Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Panduan Insurans Hayat Bahagian Satu-Lima Atribut Asas

BY Team Loanstreet

Updated 12 Dec 2022




Bagi kebanyankan orang yang pernah membeli insurans hayat atau mempelan untuk membeli insurans hayat, kamu tentu pernah berasa bahawa produk-produck insurans yang dijual telah dipakej sehingga produk insurans itu susah dihayati oleh kita. Penjelasan yang diberi oleh insurans ejen juga sentiasa kurang memuaskan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jika anda masih diekelirukan oleh insurans hayat, kita mempunyai berita yang baik.

Hari ini, kita akan menjelaskan komponen utama insurans hayat. Kelengkapan dan kemudahan panduan ini dapat membantu pembaca mahupun yang mentah dalam bidang insurans atau yang profesional dalam bidang ini.

Marilah kita mula dengan lima attribut yang dikongsi dengan semua insurans:

1. Kos Insurans (COI)

Kos insurans adalah kos yang perlu ditanggung oleh syarikat insurans untuk menginsuranskan anda. Semasa kamu membayar premium, bahagian premium yang digunakan untuk membayar kos insurans akan “hilang”(sebagai pendapatan syarikat insurans)

Tanpa kira bila insurans anda dibeli, Kos insurans tetap akan meningkat dengan mengikuti umur anda. Oleh sebab manusia yang tua mempunyai kadar kematian yang tinggi, maka kos insurans untuk menginsuranskan anda akan bertambah semasa anda menjadi lebih tua.

2. Premium

Premium adalah wang perlu dibayar supaya insurans anda berfungsi. Apabila anda membayar premium, premium akan diperuntukkan ke dalam beberapa bidang( bayaran admin, komisyen, kos insurans, nilai tunai).

Walaupun kos insurans akan bertambah mengikuti masa, premium yang dibayar oleh tidak semesti akan bertambah. Bagaimana premium anda akan dikira adalah berdasarkan kepada jadual bayaran anda.

Terdapat tiga jenis jadual bayaran:

a. Premium Dilunaskan

Jenis bayaran yang paling umum adalah bayaran lunas. Dengan bayaran ini, anda akan membayar jumlah yang tetap setiap bulan untuk memastikan insurans anda berfungsi. Bayaran ini direka supaya insurans itu mudah untuk diramalkan.

Pada permulaan, premium yang dibayar lebih tinggi daripada kos insurans. Segala premium yang anda terlebih bayar akan diperuntukkan ke dalam nilai tunai insurans itu. Semakin umur anda lebih tua, kos insurans akan terus bertambah dan akhirnya lebih daripada premium. Apabila situasi itu, sebahagin nilai tunai akan digunakan untuk membayar balik perbezaan antara kos insurans dan premium.

Satu konsep yang lebig mudah untuk memaham ialah kamu sedang bayar lebih(pinjam kepada orang lain) semasa kamu muda. Apabila anda menjadi tua, kamu akan underpaid (mengumpul untungan)

b. Satu Kali Pembayaran

Satu kali pembayaran membayar semua premium sekali gus pada awal bulan dan tanpa membayar premium setiap bulan.

Jadual bayaran ini umum antara MRTA’s.

c. Kos per Insurans

Jumlah premium yang perlu dibayar akan mengikuti kos insurans. Dengan jadual pembayaran ini, bayaran terlebih banyak atau underpaid tidak mungkin bermuncul.

Jadual pembayaran ini diimplement oleh online syarikat insurans terutamanya produk insurans yang lebih baru.

3. Perlindungan Insurans

Perlindungan insurans merupakan jumlah wang yang akan kamu dapat jika kamu membuat tuntutan insurans. Jumlah perlindungan akan bertambah jika nilai tunai yang dikumpul berlebihan daripada perlindungan insurans.

Terdapat dua jenis perlindungan insurans:

a. Perlidungan kekal

Dengan perlindungan kekal, jumlah perlindungan insuran yang anda menikmati tetap sama. (Semasa seasuatu situasi, perlindugan insurans akan bertambah, tetapi ia tidak akan berkurang).

Kebanyakan insurans hayat menggunakan perlindungan kekal.

b. Perlindungan Berkurangan

Dengan perlindugan berkurangan, jumlah perlindungan insurans akan berkurang mengikuti masa sehingga ia menjadi kosong pada masa kematangan.  Secara keseluruhannya, walaupun kos insurans akan menjadi murah mengikuti masa, tetapi perlindugan insurans juga akan berkurang bersama-sama.

4. Nilai Tunai/ Penjimatan

Nilai tunai adalah jumlah yang kamu telah terakru dalam dasar insurans semasa kamu membayar premium yang lebih tinggi daripada kos insurans. Nilai tunai dapat digunakan untuk beberapa tujuan:

  1. Nilai Serahan( Jumlah yang akan didapat oleh anda jika kamu menamatkan insurans awal)
  2. Menambah perlindungan insurans
  3. Membayar premium
  4. Mengeluarkan nilai tunai sebagai wang

Insurans yang tertentu akan mengumpul nilai tunai lebih cepat daripada insurans lain( Dijual sebagai Dasar Penjimatan/ Endowmen). Dasar insurans yang lain tidak mengumpul nilai tunai. Anda haruslah ingat bahawa segala komponen berjimat telah termasuki dalam premium anda.

5. Ciri-ciri dibundel/ rider

Ini merupakan sesuatu attribut insurans hayat yang tidak boleh diukur. Kebanyakan produk insurans hayat boleh menambah rider ( Tambahan situasi yang membolehkan anda membuat tuntutan terhadap syarikat insurans). Rider yang paling biasa adalah 36 Penyakit Kritikal( sebagai contohnya kanser,serangan jantung, kegagalan buah pinggang).

Walaupun syarikat insurans akan menamakan rider ini secara umum( 36 Penyakit Kritikal), tetapi semua rider ini bukan sama. Sebagai contohnya, sesuatu insurans hanya boleh membuat tuntutan apabila kanser anda berada di peringkat keempat, insurans yang lain membolehkan anda membuat tuntutan apabila kanser anda beraide di peringkat satu. Kamu diingati membaca dengan terperinci untuk memahami perbezaan ini.

Kesimpulan

Jika anda telah baca sehingga sini, kamu sudah memahami bagaimanakah 5 attribut yang asas ini berfungsi dalam insurans hayat. Kamu sekarang dah bersedia untuk membuat pilihan dan menilai insurans hayat yang ditawar kepada anda.

Adakah anda tertanya-tanya bagaimanakah beberapa produk insurans yang biasanya di pasaran sekarang berbanding antara satu sama lain. Tambahan pula, bagaimanakah insurans yang dimiliki oleh kamu berbanding dengan produk di pasaran?

Itu adalah subjek yang dibincang dalam bahagian kedua artikel ini. Dalam artikel itu, kita akan membandingkan insurans hayat yang paling popular dan biasa di Malaysia kini. Tapi jangan lupa, insurans hayat tidak dapat memberikan perlindungan yang sesuai untuk kereta dan motorsikal anda.

Jika anda ingin memperbaharui insurans kereta atau motorsikal anda dengan cepat dan mudah, lawati halaman insurans kereta dan motorsikal kami dan dapatkan sebut harga secara percuma! Bukan itu saja, anda juga boleh membuat pembelian dan pembayaran bagi insurans kereta dan motorsikal anda di halaman insurans kami. Mudah bukan?


Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover