Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

e-Wallet Mana Paling Best Kat Malaysia? Tengok Showdown Ni!

BY Hakimie Amrie

Updated 21 Aug 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan - iklan sini sana semua heboh cakap pasal e-Wallet kat Malaysia. Seheboh bubble tea yang korang duk tak habis-habis mengidam tu. 

Jadi, bubble tea mana paling best? Eh, maksud admin e-wallet mana paling menguntungkan? Sorry, admin pun tengah mengidam jugak sebenarnya, hehehehe. 

Cakap pasal e-wallet ni, semua best sebenarnya tapi tak semua berguna untuk korang. Ada satu e-wallet pun dah cukup untuk korang sebenarnya, lagi senang nak dapat rewards.

“Betul lah tu admin, tapi e-wallet yang mana satu paling best kat Malaysia ni, banyak kot. Mau pening kepala nak pilih yang thorbaik”

Jangan lah pening-pening, bagi memudahkan kerja korang, admin dah bandingkan pun 5 e-wallet yang paling femes so far kat Malaysia. Tapi sebelum tu, korang rasa-rasa e-wallet mana paling masyuk?

Ada 2 sebab kenapa admin pilih 5 e-wallet ni: Kegunaan dan populariti diorang. Sama ada app e-wallet tu sesuai digunakan setiap hari kat banyak tempat atau app tersebut memang femes kat malaysia. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Dan calon-calonnya adalah?


1) GrabPay



Nama pon GrabPay, konfirm-konfirm lah datang dari Grab sendiri. GrabPay ni cepat naik dan femes sebab selalu dikaitkan dengan Grab sendiri. Dengan logo hijau putih yang kita semua dah kenal ditambah lagi dengan tagline #notsoleceh!, siapa je yang tak perasan. 

Dengan GrabPay, korang boleh kumpul points bila korang topup e-wallet tu dan gunakan app e-wallet tersebut untuk bayar tambang Grab. Points yang korang dapat tu pulak boleh ditukarkan dengan diskaun, perjalanan percuma dan banyak lagi tawaran menarik dari GrabRewards. 

GrabPay bukan terhad untuk guna Grab je, korang jugak boleh guna GrabPay untuk bayar makanan kat restoran dan shopping; boleh dapat points dan GrabRewards sekali tau.


2) e-Wallet Touch ‘n Go 




Sape je yang tak kenal dan sape je yang tak de Touch ‘n Go (TNG) ni? Semua orang wajib ada kot, selain guna untuk bayar tol yang tak habis-habis tu, TNG jugak boleh guna untuk bayar parking dan pengangkutan awam macam LRT, MRT dan Bas RapidKL. 

TNG pun of course lah tak nak kalah kan, so diorang pun perkenalkan lah e-wallet TNG diorang baru baru ni. Iklan diorang gempak guys, siap ada SonaOne lagi dengan tagline #TerusGO. Bukan tu je, TNG siap tambah lagi caption “SonaOne pun #TerusGO, you bila lagi?” Ha, memang betul tak nak kalah ni. 

Dengan adanya e-wallet TNG ni, makin senang lah urusan seharian kita. Duit yang ada dalam e-wallet tu boleh guna untuk shopping dan boleh dapat tawaran yang cun-cun sekali. 

Ni part yang paling best, korang boleh link kan e-wallet TNG dengan kad TNG dengan menggunakan sistem PayDirect - boleh bayar tol pakai app terus. Takdelah lepas ni terkial-kial cari kad tol dah!


3) Boost




Tak yakin duit korang boleh selamat dengan e-wallet? Guna lah app Boost kalau macam tu.

Selain menjanjikan transaksi korang akan settle cuma dalam masa 5 saat dengan tagline diorang “Settle la bro!”, e-wallet Boost jugak up kan level keselamatan app diorang di mana korang kena masukkan nombor pin setiap kali nak buat bayaran - tak kisah lah banyak atau sikit.

Boost ni jugak antara e-wallet yang paling femes kat Malaysia sebenarnya, jadi, jangan terkejut lah tiba-tiba amoi suruh korang bayar pakai Boost bila beli sayur kat pasar malam nanti.


4) vcash




Bye bye dompet, aku sudah MOVE ON! - tu dia tagline vcash, korang mampu?

vcash ni merupakan produk terbaru dari DiGi, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.

vcash ni terkenal dengan fungsi penghantaran wang kat sesiapa je yang menggunakan nombor telefon Malaysia, walaupun korang tak pakai DiGi. Penghantaran wang secara online ni tak akan dikenakan sebarang caj penghantaran dan tak mengambil masa yang lama. 

Korang yang pakai vcash ni jugak boleh link kan sekali dengan prepaid credit card dan boleh guna untuk transaksi yang menerima MasterCard.


5) Razer Pay 




Sape yang minat main game konfirm pernah dengar pasal Razer ni. Konsol, gaming laptop, mouse antara gadjet gaming yang dibuat oleh Razer ni. Kali ni diorang kembali dengan produk terbaru - Razer Pay. Jangan salah sangka, Razer Pay ni bukan gadjet gaming tapi adalah sebuah e-wallet yang direka khas untuk budak-budak muda. Tapi korang yang berhati muda pun boleh guna sekali..

Kat Malaysia, Razer Pay boleh digunakan kat 10,000 lokasi terutamanya kat dalam industri makanan dan minuman serta industri hiburan. 

Tak cukup dengan tu, Razer Pay jugak buat kolaborasi dengan U Mobile untuk meluaskan rangkaian servis e-wallet diorang kat seluruh Malaysia - ni betul-betul nak jadi e-wallet paling besar kat Malaysia ni.


Okay, korang pun dah tau 5 e-wallet yang admin pilih, sekarang kita tengok pulak e-wallet mana pulak yang paling best!

 
e-Wallet GrabPay TNG e-wallet Boost vcash Razer Pay
PENGIRIMAN WANG Pengiriman wang boleh dilakukan kat pengguna GrabPay yang lain secara percuma, asalkan penerima ada baki kurang RM500 dalam basic wallet dan RM1500 bagi upgraded wallet Pengiriman wang boleh dilakukan kat pengguna TNG yang lain secara percuma, asalkan ada baki lebih RM200 dalam akaun dan tak melebihi had transaksi harian Pengiriman wang boleh dilakukan kat pengguna Boost yang lain secara percuma, walaubagaimanapun transaksi akan ditolak sekiranya e-wallet penerima sudah penuh, melainkan penerima mempunyai e-wallet premium Pengiriman wang boleh dilakukan kat pengguna vcash yang lain secara percuma, walaubagaimanapun transaksi akan ditolak sekiranya e-wallet penerima sudah penuh Pengiriman wang boleh dilakukan kat pengguna Razer Pay yang lain secara percuma, walaubagaimanapun transaksi boleh ditolak sekirang e-wallet penerima sudah penuh
PENGELUARAN TUNAI Tak boleh dikeluarkan Tak boleh dikeluarkan, melainkan akaun ditutup Pengguna e-wallet Premium hanya boleh transfer duit dari e-wallet ke akaun bank diorang Pengguna e-wallet Premium boleh mengeluarkan wang dari akaun diorang dan dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi Pengguna boleh buat pengeluaran tunai melalui akaun bank pada bila-bila masa
KESELAMATAN Tak perlu masukkan pin untuk sebarang transaksi. 6 digit pin diperlukan untuk melakukan transaksi 6 digit pin diperlukan untuk melakukan transaksi 6 digit pin atau caj jari diperlukan untuk melakukan transaksi Tak perlu masukkan transaksi untuk sebarang transaksi
CIRI TAMBAHAN Point ganjaran akan diberikan untuk setiap transaksi dan point ganjaran tersebut boleh digunakan untuk perjalanan percuma dan makanan percuma di Grabfood Boleh bayar tol menggunakaPayDirect e-wallet yang akan link kan terus ke kad tol. Boleh digunakan secara meluas, termasuk di pasar malam. Bayar bil secara asing pun boleh dilakukan  Boleh bayar bil berasingan Boleh topup guna kad topup yang boleh didapati kat 7-Eleven
  Minimum RM10; Maksimum RM500 atau RM1500 bergantung kepada saiz e-wallet Minimum RM10; Maksimum RM200 atau RM500 bergantung kepada saiz e-wallet Minimum RM10; Maksimum RM200 atau RM1500 bergantung kepada saiz e-wallet Minimum RM10; Maksimum RM500, RM2500 atau RM5000 bergantung kepada saiz e-wallet Minimum RM10; Maksimum RM3000 bergantung kepada saiz e-wallet
 


Dan johan e-wallet kita jatuh kepada…



(siap kasi drum roll lagi tu)


vcash!

...sebab vcash ada banyak ciri tambahan yang takde kat e-wallet yang lain - boleh buat pengeluaran tunai, pengiriman wang, sistem keselamatan yang lagi tip top, ciri tambahan macam boleh bayar bil asing-asing dan saiz wallet yang besar (RM500). Korang hanya perlu upgrade ke e-wallet Premium untuk enjoy semua manfaat ni. 

UPDATE: Sayangnya, vcash tak lama tagi akan bungkus. Perkhidmatan e-wallet ni akan berakhir pada 30 November 2019. Kalau korang ada baki di vcash, korang boleh request refund dengan mengisi borang ni. 



Tapi kan, kalau sekadar banyak ciri-ciri tambahan tapi susah nak guna pun tak boleh jugak kan? Macam apa yang pembaca ni cakap “buat apa ada banyak ciri tambahan kalau tak berguna”. Admin setuju sangat dengan apa yang dia cakap, nak buat apa-apa e-wallet pun, kena pastikan e-wallet tu sesuai untuk digunakan. 
 

Uishh, ramai jugak yang tak puas hati dengan vcash ni rupanya…






Jadi, admin tengok balik e-wallet mana yang paling relevan kat Malaysia ni dan admin buat keputusan untuk pilih antara Boost atau Touch ‘n Go sebab so far, 2 e-wallet ni paling banyak orang guna kat Malaysia. 

Keputusan muktamad - admin rasa Boost paling layak. Tak dinafikan Touch ‘n Go banyak kegunaan dia tapi Boost ada banyak tawaran yang best-best macam  “Shake Reward” dan “Boost Missions” yang buat ramai orang Malaysia terpikat untuk guna e-wallet ni. 

Korang pulak macam mana, setuju tak? Cuba komen sikit kat Facebook Loanstreet

PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi. 
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia