Apa tu SJKP 2022?
Untuk pengetahuan korang, SJKP ni skim yang diwujudkan oleh kerajaan untuk memudahkan urusan orang yang takde pendapatan tetap untuk beli rumah.
Selain tu, skim ni khas untuk pemohon yang takde penyata pendapatan bulanan macam nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am untuk beli rumah pertama berharga RM300,000.
Skim ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP ni pulak sama macam bank, iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun.
Ni adalah kriteria yang diperlukan untuk permohonan SJKP 2022:
-
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
-
Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
-
Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/sederhana/mampu milik dan untuk didiami.
-
Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
-
Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
-
Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
-
Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Terma dan Syarat Pembiayaan SJKP 2022:
Jumlah pembiayaan | Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT) |
---|---|
Jenis pembiayaan | Pembiayaan berjangka sahaja |
Tempoh | Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu |
Kadar faedah | Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman |
MRTA/MRTT | Wajib |
Lain-lain | Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan |
Bila dah cukup syarat, follow je proses permohonan SJKP 2022 ni satu-satu:
1. Kenal pasti rumah yang ingin dibeli
Dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan.
Kalau korang tak pasti harga rumah yang korang nak beli, korang boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan.
2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan
Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
Dapatkan pengesahan daripada individu yang dibenarkan:
- Pegawai Kerajaan Kategori A
- Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
- Penghulu
- Wakil terpilih
3. Sediakan dokumen sokongan sumber pendapatan…
…macam penyata akaun simpanan, lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan atau geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
4. Kemukakan permohonan pembiayaan perumahan di 15 cawangan institusi kewangan ni:
- Affin Bank
- Affin Islamic
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank Group
- AmIslamic Bank
- Bank Islam
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- Bank Muamalat
Untuk makluman korang, SJKP tak pernah lantik mana-mana orang tengah atau ejen ya. Kalau ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau KLIK SINI.
Kesimpulannya kat sini, gaji sikit atau takde slip gaji bukanlah penghalang utama untuk korang beli rumah. Yang penting, korang berusaha dan cari jalan untuk realisasikan impian korang!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: