1. Apakah polisi insurans yang terbaik untuk generasi yang lebih muda? (Julat umur: 21 – 35)
Sebenarnya tak ada polisi insurans hayat yang tertentu untuk korang pun, sebab situasi semua orang kan berbeza-beza.
Contohnya, insurans hayat jadi penting kalau ada tanggungan, tapi bajet korang juga tentukan jenis polisi yang boleh korang ambil.
Kalau bajet korang tight, e-polisi (polisi insurans yang dibeli online) boleh jadi pilihan bijak sebab harganya mesra poket.
2. Adakah insurans hayat sepenting insurans perubatan?
Bil hospital boleh makan banyak duit simpanan, even untuk masalah kesihatan yang kecik. Insurans hayat cover bukan je kos perubatan, tapi juga melindungi kehidupan korang. So, kedua-duanya penting!
Lebih baik ambil insurans hayat tempoh dan insurans perubatan secara berasingan. Dengan cara ni, korang bayar untuk apa yang korang perlukan dan ada lebih banyak pilihan.
3. Bagaimana pembelian insurans hayat dalam talian mengubah cara orang mengeluarkan polisi?
Buat masa sekarang, pengguna mempunyai pilihan untuk membeli insurans jangka hayat yang biasa dan lebih murah berbanding dengan polisi yang mempunyai pelaburan atau polisi yang lain yang mempunyai nilai tunai.
Hasilnya, premium dari insurans hayat dalam talian adalah lebih senang untuk diurus dan lebih senang untuk difahami dan juga untuk diproses. Dengan manfaat ini, kami rasa kebanyakan pembeli insurans hayat pertama akan membeli insurans hayat mereka dalam talian walaupun mereka dari kawasan luar bandar. Selari mereka mempunyai akses internet, mereka boleh memohon insurans hayat dalam talian tanpa melalui memana ejen insurans.
4. Selain daripada faedah yang jelas apabila membeli insurans hayat dalam talian (kurang mahal untuk diperolehi, senang), adakah korang berasa ia masih mempunyai motif positif dari segi lain?
Dengan e-polisi ini, ramai masyarakat sekarang mempunyai pilihan alternative untuk membeli insurans hayat yang asas dan boleh menikmati perlindungan yang besar.
Malangnya, berdasarkan pengalaman, kebanyakan ejen insurans tidak menawarkan pelanggan mereka insuran jangka hayat. Oleh itu, kebanyakan orang tidak mampu untuk membeli insurans hayat yang lebih murah.
5. Sebagai seorang profesional di bidang ini, apakah yang korang lebih pentingkan untuk polisi insurans hayat?
Kebimbangan utama untuk seseorang dalam bidang ini ialah harganya dan juga liputannya.
Insurans hayat yang asas adalah lebih murah, tetapi terdapat faedah lain juga apabila korang membeli insurans hayat yang mempunyai liputan yang ‘asas’, seperti:
-
Korang akan mempunyai liputan yang lebih luas kerana polisi korang tertumpu pada insurans sahaja dan tidak berkaitan dengan pelaburan
-
Sumber kewangan lebih senang kerana polisi ini tidak mengandungi nilai tunai
-
Kelebihan wang korang boleh dilabur di tempat lain
Oleh itu, kekadang adalah lebih baik untuk mendapatkan insuran jangka hayat yang biasa, polisi korang mungkin lebih murah jika korang membeli dalam tarian kerana korang tidak perlu membayar komisen untuk ejen korang.
6. Jadi, adakah ini bermaksud generasi yang lebih muda harus mengasingkan insurans hayat dan pelaburan mereka?
Kami tidak boleh memberi pandangan mengenai manakah yang lebih baik kerana ini semua bergantung kepada jumlah risiko dan bajet seseorang itu.
Tambahan pula, korang memerlukan usaha, masa dan pengetahuan apabila korang membuat pelaburan. Korang juga perlu mempertimbangkan yuran pengurusan pelaburan jika korang ingin mendapatkan seorang profesional untuk menguruskan portfolio korang.
Walau bagaimanapun, korang akan dapat menguasai sumber-sumber korang dengan lebih baik jika korang mengasingkan insurans hayat dengan pelaburan korang.
7. Apakah pandangan korang tentang polisi jenis langkah demi langkah ini?
Polisi ini adalah lebih mudah untuk bermula dan lebih baik daripada tidak mempunyai sebarang insurans hayat. Biasanya, premium untuk polisi jenis langkah demi langkah adalah lebih murah pada awalnya dan harganya akan menjajar mengikuti umur dan masa.
Contohnya, korang mungkin masih mempunyai masa yang sukar untuk mengurus kewangan korang dengan stabil kerana korang mempunyai pelbagai jenis pinjaman seperti pinjaman kereta dan perumahan pada umur 20 – 30.
Premium polisi jenis langkah demi langkahini akan meningkat dengan umur korang kerana korang akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk membayar premium korang apabila umur korang meningkat juga.
Dengan polisi yang mempunyai kadar tetap, korang akan membayar lebih pada awal tahun untuk membiayai usia tua korang nanti. Mungkin hanya sesetengah orang akan memilihi polisi jenis ini.
8. Apakah perasaan korang mengenai masa depan untuk polisi insurans hayat dalam talian?
Sumber imej: Shuttlestock
Kami berjangka pembelian baru insurans hayat, orang yang lebih muda dan mereka yang mempunyai pendapatan yang lebih rendah akan dapat membeli insurans hayat di dalam beberapa tahun ini.
Walau bagaimanapun, ejen insurans tidak akan ditinggalkan oleh orang ramai; kami berharap agar pembeli-pembeli insurans akan diberi nasihat oleh ejen insurans mereka mengenai pembelian insurans hayat secara atas talian.
-
Apakah jenis kerumitan yang korang rasa terhasil daripada membeli insurans hayat dalam talian dan melalui seorang ejen insurans?
Masalah yang paling utama adalah cara informasi yang akan didapati oleh pembeli jika membeli insurans hayat dalam talian.
Walau bagaimanapun, dengan penyedia yang ada, hal ini bukan sejenis isu utama kerana mereka telah memudahkan polisi mereka untuk senang difahami oleh masyarakat.
Tambahan pula, pengguna boleh menggunakan kalkulator yang disediakan dalam talian untuk menilai dan membuat penyesuaian yang sewajar dengan polisi mereka. Ini juga boleh membantu pembeli baru untuk membuat keputusan yang wajar untuk kewangan mereka.
Di samping itu, ejen insurans tidak akan ditinggalkan dengan polisi dalam talian ini. Mereka boleh memberi pandangan mereka dan mencadangkan polisi jenis ini kepada pelanggan mereka.
Korang dah clear kan pasal insurans ni?
Sesetengah golongan manusia rasa yang insurans hayat ini bukan sejenis keperluan sebab mereka rasa kosnya akan menjadi sangat tinggi. Tetapi hal ini tidak benar terutamanya apabila ada syarikat yang menawarkan e-polisi yang tidak mahal.
Oleh itu, kalau korang tidak mempunyai perlindungan yang lain untuk kehidupan korang, korang bolehlah mempertimbangkan untuk membeli insurans hayat.
Polisi yang asas sahaja juga boleh membantu lindungi korang dan juga keluarga tersayang. Tidak lupa juga untuk kereta dan motorsikal korang; pastikan insurans kereta dan motorsikal korangadalah sesuai untuk keperluan perlindungan dan bajet korang.
Kalau korang tengah mencari polisi insurans kenderaan yang sesuai, lawati halaman insurans kereta atau insurans motorsikal kami dan dapatkan sebut harga secara percuma!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak: