Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Lindungi Diri Anda: Panduan untuk Memastikan Anda Diinsuranskan Secukupnya

BY Team Loanstreet

Updated 01 Jul 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Dengan kerjasama

 


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia menyedari kepentingan memiliki insurans. Namun begitu, isu kekurangan perlindungan insurans (underinsurance) masih menjadi masalah utama. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar penembusan insurans yang rendah di Malaysia, terutamanya bagi insurans bukan hayat, termasuk penyebaran maklumat yang salah, kekurangan kesedaran, dan tanggapan bahawa pembelian polisi insurans yang lebih murah adalah sudah mencukupi.

 

Malangnya, apabila berlaku kecemasan, ramai individu yang baru menyedari bahawa mereka tidak diinsuranskan dengan secukupnya. Kekurangan perlindungan insurans boleh menimbulkan isu tekanan kewangan yang tidak dijangka. Dengan kerjasama rakan kami di MSIG, mari kita terokai risiko yang ada dan cara mengelakkannya.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Apakah Maksud Kekurangan Perlindungan Insurans?



Kekurangan perlindungan insurans berlaku apabila polisi insurans anda tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk menampung keperluan kewangan anda apabila berlaku tuntutan. Di Malaysia, terdapat dua sebab utama mengapa seseorang itu kekurangan perlindungan insurans:
 

1. Jumlah yang Diinsuranskan Terlalu Rendah

Ini berlaku apabila jumlah yang diinsuranskan terlalu rendah berbanding dengan keperluan sebenar anda. Ramai rakyat Malaysia memilih perlindungan yang lebih rendah untuk jimat dari segi pembayaran premium, tetapi perkara ini boleh membawa kepada masalah kewangan apabila berlaku kecemasan.

Contohnya, jika anda membeli polisi insurans kereta dengan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM30,000 sedangkan nilai pasaran sebenar kereta anda ialah RM50,000, anda berada dalam keadaan kekurangan perlindungan insurans. Sekiranya berlaku kecurian atau kemalangan yang menyebabkan kerosakan penuh (total loss), syarikat insurans hanya akan membayar sehingga RM30,000, dan anda perlu menanggung baki RM20,000 sendiri.

Contoh lain ialah insurans kandungan rumah. Jika barangan elektronik anda bernilai RM50,000 tetapi anda hanya menginsuranskannya sebanyak RM40,000, anda juga berada dalam keadaan kekurangan perlindungan insurans. Jika berlaku kerugian, syarikat insurans hanya akan membayar sebahagian daripada jumlah kerosakan tersebut dan anda perlu menanggung kerugian selebihnya.
 

2. Perlindungan Tidak Mencukupi

Dalam situasi ini, polisi insurans anda mungkin tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk keperluan sebenar anda. Anda mungkin menyangka bahawa anda telah dilindungi sepenuhnya, tetapi polisi anda mungkin mengandungi pengecualian yang ketara.

Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai insurans perjalanan yang melindungi anda dari segi pembatalan perjalanan dan kehilangan bagasi, tetapi tidak termasuk perbelanjaan perubatan di luar negara. Sekiranya anda jatuh sakit atau mengalami kecederaan ketika melancong dan perlu dimasukkan ke hospital, anda perlu membayar sendiri bil perubatan yang tidak dijangka itu.

Begitu juga, tidak semua polisi insurans rumah di Malaysia melindungi bencana alam seperti banjir atau gempa bumi. Jika rumah anda musnah akibat bencana seperti ini dan polisi anda tidak termasuk perlindungan terhadap bencana tersebut, anda akan mengalami kerugian kewangan yang besar.
 

Cara Memastikan Anda Diinsuranskan Secukupnya di Malaysia



Untuk mengelakkan risiko kekurangan perlindungan insurans, berikut adalah beberapa langkah penting untuk memastikan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi:
 

1. Nilai Keperluan Insurans Anda dengan Teliti

Sebelum membeli mana-mana insurans, amat penting untuk menilai situasi kewangan dan keperluan masa depan anda dengan berhati-hati. Contohnya, jika anda merancang untuk melancong, pertimbangkan untuk mendapatkan insurans perjalanan yang merangkumi perlindungan terhadap pembatalan perjalanan, kecemasan perubatan, atau kehilangan bagasi. Untuk insurans rumah pula, pastikan jumlah perlindungan anda mencerminkan nilai sebenar hartanah dan barangan anda.
 

2. Fahami Terma dan Syarat Polisi Anda

Penting untuk anda memahami butiran dan pengecualian dalam polisi anda. Contohnya, semak sama ada polisi insurans kenderaan anda melindungi kemalangan diri bagi  pemandu dan kerosakan akibat bencana alam. Begitu juga, pastikan insurans rumah anda merangkumi perlindungan terhadap bencana seperti banjir atau gempa bumi. Dengan memahami terma dan syarat polisi anda, anda boleh merancang dengan sewajarnya dan boleh mempertimbangkan sama ada anda memerlukan sebarang perlindungan tambahan. 
 

3. Dapatkan Nasihat Profesional

Produk insurans kadangkala boleh menjadi rumit , dan dengan begitu banyak pilihan yang ada, situasi ini boleh menjadi satu cabaran bagi menentukan polisi yang sesuai untuk anda. Jika anda tidak pasti polisi mana yang paling sesuai, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada Penasihat Insurans. Seorang profesional boleh membantu anda memahami pilihan yang ada dan membuat keputusan berdasarkan keperluan perlindungan anda.
 

4. Pertimbangkan Kemampuan Pembayaran Premium Anda

Apabila membeli insurans, pastikan premium yang perlu dibayar adalah dalam kemampuan anda. Jangan pilih perlindungan yang anda tidak mampu kekalkan dalam jangka masa panjang.
 

Kekalkan Fleksibiliti Insurans Anda: Sesuaikan Perlindungan Mengikut Keperluan Semasa

Melindungi diri anda dengan betul bermaksud mencari keseimbangan—memastikan anda dilindungi untuk risiko yang penting tanpa membayar lebih untuk perkara yang tidak perlu. Kuncinya adalah menilai keperluan unik anda dan memilih polisi yang menawarkan perlindungan yang mencukupi sambil mengekalkan premium yang mampu milik.

Sama ada insurans kereta, rumah, motosikal, atau perjalanan, MSIG menawarkan pelan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan hidup anda. Dengan pilihan yang fleksibel, anda boleh merancang perlindungan insurans mengikut gaya hidup anda dan pastikan anda sentiasa dilindungi dengan baik.



Bersedia untuk mendapatkan perlindungan yang anda perlukan? Terokai rangkaian produk insurans MSIG, dapatkan sebut harga segera, dan cari perlindungan yang paling sesuai dengan keperluan unik anda hari ini.

Dengan MSIG, anda boleh melindungi masa depan anda dengan penuh keyakinan.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Nyah-Tarif Insurans Kenderaan: Apa Yang Korang Perlu Tahu!

Nyah-Tarif Insurans Kenderaan: Apa Yang Korang Perlu Tahu!

Kereta Rosak Disebabkan Rusuhan? Ini Cara Nak Buat Tuntutan Insurans

Kereta Rosak Disebabkan Rusuhan? Ini Cara Nak Buat Tuntutan Insurans

Korang Boleh Claim Duit MC Dari PERKESO. Ini Cara-cara Nak Buat Tuntutan

Korang Boleh Claim Duit MC Dari PERKESO. Ini Cara-cara Nak Buat Tuntutan