Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Awas! Jangan Tertipu Dengan Old Money Collector!

BY Fadh Ahmad

Updated 10 Feb 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

 

Korang perasan tak, kalau korang scroll fb ke insta, mesti korang akan jumpa old money collector, kan?

Jangan terkejut ye, ramai dah terkena dengan scammer old money collector ni! Persoalannya sekarang ni, bernilai sangat ke duit lama ni sampai ramai yang jadi mangsa old money collector ni?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sebelum tu, korang kena tahu dulu, apa yang jadi faktor penentu nilai duit lama?

loanstreet-modus-operandi-dan-tempat-selamat-untuk -jual-duit-lama

Sumber: hmetro.com.my

Untuk pengetahuan korang, tak semestinya semua duit lama harganya tinggi. Harga duit bergantung pada:

  • Keaslian
  • Jumlah edaran 
  • Duit dan syiling yang dikeluarkan sempena perayaan istimewa 
  • Nombor siri menarik
  • Nilai muka yang jelas 

Selalunya, yang duit lama ni memang dicari oleh para pengumpul yang sanggup berbelanja besar untuk dapatkannya, terutama sekali dalam kalangan pengamal ilmu numismatik. 

loanstreet-modus-operandi-dan-tempat-selamat-untuk -jual-duit-lama

Sumber: BH Online


Maksudnya kat sini, kumpul duit lama ni bukan sekadar hobi je tapi pelaburan jugak tau! 

Memetik kata-kata Pengumpul wang lama, Nik Ramezi Muhammad, 46:

 "Ilmu numismatik ini diamalkan di seluruh dunia. Oleh itu ada sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk memberi markah kepada duit lama ini iaitu Paper Money Guarantee (PMG) untuk duit kertas dan National Grading Coin (NGC) yang berpusat di luar negara. Di Malaysia juga, kita sudah ada badan sendiri iaitu Penggredan Numismatik Malaysia (PNM) yang terbabit khusus dalam menggred duit lama Kesultanan Melayu." 


Kalau korang nak tahu, ada duit lama yang nilainya lebih berharga daripada nilai mukanya disebabkan sangat jarang ditemui atau sangat tua.

Disebabkan nilah scammer pun ambik kesempatan dengan cara menyamar jadi pembeli duit lama atau lebih femes dengan gelaran old money collector. 


Ni modus operandi yang old money collector gunakan untuk tipu penjual duit lama:


1. Berpura-pura minat

Apa yang biasa kita jumpa, scammer ni akan tinggalkan komen pada posting korang macam:

"Hello I'm an old money collector I buy old money from Malaysia dm me if you have any old money from Malaysia UAE Dubai."


2. Tawarkan harga yang tinggi

 
loanstreet-modus-operandi-dan-tempat-selamat-untuk -jual-duit-lama-

Sumber: Mothership.dg


Harga yang ditawarkan hampir tak masuk akal untuk memancing keyakinan korang. Ada yang sanggup tawarkan harga 10 kali ganda daripada nilai yang sebenar!

“Alasan mereka duit lama itu akan dijual kepada muzium, pengumpul atau bank dunia untuk mendapatkan harga yang lebih mahal dan sebagainya. Saya pernah terjumpa beberapa posting yang berkaitan dengan penipuan ini di mana wang syiling Bank Negara Malaysia tahun 1980 bernilai 10 sen ditawarkan sebanyak RM40 ribu,” -Dayang Siti Khadijah binti Haji Ismail, Penganalisa keselamatan siber, Cyber Security Brunei (CSB)


3. Mintak maklumat akaun

Bila dah setuju, scammer akan mintak nombor akaun korang. Kononnya nak transfer duit dengan secara online atau telegraphic transfer. 


4. Bagi alasan tak masuk akal

Sehari dua nanti, korang berkemungkinan akan dapat emel, katanya duit dah dihantar. Cuma yang kelakarnya, korang kena bayar dulu, baru korang boleh dapat duit tu. 
loanstreet-modus-operandi-dan-tempat-selamat-untuk -jual-duit-lama

Sumber: Eezwan Manaf


Sekiranya korang secara tak sengaja terjebak dengan old money collector ni, pastikan korang ada screenshot perbualan, emel, resit dan penyata bank untuk tujuan bukti dan laporkan kepada pihak polis.

Jangan lupa report dan block akaun FB atau Instagram si penipu ni dan laporkan terus kepada pihak bank atau pun syarikat kiriman wang, seboleh-bolehnya 24 jam daripada pembayaran dilakukan.

Jadi kat sini, kami sarankan korang untuk jual duit lama kat tempat yang bertauliah dan juga selamat dari segi urusniaga jual beli.


Untuk mengelakkan korang dari jadi mangsa old money collector, korang boleh jual duit lama melalui:


1. Bank Negara Malaysia (BNM)

Loanstreet-modus-operandi-dan-tempat-selamat-untuk-jual-duit-lama

Tukar duit lama korang kat BNM dan korang akan dapat nilai muka syiling atau duit kertas korang. Pastikan duit korang masih berkeadaan baik dan bukannya duit palsu.


2. Bank Komersial

loanstreet-modus-operandi-dan-tempat-selamat-untuk -jual-duit-lama
Sumber: SMECorp


Sama macam BNM, kalau korang tukar duit lama, harga duit akan bergantung pada nilai muka, bukan nilai harga pasaran duit lama. Cuma agak mengecewakan,bila BNM dan Bank komersial kekurangan dari segi maklumat bagi urusan jual beli duit lama.

Sepatutnya, pihak bank berikan info yang jelas di laman web mereka mengenai cara-cara untuk jual duit lama di platform yang selamat. Tak adalah orang dok tercari-cari dan akhirnya jadi mangsa scam old money collector. 


3. Persatuan Numismatik

loanstreet-modus-operandi-dan-tempat-selamat-untuk -jual-duit-lama

Sumber: MNS

Setakat ni, cuma ada satu persatuan Numismatik yang aktif di Malaysia iaitu Malaysia Numismatic Society atau MNS. 


Korang boleh daftar keahlian dan boleh join jualan lelongan mereka yang biasanya diadakan setiap 3 bulan sekali. Sebaiknya korang jual syiling yang berkualiti tinggi kalau korang nak dapat harga yang terbaik. 

Sekiranya korang berminat korang boleh KLIK SINI atau call je diorang kat talian +60 12 371 0951.

Lepas ni, korang boleh je kalau nak jual duit lama, cumanya pastikan korang jual ikut saluran yang betul. Yelah, malang tak berbau.

Korang tahu tak, kat mana lagi boleh jual duit lama? Haa... kalau korang tahu, share dan komen di FB post kami dan kami akan sertakan dalam artikel kami.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK:

  
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Fadh Ahmad



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024