Apa beza HelloGold dengan Public Gold?
HelloGold | Public Gold | |
---|---|---|
Apa yang ditawarkan? | Beli, jual, simpan dan tebus emas. | Pelbagai produk emas fizikal, perak dan barang kemas yang boleh digunakan untuk tujuan pelaburan. |
Camne nak guna? | Pengguna HelloGold PRO juga boleh menebus emas fizikal dengan membayar yuran penebusan. |
Pengguna berdagang emas melalui aplikasi HelloGold tanpa menyimpan emas sendiri secara fizikal. Semua emas penggunanya di dalam peti besi di Singapura.Boleh datang ke cawangan Public Gold di seluruh Malaysia atau membuat pesanan dalam talian untuk berdagang emas, dan diberi pemilikan fizikal emas. |
Jenis emas? | Jongkong emas daripada Produits Artistiques Metaux Precieux (PAMP) dengan penarafan ketulenan tinggi 99.99% untuk HelloGold. | Bar jongkong emas yang diluluskan oleh London Bullion Market Association untuk Public Gold dengan kehalusan 999.9. |
Berapa jumlah minimum belian emas? | Diukur dari segi gram emas setiap RM, bermula dari nilai serendah RM1 dari HelloGold | Harga emas daripada Public Gold disebut setiap hari dalam ukuran 10g, 20g, 50g, 100g, dan 250g, dengan 10g sebagai saiz minimum. |
Berapa jumlah maksimum belian emas? | Takde had maksimum pada jumlah emas yang boleh dibeli melalui HelloGold | Boleh dihadkan pada maksimum 250g emas setiap transaksi pembelian daripada Public Gold. |
Yuran pentadbiran? | Yuran pentadbiran tahunan sebanyak 2% daripada nilai emas yang dimiliki oleh pengguna dalam akaun HelloGold. | Tak terpakai untuk Public Gold. |
Kena bayar komisen ke? | Takde caj komisen untuk transaksi HelloGold. | Takde caj komisen untuk transaksi dari Public Gold. |
Yuran tambahan? | Kemungkinan bayaran pemprosesan bergantung pada kaedah pembayaran yang pengguna pilih semasa membeli emas. | Kos pengangkutan dan insurans untuk logam berharga dikenakan jika pelanggan Public Gold berada di negeri atau negara yang berbeza daripada cawangan yang mengendalikan transaksi. |
Patuh syariah ke? | Ya. Emas daripada HelloGold diperuntukkan sepenuhnya dan mengikut Piawaian Syariah pada Emas. | Ya. Public Gold ialah peniaga emas fizikal pertama di dunia yang menerima pensijilan pematuhan Syariah. |
Eh, macam lebih kurang je. Habis tu, memang betul lah HelloGold dengan Public Gold ni benda yang sama?
Tak jugak.
Kalau korang nak tahu, uniknya pasal HelloGold ni, korang tak payah trade emas secara fizikal. So, takdelah korang nak kena pikir pasal keselamatan emas korang sebab HelloGold ni yang akan simpan emas korang dengan selamat. Lepastu, senang gila korang nak trade emas korang dengan akses dari peranti korang je.
Secara relatifnya, senang jugaklah korang nak masuk pasaran emas dengan HelloGold sebab korang boleh start melabur serendah RM1!
Senang memang senang, tapi jangan lupa tau, ada bayaran pemprosesan sebanyak RM1.20 kalau korang beli emas secara online banking. Kalau korang tak nak keluar duit untuk bayaran pemprosesan, korang beli je emas guna e-wallet Boost atau Touch’N Go.
Bila korang dah baca ni mesti korang rasa yang HelloGold ni macam lagi best dari Public Gold sebab takde yuran pemprosesan, kan? Sebabnya, minimum jumlah emas yang korang boleh beli dengan harga RM100 atau 1gram dengan pelan simpanan yang ada. Andaikata korang tak rasa nak join, minimum 10gram (mahal sebenarnya harga ni). So, macam tak berapa sesuai pulak untuk korang yang ada modal sikit dan baru je nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas.
Apa yang kami boleh katakan, Public Gold ni paling sesuai untuk korang yang nak kendalikan emas sendiri secara fizikal-dan jalankan urusniaga sendiri.
Walaupun Public Gold beli semula emas, orang yang beli tak semestinya kena jual semula dekat diorang. Jadi, korang ada kebebasan untuk jual emas korang dengan urusniaga yang sah kat mana-mana yang korang nak.
Korang boleh nampaklah, bila bab spread atau taburan, trade melalui HelloGold ni sebenarnya lagi murah dari Public Gold. Tapi, korang kena ambik kira jugak yuran yang HelloGold kenakan.
Yang bagusnya, HelloGold ni ada pelan simpanan SmartSaver. Dengan pelan ni, korang boleh buat simpanan emas secara harian. Lagi syok bila semua transaksi dibuat secara automatik dengan bantuan apps je!
Sumber: thehelmi.com
Korang cuma perlu tetapkan berapa korang nak simpan dan apps tu akan jalankan transaksi mengikut apa yang korang nak.
Public Gold pun ada jugak pelan simpanan dia sendiri tau. Pelan simpanan Public Gold ni lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP). Sebelum korang nak join program ni, korang kena buat pelaburan, minimum RM100, atau beli emas 1g.
Kenapa kena buat camni eh? Korang kena buat camni untuk pastikan harga emas korang mahal untuk masuk pasaran pelaburan emas melalui Public Gold. Dari sinilah korang dapat untung sebab korang dapat miliki emas secara fizikal.
Apa pun, korang kena ingat yang Public Gold ni ada rangkaian produk yang besar sebabnya ada reka bentuk yang berbeza dan jugak karya kolaborasi terhad. Bukan takat menyimpan, korang boleh bergaya sekali dengan emas tu tau!
Jadi, mana yang terbaik?
Setakat ni, offer dari dua-dua platform pun memang bersinar-sinar bak emas ya. Cuma yang membezakan adalah tawaran yang bersesuaian dengan kehendak dan jugak kemampuan si pelabur.
Bagi yang nak melabur sambil relaks-relaks gitu bolehlah pilih Hello Gold. Untuk yang memang nak pelaburan emas yang boleh diurus sendiri, kami syorkan korang pilihlah Public Gold.
Persoalannya sekarang, kat mana korang nak dapatkan emas erk?
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: