Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kos Bayaran Permulaan untuk Membeli Hartanah

BY Team Loanstreet

Updated 09 Oct 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Bila cakap pasal nak beli rumah, benda pertama yang korang fikir mesti nak bayar muka kan? Tapi bukan tu saja sebenarnya. Ada banyak lagi kos lain yang korang kena ambil kira. Selain bayaran muka, korang kena ingat yuran guaman, duti setem, yuran penilaian, dan yuran ejen hartanah – semua ni kos yang penting, tapi selalu orang terlepas pandang.

 

Dekat sini, kami akan terangkan kos-kos yang korang kena sediakan bila korang nak beli hartanah nanti. 


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Bayaran Muka

 

Bayaran muka ni adalah kos paling pertama yang korang kena fikir bila nak beli rumah. 

 

Biasanya, jumlah bayaran muka ni adalah 10% daripada harga rumah yang korang nak beli. Contohnya, kalau harga rumah tu RM500,000, korang kena sediakan RM50,000 sebagai bayaran muka.

 

Jadi, pastikan korang dah prepare duit ni awal-awal supaya korang tak kelam-kabut cari dana bila dah jumpa rumah yang korang berkenan tu.

 

2. Kos yang berkaitan dengan Perjanjian S&P (Yuran Guaman + Duti Setem)

 

a. Yuran guaman

 
Peringkat Harga Yuran Guaman (%)
RM500,000 pertama 1.25 ( tertakluk kepada minimum sebanyak RM500)
RM500,001 – RM7.5 juta 1.00
Lebih dari RM 7.5 juta Boleh dirunding (tidak lebih 1%)

b. Duti Setem

 
Peringkat Harga Duti Setem (%)
RM100,000 pertama 1.00
RM101,000 – RM500,000 2.00
RM500,001 – RM 1 juta 3.00
Lebih dari RM 7.5 juta 4.00

Mulai 2024, pembeli rumah kali pertama yang membeli hartanah bernilai sehingga RM500,000, korang akan layak mendapat pengecualian penuh duti setem. Bagi hartanah bernilai antara RM500,000 hingga RM1 juta pula, korang pula akan dapat pengecualian sebanyak 75%, dan polisi ini sah sehingga 31 Disember 2025.

 

3. Kos yang berkaitan dengan Perjanjian Pinjaman (Yuran Guaman + Duti Setem)

 

a. Yuran Guaman

 

Peratus dan struktur yuran guaman untuk perjanjian pinjaman adalah sama dengan S&P, tetapi yuran guaman perjanjian pinjaman dikira berdasarkan jumlah pinjaman (bukan seperti S&P yang berdasarkan harga jualan rumah).

 

b. Duti Setem
 

Jumlah Pinjaman Kadar Bayaran
Apa-apa nilai 0.500%
  

4. Yuran Penilaian

 
Nilai Kadar (%)
RM100,000 pertama 0.250
1,900,000 seterusnya 0.200
5,000,000 seterusnya 0.167
8,000,000 seterusnya 0.125
35,000,000 seterusnya 0.100
  

5. Yuran Ejen Hartanah (Biasanya dikenakan kepada penjual, tetapi juga boleh dikenakan kepada pembeli)

 
Harga Belian Kadar
Apa-apa nilai 3.000%

Yuran ejen hartanah berbeza dari 2 - 3% tanpa mengambil kira harga hartanah. Dalam kebanyakan kes kos tersebut biasanya ditanggung oleh pemaju dan penjual.

 

Korang dah siap sedia ke?

 

Kebanyakan orang biasanya pandang remeh pasal kos bila nak beli hartanah sebab mereka tak sedar kos-kos lain yang terlibat macam bayaran muka, yuran guaman, duti setem, dan kos-kos lain yang mungkin korang tak jangka. 

 

Kalau korang sedang mempertimbangkan pembelian hartanah, jangan lupa untuk guna Kalkulator Pinjaman Perumahan kami untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai semua kos-kos terlibat.

 

Akhir sekali, gunalah Perbandingan Pinjaman perumahan kami untuk dapatkan pinjaman yang terbaik untuk korang.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai