Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Ni Rupanya Ciri Ejen Hartanah yang Boleh Dipercayai!

BY Team Loanstreet

Updated 24 Jun 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Kalau nak diikutkan, kebanyakan urusan jual, beli atau sewa rumah memang biasanya akan dibantu oleh ejen hartanah. Sebenarnya, ejen hartanah ni peranan dia lebih kepada jadi orang tengah antara pemilik dengan penjual/penyewa (terutamanya bagi pemilik yang tinggal di luar negara atau pemilik yang memegang sebilangan besar hartanah).

Dengan cara ni jugak, pembeli boleh memastikan yang duit deposit diorang berada dalam keadaan selamat masa perunding mengendalikan wang daripada badan berdaftar, dan tak perlu pindahkan duit secara langsung kepada penjual.   

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: Vocket|‘Sudah Bayar Booking Dan Sign Surat Perjanjian’- Ejen Hartanah Ini Didakwa Naikkan Sewa Sesuka Hati

Cuma yang menjadi masalah bila korang dapat ejen hartanah neraka. Sebab apa? Sebab ada juga sesetengahnya yang tak jujur! Sanggup ke korang, beli rumah pastu rupanya rumah korang bocor, berhantu lepastu rumah tu penuh dengan anai-anai sebab termakan janji manis ejen hartanah camni?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jadi, sebelum korang nak ambik ejen hartanah, pastikan ejen korang:

1. Ada pengesahan daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH)

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: iqiglobal|Pembantu Ejen Harta Tanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA). Apa Beza Mereka? 

Ejen hartanah yang disahkan sepatutnya akan pakai tag pengenalan LPPEH, dan bukan tag syarikat. Tag ni hanya dikeluarkan oleh LPPEH untuk mereka layak bergelar Real Estate Negotiator (REN) atau Real Estate Agent (REA).

Dalam kes ni, ejen hartanah korang akan pakai tag biru/merah untuk tunjukkan sang pemakai adalah seorang REN/REA yang bertauliah.

Kalau ejen tersebut tak tunjukkan tag mereka, dengan alasan tag diorang tertinggal kat mana-mana atau tag belum siap, korang berhak untuk mintak nombor ID untuk buat semakan.

Sekiranya diorang tak nak tunjuk tag atau ID, korang boleh tolak sebarang urusan dengan mereka sampai korang dapat tengok sendiri bukti ID tu.


2. Tag pengenalan ejen hartanah ada hologram LPPEH

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: Anasharta

Kebiasaannya, hologram keselamatan digunakan sebab susah untuk ditiru. Jadi, kalau ejen korang pakai tag, tapi takde hologram, lupakan jelah niat untuk berurusan dengan ejen hartanah tu. Berkemungkinan dia pakai tag yang palsu.


3. Ada Kod QR pada tag ejen hartanah

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: Propertytak4u|REN VS Broker VS Developer

Kod QR ni akan bukak pautan terus ke profil REN/REA ejen hartanah korang. Kat situ, korang boleh check semua maklumat yang diperlukan, termasuklah gambar ejen hartanah tu sendiri!

Misalnya kalau takde kod QR, korang boleh try cari maklumat ejen hartanah tu secara atas talian dengan nombor pendaftaran ejen REN/REA diorang. Korang boleh KLIK SINI untuk buat semakan.


4. Komisen ejen hartanah tak lebih dari 3%

Menurut Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), komisen maksimum yang boleh korang kenakan untuk penjualan dan/atau pembelian tanah/bangunan kat Malaysia dah ditetapkan pada maksimum 3% dari harga jualan hartanah. So, korang kena peka dengan ejen hartanah yang kaut keuntungan dengan bayaran lebih daripada jumlah yang sepatutnya.


Selain tu, korang boleh jugak perhatikan kalau ejen hartanah korang seorang yang:

5. Bermaklumat dan berpengetahuan

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: Gharpedia

Sebagai Ejen hartanah, diorang sepatutnya mampu berikan maklumat secara terperinci dan jawab apa-apa je soalan berkenaan dengan hartanah dengan yakin.

Andaikata korang tengah cari rumah, korang boleh tanya soalan-soalan camni:

  • Berapa usia dan apa status hartanah (pajakan atau pegangan bebas) yang korang nak beli tu?
  • Kalau hartanah tu ada perabot, segala pembaikan siapa yang kena tanggung?
  • Berapa banyak yang korang kena bayar untuk yuran penyelenggaraan dan lain-lain perbelanjaan?
  • Apakah sebab pemilik jual/sewakan hartanah tu?
  • Berbaloi ke harga hartanah tu berbanding dengan pasaran umum? ATAU Ada tak contoh unit lain yang korang boleh bandingkan?

Lagi bagus kalau korang dapat ejen yang tahu perkembangan pasal cukai, pasaran, hartanah dan pinjaman pembiayaan. Selalunya, ejen hartanah yang baik akan berikan maklumat yang berguna untuk korang buat sebarang keputusan.


6. Cekap dan menepati masa

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: Dreamstime

Bila sebut bab khidmat pelanggan ni, mestilah kita nak servis yang elok. Andai takdir korang dapat ejen hartanah sejenis yang menyakitkan hati, lebih baik korang cari ejen yang lain. Ada sesetengah ejen hartanah cuma bekerja hujung minggu secara sambilan. Maklumlah, sekarang ni sesiapa pun boleh join jadi ejen hartanah dan tak semestinya bekerja sepenuh masa.

Hmm..mungkin tak berapa sesuai kalau korang sejenis yang nak berurusan pada hari bekerja sebab masa adalah faktor yang penting kalau korang nak dapatkan unit yang baik.

Selain tu, kalau korang boleh dapat ejen hartanah yang tahu keseluruhan proses jual beli dah dikira macam durian runtuh! Dah tentu-tentu kes korang boleh berjalan dengan lancar dan segera.


7. Mesra pelanggan

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: Freepik

Ejen hartanah yang baik, seharusnya berkebolehan untuk faham kehendak dari pihak pembeli dan jugak penjual. Ada penjual yang nak jual hartanah diorang dengan harga yang cukup tinggi, dan boleh jadi yang pembeli pulak nak beli hartanah tu dengan harga yang rendah.

Jadi, sebagai ejen hartanah yang berintegriti akan bertindak secara win-win untuk jalankan transaksi bagi kedua-dua pihak. Bagi pihak penyewa/pembeli pulak, ejen hartanah yang jujur tak akan sesekali sembunyikan sebarang kerosakan dan masalah rumah yang nak dibeli.

Sama jugak dengan pemilik. Pemilik pun ada hak untuk tahu latarbelakang si penyewa/pembeli. Contohnya macam pekerjaan, kewarganegaraan, status diri (bujang/bekeluarga) dan sebagainya.


Sebagai pengguna yang bijak, ni perkara yang korang boleh buat untuk elakkan dari ditipu ejen hartanah:

loanstreet-ciri-ejen-hartanah-boleh-dipercayai
Sumber Imej: Facebook|Mutawwif Hartanah JDT

Pastikan iklan hartanah sebelum dapatkan khidmat ejen hartanah, pastikan korang ada maklumat kat bawah ni:
  • Nombor e-pendaftaran firma hartanah dengan LPPEH
  • Nama REA/REN berkaitan
  • Nombor pendaftaran REA/REN berkaitan
  • Maklumat untuk dihubungi


Kalau korang ada nampak maklumat yang mencurigakan, ni tindakan yang korang boleh lakukan:

  1. Ambil gambar dan hantarkan kepada LPPEH (termasuk nama jalan, tarikh dan masa).
  2. Sertakan nama korang dan nombor untuk dihubungi.
  3. Sahkan terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil alih dengan menurunkan dan sekat nombor untuk dihubungi dalam iklan tersebut.

So, kalau nak dapatkan ejen hartanah yang baik, seeloknya biarlah yang berdaftar dengan LPPEH. Dengan ejen berdaftar, semua bayaran dimasukkan ke dalam akaun korang dan dilindungi oleh insurans ganti rugi profesional. LPPEH juga boleh gantung atau menjatuhkan hukuman dengan mudah kepada mana-mana ejen yang menipu. 

Bagi yang nak dapatkan kadar pinjaman perumahan yang terbaik di pasaran dengan menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan bila korang nak beli rumah nanti. Semoga berjaya!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?