Kenapa masih ramai yang tak ada insuran?
Mesti korang nak tahu kenapa kadar kadar perlindungan insurans ni sangat rendah dalam kalangan rakyat Malaysia kan? So, kami ada buat beberapa survey untuk orang muda yang baru bekerja dan nampaknya dua sebab utama muncul adalah:
-
Ramai yang dah selesa, tak fikir sangat pasal komitmen lain macam bayar perbelanjaan rumah. Bagi mereka, yang penting kena settlekan bayaran kereta atau guna duit untuk enjoy lifestyle yang mereka nak.
-
Kebanyakannya baru start kerja dengan gaji fresh grad, jadi rasa macam tak cukup sangat untuk cover insuran. Bagi mereka, alasan ni dah cukup kuat untuk tak ambil insuran buat masa sekarang.
Insuran ni penting!
Memanglah macam tak best nak dengar, tapi realitinya, bila kita tak ada insuran, risiko beban hutang korang mungkin terpaksa ditanggung oleh keluarga korang nanti. Betul, ramai orang muda bukan pencari nafkah utama, tapi tanpa perancangan yang betul, situasi macam ni boleh jadi beban besar nanti. Insuran hayat bukan untuk "nanti-nanti", insurans ni guna untuk cover situasi kalau-kalau korang Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal atau menghadapi penyakit kritikal (contoh macam kanser, serangan jantung, atau strok).
Bayangkan kalau tiba-tiba korang tak boleh bekerja sebab hilang upaya. Takkan korang nak harapkan keluarga untuk tanggung semua kos perubatan, atau lebih lagi, jaga korang di rumah? Tambah-tambah lagi kalau korang ada pinjaman rumah atau kereta yang belum habis bayar, pilihan yang korang ada pun samada nak jual harta benda atau biar keluarga yang tanggung hutang tu.
Dan kalau korang tiba-tiba meninggal? Kajian LIAM kata, jurang perlindungan insuran purata untuk satu keluarga yang bergantung pada gaji utama boleh mencecah RM723,000. Ini jumlah yang keluarga tu perlukan untuk survive lima tahun. Orang pertengahan 20-an mungkin tak nampak benda ni sekarang, tapi kita kena ingat, pencari nafkah utama dalam keluarga tu pun satu hari nanti akan bergantung pada pencen atau KWSP sahaja. Kos hidup makin lama makin tinggi, jadi better bersedia dari awal.
Beli secara langsung
Sebab lain kenapa ramai tak ambil insurans, ada yang cakap agen insurans ni lebih fikir nak komisyen daripada kepentingan pelanggan. Mungkin betul, tapi takkanlah kita nak ambil risiko tak ada perlindungan langsung sebab benda ni je, kan?
Berita baiknya, sekarang ni dah senang sebab korang boleh beli insuran secara online je, tak perlu pun jumpa agen kalau tak nak. Semua panduan dan polisi pun dah disahkan Bank Negara, jadi boleh beli dengan yakin.
Jangan tunggu-tunggu lagi
Insurans ni penting untuk jaga kewangan korang – macam ada “jaring keselamatan” kalau tiba-tiba jadi apa-apa. Lagi-lagi kalau korang ada keluarga, insurans ni boleh jadi satu perlindungan tambahan untuk mereka juga.
Kalau dah ada polisi insurans, cuba semak balik, kot ada yang dah tak sesuai dengan keadaan korang sekarang. Kalau tak ada insuran lagi, mungkin dah sampai masa untuk dapatkan satu. Kalau korang tak pasti insurans mana yang sesuai? Boleh cek info lanjut dekat sini.
Oh, jangan lupa juga untuk perbaharui insurans kereta dan insurans motor! Boleh buat secara online je kat halaman insurans kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
- Adakah Korang Mempunyai Insurans Yang Lebih Atau Kurang?
- Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya
- 7 Kesilapan Korang Buat Dengan Insurans Hayat