Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

BY Team Loanstreet

Updated 18 Oct 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini telah diterjemah dari “Top Performing Unit Trust Funds in Malaysia 2024!” oleh Fadh Ahmad

 

Pernah tak korang terfikir, selain daripada sumber pendapatan biasa, kat mana lagi agaknya korang boleh dapat duit?

Jadi kat sini, kami syorkan korang untuk cuba melabur dalam unit amanah. Korang boleh mulakan dengan tetapkan matlamat yang jelas untuk pelaburan unit amanah.

Menurut Investopedia, unit amanah yang berprestasi baik dalam jangka pendek, katakan 3 bulan hingga 5 tahun mungkin kurang berprestasi dana lain dalam jangka panjang (10 tahun atau lebih).

Dari sini korang akan tentukan sama ada korang nak melabur untuk jangka masa panjang atau pendek.

Sebagai panduan, ni dia unit amanah berprestasi terbaik untuk korang mula melabur!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik Untuk Pelaburan Jangka Pendek (1 bulan - 5 Tahun)

 

Kalau korang melabur untuk keuntungan jangka pendek, biasanya dalam tempoh 1 bulan hingga 5 tahun, korang kena pastikan, duit yang korang laburkan boleh bagi pulangan yang lagi banyak daripada kadar deposit tetap, dengan kadar purata sekitar 3%.

 

Korang jugak kena faham yang dana tu kadang-kadang boleh jadi tak menentu. Maksudnya kat sini, kalau korang tak berhati-hati, korang terpaksalah tanggung kerugian yang banyak.

Ada baiknya kalau korang bincang dulu dengan penasihat kewangan korang, sama ada nak teruskan jugak pelaburan atau alihkan duit korang ke tabung lain.

Bila korang dah betul-betul faham dengan risiko pelaburan, barulah korang boleh teruskan melabur untuk dapatkan pulangan yang untungnya berlipat kali ganda dalam tempoh jangka pendek.
 

5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik (1 bulan )

 


5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik ( 3 bulan )

  Sumber: eUnittrust.com.my


5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik (6 bulan )

 


5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik (1 tahun)

 


5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik (2 tahun)

  Sumber: eUnittrust.com.my


5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik (3 tahun)

 


5 Tabung Unit Amanah Berprestasi Terbaik (5 tahun)

 
Kedudukan Tabung Unit Amanah Pulangan
1 KAF Core Income Fund 207.51%
2 United Malaysia Fund - MYR Class A 125.89%
3 KAF Vision Fund 118.07%
4 AmConservative 111.11%
5 KAF Tactical Fund 109.56%

Camne pulak dengan pelaburan jangka panjang (10 tahun)?

 

Ni, antara 5 Tabung Unit Amanah yang paling perform untuk jangka masa 10 tahun.
 

Kedudukan Tabung Unit Amanah Pulangan
1 Manulife Investment U.S Equity 272.98%
2 Manulife India Equity Fund - MYR 253.50%
3 AmChina A-Shares - MYR 209.36%
4 KAF Core Income Fund 209.19%
5 Franklin U.S Opportunities Fund 199.52%

Kalau korang melabur 10 tahun yang lepas dalam tabung unit amanah ni, konfem korang punya duit berkepuk-kepuk! Lagi lama korang melabur, tak mustahil korang boleh jadi kaya raya macam Warren Buffet!

Apa pun, korang kena faham yang apa-apa jenis pelaburan, memang akan ada risiko yang korang kena tanggung.

Maknanya, korang rajin-rajinlah buat research sebelum nak melabur. Kalau korang sejenis yang sukakan jaminan yang lebih selamat, tapi nak kembangkan pendapatan korang, kitorang syorkan korang untuk cuba manfaatkan promosi deposit tetap (fixed deposit).


Selamat melabur!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK: 


 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?

“Apa Hukum Melabur Dalam Cryptocurrency?”

Adakah Pelaburan Kripto Patuh Syariah di Malaysia?