Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Perkara Pasal NFT Korang Perlu Tahu

BY Fadh Ahmad & Nisya Aziz

Updated 09 Jun 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Dulu kalau kita post selfie, benda yang kita selalu harapkan adalah orang like gambar kita, kan? Tapi sekarang ni lagi advance tau. Admin ada terbaca satu berita kat Indonesia ni, Ghozali Everyday, jadi jutawan lepas dia jual gambar selfie harian biashe-biashe je dari dari tahun 2017 hingga 2021 berasaskan NFT kat platform OpenSea.

Kat Malaysia pun boleh tahan power gak. Ada orang jual nasi lemak pixel kat Pentas.io (marketplace NFT malaysia) dengan harga RM400 ya (0.20 BNB). Nasi lemak tu kalau boleh makan, logik jugaklah. Ni masalahnya gambar nasi lemak je!

Macam tak masuk akal, kan? Selamat datang ke dunia NFT, di mana hak kekal untuk aset digital boleh dibeli dan dijual dengan harga berjuta-juta dolar.

Admin rasa korang pun mesti ada banyak soalan pasal NFT ni. Memang tak dinafikan yang perkara ni agak rumit sikit nak faham, admin pun mula-mula pening jugak.

Jadi, meh kita belajar sama-sama.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa benda tu NFT? Apa gunanya?

NFT atau nama panjang dia, Non-Fungible Token sebenarnya wujud sejak 2014 lagi, tapi start jadi femes pada tahun 2021. Ia adalah sebuah token digital yang membolehkan korang jual dan beli hak milik aset digital yang unik dengan menggunakan teknologi blockchain. 

loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nft

 

“Hmm, tapi macam masih tak faham apa sebenarnya NFT ni. Apa yang dimaksudkan oleh ‘unik’ kat sini?”


Okay, kita amek duit RM1 sebagai contoh konsep lah.

Nilai duit RM1 yang korang ada tu sama dengan nilai duit RM1 yang orang lain ada. Benda ni dikira sebagai “fungible” sebab  boleh ditukar-tukar atau diganti dengan nilai dan unit yang sama. 

TAPI, kalau duit RM1 korang tu ada autograf selebriti cam Siti Nurhaliza, dia akan jadi aset yang  unik. Nilai dia dah tak sama dengan duit RM1 yang lain sebab tak semua orang ada autograf penyanyi tu. Jadi ianya dikira sebagai non-fungible.

Contoh aset digital NFT yang ada kat market adalah muzik, Tweet, meme, gambar, seni digital, animasi, GIF, video, tiket konsert, avatar, screenshot dan banyak lagi — tak terhad, apa-apa yang digital.


Camne NFT ni berfungsi dan apa kena mengena dengan blockchain?

 loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nft

Sumber: Twitter | Sharif Twitterren 


Dia macam korang beli barang kat kedai guna kad kredit atau e-wallet. Tapi untuk NFT korang guna matawang kripto. Dan, kebanyakan platform yang jual NFT ni menggunakan teknologi blockchain untuk segala urusan jual beli NFT dan jugak untuk membuktikan kesahihan atau keaslian sesebuah seni.

Bagi yang tak berapa familiar, blockchain ni cam satu platform sistem penyimpanan atau bank data secara digital yang terhubung dengan kriptografi. Maksudnya kat sini, segala maklumat digital direkodkan dan diedarkan, dan tak boleh di edit. Contohnya macam gambar kat atas. Ini untuk elakkan apa-apa penipuan. 


Kenapa mahal sangat? Kan boleh download je gambar tu kat internet? Camne NFT ni dinilai?

loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nftSumber:  BBC | Everydays: The First 5000 Days oleh Beeple

Betul, memang sekarang ni korang boleh download je gambar atau lagu kat internet. Tak perlu keluar duit pun. TAPI, hanya sebab korang boleh download tak semestinya korang pemilik asal aset tu. Nak flex camne tu?

Kalau korang beli NFT, si pemilik aset tu hanya membenarkan hak milik asal koleksi tersebut kepada pembelinya. Dan, sebagai pembeli, korang ada ciri khas yang boleh membuktikan hak milik tersebut. Barulah boleh korang nak up sikit status sosial korang.

Dari segi nilai NFT ni pulak, dia sama macam karya seni kat muzium atau galeri, dia sangat subjektif. Korang boleh letak harga rendah ataupun tinggi — tepuk dada tanya selera. Dia tak sama macam beli saham di mana nilai dia terpengaruh kepada situasi ekonomi dan teknikal. Nilai NFT ni lebih bergantung kepada jumlah yang orang sanggup bayar, permintaan dan jugak trend time tu.


Tapi secara asasnya, nilai aset NFT ni bergantung kepada:
  • Kredibilti si pengkarya/penjual

  • Nilai sentimental, sejarah atau estatik

  • Bilangan salinan NFT

  • Demand daripada market

  • Keunikan aset


Bagus ke NFT ni? Apa manfaat dia eh?

Tak kisahlah korang ni pemilik aset atau pembeli, NFT ni sememangnya ada kelebihan dia tersendiri. Kalau tak, takde lah jenama-jenama cam Nike, Adidas, Lamborghini, Coca-Cola dan Pepsi pun lancarkan projek NFT diorang sendiri.

Okay, jom tengok camne korang boleh manfaatkan NFT:


1. Pengkarya/Pencipta boleh buat duit secara langsung.

loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nft
Sumber:  Malaysianpost


Kalau korang dalam bidang seni, NFT ni memang sangat membantu sebab ia membolehkan artis/pencipta buat duit langsung daripada kerja diorang. Contohnya, mungkin dulu korang kena ada ejen atau orang tengah untuk jual dan pasarkan hasil kerja korang.

Tapi dengan adanya NFT, korang dah tak perlukan orang tengah dan terus berurus niaga secara langsung dengan pelanggan korang. Karya korang akan dilindungi dan dianggap sebagai aset digital yang mempunyai nilai yang tersendiri. Bukan tu je, korang jugak boleh dapat royalti  setiap kali orang beli atau guna aset NFT korang tu. 


2. Boleh dijadikan sebagai pelaburan

loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nft
Sumber: barrons.com


Pelaburan dalam NFT ni tak sama macam pelaburan tradisional cam Tabung Unit Amanah atau Simpanan Tetap. Secara teknikalnya, semua NFT adalah dikira sebagai koleksi macam koleksi duit lama. Dia adalah unik dan hanya satu daripada setiap satu boleh wujud.

Lepas dah beli korang boleh simpan dulu dan nilainya akan meningkat dari semasa ke semasa. Pastu boleh lah korang trade balik aset tu. Contohnya cam gambar kat atas. Karya yang dipanggil The Merge, di jual pada harga USD91.8 juta tau. Padahal, harga asal gambar ni cuma USD575 je. 


Okay, apa pulak kekurangan & risiko NFT yang kita patut tahu?

Kalau korang nak melibatkan diri dalam dunia NFT, admin sarankan korang untuk fahami kekurangan dan risiko yang ada macam kat bawah ni.

loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nft

Sumber: Hongkiat

1. Nilai NFT tak menentu
Memang betul, korang boleh buat banyak duit dengan NFT ni. Tapi, macam yang admin cakap tadi, nilai NFT ni subjektif — bergantung kepada persepsi pemilik aset serta pembeli. Ini menyebabkan harga NFT tu tak menentu. Sebagai pembeli, korang mungkin membeli NFT berharga RM100 dengan harapan harga akan naik, tapi akhirnya harga jatuh lagi murah dari yang sepatutnya. Jadi, janganlah korang fikir yang NFT ni boleh buat korang kaya cepat. 


2. Risiko kena scam tinggi
Kalau korang nak tahu, ada banyak kes di mana penjual NFT menyamar menjadi pemilik aset digital dan menjual NFT yang replika dan bukannya yang tulen. Disebabkan sifat urus niaga kat blokchain ni takde konsep refund, pembeli tak boleh nak dapatkan balik duit yang diorang dan belanjakan untuk token yang tak wujud/sah tu. Burn macam tu je lah. Lagi pun belum ada undang-undang atau polisi lagi untuk NFT ni. 

3. NFT yang dibeli boleh hilang atau kena curi
Perkara ni boleh jadi kalau kontrak pintar untuk token yang dibelu tu tak dipautkan terus kepada aset digital tu. Lagi satu, kalau aplikasi atau platform yang menyimpan aset digital NFT korang tu gagal untuk berfungsi ataupun penggunaannya diharamkan.Pastu, kalau korang tak ikut langkah keselamatan peribadi yang sepatutnya dah menjadi amalan standard sekarang macam penggunaaan pengesahan dua faktor (2FA) untuk log masuk ke portal internet, pun boleh jadi jugak.

4. Yuran gas NFT tinggi melampau
loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nft

Sumber: Medium

 

Gas NFT ialah yuran yang korang bayar untuk laksanakan sebarang transaksi (jual dan beli) kat blockchain. Yuran gas ni ditentukan oleh permintaan semasa blockchain, pada masa transaksi. Konsep dia sama macam kereta yang perlukan minyak petrol untuk berfungsi. Isu dia kat sini ialah yuran gas ni boleh jadi mahal yang amat. Bila harga gas tinggi, makin susah lah pengkarya/pencipta untuk menjual karya mereka. Memandangkan harga gas ni berbeza daripada penilaian sebenar NFT, kos yuran ni boleh lebih tinggi daripada kos sebenar aset yang korang jual. 


Macam menarik. Kat Malaysia ni ada platform untuk NFT ke?

loanstreet-apa-itu-non-fungible-token-nft

 Sumber: Vocket tech

 

Kamon… Malaysia Boleh kot. Mesti lah ada. 

Kalau korang berminat untuk menjual karya atau membeli, antara platform NFT Malaysia yang korang boleh cuba try test ialah:

Selamat mencuba! 

Okay lah, tu dia beberapa perkara yang korang perlu tahu pasal NFT. Kami harap artikel ni bermanfaat. Jangan lupa share dengan kawan-kawan.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Fadh Ahmad



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024