Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kat Mana Korang Boleh Laburkan RM1,000?

BY Contributor-Majalah Labur

Updated 09 Feb 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Orang Malaysia ni, kalau sembang pasal pelaburan kat kedai kopi…Pergh! Kadang-kadang boleh duduk berjam-jam! Tapi korang faham tak, apa sebenarnya maksud pelaburan ni? 

Secara ringkasnya, pelaburan memerlukan modal. Untuk melabur, kita perlukan duit, dan dengan modal tersebut, boleh menjana semula keuntungan pada korang. Lagi panjang tempoh masa pelaburan , lagi tinggi potensi pulangan yang kita boleh dapat.

Sebenarnya kalau nak melabur,  tak payah ada modal yang besar pun. Korang tahu tak, dengan modal sebanyak RM1,000 pun kita dah boleh mula melabur? 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Ni tempat yang korang boleh melabur dengan modal RM1,000:

1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

loanstreet-pelaburan-dengan-hanya-rm1000-1
Sumber: ASNB

Tak dapat dinafikan yang ASNB ni pelaburan yang paling popular dalam kalangan orang Malaysia.

ASNB mengurus 16 dana unit amanah, dengan 6 dana berharga tetap dan 10 dana berharga berubah-ubah.

Ia memenuhi citarasa setiap rakyat Malaysia, dengan nilai lebih daripada RM264 bilion unit dalam edaran dan 14.5 juta akaun.

Bagi golongan bumiputera, pelaburan yang paling terkenal ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan kadar tetap iaitu RM1 dan kita akan dapat dividen setiap tahun. Paling syok, korang boleh keluarkan duit ASNB secara online tau!


2. Unit Amanah

loanstreet-pelaburan-dengan-hanya-rm1000-2

Sumber: Danial Asr

Seterusnya kita ada pelaburan dalam unit amanah yang, lebih kurang sama macam ASB. 

Cuma, dalam unit amanah ini ada banyak pilihan; ada yang berisiko tinggi, ada yang berisiko sederhana dan ada juga yang berisiko rendah.

Pelaburan unit amanah memakan masa sekurang-kurangnya tiga tahun ke 20 tahun untuk mendapat pulangan yang baik.

Antara syarikat amanah yang popular ialah PMB Investment, Public Mutual, Principal Asset Management dan banyak lagi.

BACA: Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2021!


3. Robo Advisor

loanstreet-pelaburan-dengan-hanya-rm1000-3

Sumber: MarketWatch

Bagi yang tak tahu, Robo Advisor ni platform pengurusan dana pelaburan dan khidmat nasihat kewangan secara online, dan diuruskan sepenuhnya oleh mesin dan robot.

Dari proses pembukaan akaun sampai pengeluaran wang, dilakukan sepenuhnya oleh mesin dan robot yang dikawal selia oleh sistem.

Korang boleh pilih sama ada nak melabur dalam platform Robo Advisor macam, Stash Away, MyTheo dan Wahed Invest.

Setakat ni, cuma platform Wahed Invest merupakan satu-satunya platform Robo Advisor yang patuh syariah.

BACA: Penasihat Robo: Kelebihan & Kekurangan Korang Mesti Tahu!


4. Saham

loanstreet-pelaburan-dengan-hanya-rm1000-4

Sumber: Mahersaham

Bagusnya pelaburan saham ni, pulangan dia lebih tinggi berbanding yang lain. Cuma yang tak best kat sini, risikonya pun lebih tinggi daripada instrumen pelaburan yang lain.

Untuk mula menjual beli saham, korang kena buka akaun CDS terlebih dahulu, dan pembelian minimum saham ialah 100 unit dan bukan 1 unit. Ada beratus-ratus saham syarikat yang korang boleh beli kat pasaran saham.

Tapi, sebelum buat sebarang keputusan untuk membeli atau menjual saham, pastikan korang ada ilmu Analisis Asas dan Analisis Teknikal.

Fahamkan dulu Istilah ‘High Risk High Return’. Bila korang dah faham, barulah korang boleh dapat potensi pulangan yang tinggi.

Jadi kat sini, korang dah fahamlah, kan? Nak melabur tak semestinya kena ada duit yang banyak. Kalau kena dengan cara, RM1,000 tu boleh dapat untung berlipat kali ganda!

Korang ada pengalaman melabur? kalau korang ada, share dan komen di FB post kami dan kami akan sertakan dalam artikel kami.


*Artikel ini diolah semula dari artikel “Di Mana Saya Boleh Laburkan RM1,000?” yang diterbitkan kali pertama di majalahlabur.com. Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor-Majalah Labur



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?