdasarkan polisi jenis langkah demi langkah yang mana polisi akan meningkat sejajar dengan umur pembeli.
Oleh kerana syarikat yang menawarkan pembelian melalui atas talian yang hanya melibatkan kos penting sahaja maka mereka mempunyai kelebihan daya saing yang lebih tinggi apabila harga untuk insuran perlindungan hayat yang bernilai RM100,000 boleh dibeli dengan harga premium bermula dari hanya RM10/bulan – ia adalah jauh lebih rendah dibandingkan jika seseorang itu membeli polisi melalui ejen.
Selain daripada kecekapan dan kemampuan pembelian di atas talian, fungsi ejen diganti dengan soalan-soalan yang mudah di fahami yang disediakan di bahagian soal jawab (Q&A). Pembayaran pula dilakukan dengan segera melalui kad kredit atau kad debit, diikuti dengan pengesahan terus ke email pembeli; dan yang menjadi persoalan umum hari ini mengapa perkhidmatan ini hanya wujud pada masa sekarang.
Korang pun boleh jadi ejen untuk diri sendiri
Menjadi ejen insuran untuk diri sendiri tidak mudah seperti yang disangkakan tetapi ia lebih berbaloi daripada korang hire ejen insurans yang pentingkan poket mereka.
Sekali dah bila korang dah faham, korang bukan je boleh urus insurans sendiri, malah korang boleh bantu ahli keluarga dan kawan-kawan buat pilihan yang lebih bijak!
Dan jangan lupa, korang pun boleh jadi ejen untuk insurans kereta dan motorsikal jugak! Kalau korang nak tahu macam mana insurans ni semua berfungsi atau nak banding harga, boleh je lawat halaman insurans kami. Boleh dapatkan sebut harga secara percuma dan terus renew insurans korang tanpa pening kepala.
Selamat mencuba!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: