Jom kita tengok gambaran keseluruhan pelan ansuran iPhone For Everyone dan jugak kontrak Telco
Untuk korang yang tak berapa familiar dengan pelan yang kami cakap tadi, boleh rujuk table kat bawah ni. Dekat sini admin senaraikan bende asas yang korang kena tahu pasal dua pilihan instalment ni:
Jenis kontrak | Kontrak Pelan Telco | Kontrak iPhone for Everyone |
---|---|---|
Apa tu? | Program peranti iPhone dalam bentuk kontrak ditawarkan oleh syarikat telco untuk korang bayar tiap bulan secara ansuran | Program peranti iPhone dalam bentuk kontrak ditawarkan oleh syarikat reseller iPhone (Machines) untuk korang bayar tiap bulan secara ansuran |
Macam mana nak langgan? | Pelanggan perlu langgan pelan data & panggilan telco untuk dapatkan pakej kontrak iPhone mengikut tempoh minimum/maksimum kontrak | Pelanggan perlu langgan pakej kontrak iPhone dengan Machines mengikut tempoh minimum/maksimum kontrak |
Ada upfront payment tak? | Ada (bergantung kepada syarat kelayakan ditetapkan oleh syarikat telco) | Ada (bayaran pendahuluan bulan pertama) |
Ada cas tambahan lain tak? | Caj pendaftaran, caj pelan data & talian & kos pos | Bayaran untuk warranty iPhone(Machines Protection Plan) |
Ada interest ke? | 0% kadar faedah | 0% kadar faedah |
Tempoh kontrak (minimum dan maksimum) | Minimum 24 bulan/Maksimum 36 bulan | Minimum 3 bulan/Maksimum 36 |
Penalti lambat bayar bulanan | Ada (bergantung kepada syarat oleh syarikat telco) | Takde (dinasihatkan untuk bayar on-time untuk elak tunggakan) |
Cas terminate kontrak | Ada (mengikut kadar ditetapkan oleh syarikat telco) | Ada (boleh terminate 12 bulan pertama tanpa caj) |
Wajib guna kredit kad tak? | Tak | Tak |
Ada free gifts tak? | Ada | Takde |
Ada perlindungan tambahan tak? | Takde | Takde |
Kami buat perbandingan dengan lebih teliti untuk 2 jenis ansuran tadi dan ada beberapa points yang kami rasa korang kena PEKA sebelum buat keputusan.
Untuk memudahkan lagi perbandingan, kami buat analisa berdasarkan situasi ni. Contohnya, korang nak beli 13 Pro Max 128GB dengan pembayaran ansuran selama 24 bulan. Mana patut korang pilih?
Korang boleh nilai dan buat perbandingan mana yang korang rasa sesuai antara pelan iPhone For Everyone atau pun kontrak telco.
Kalau pilih untuk sign kontrak pelan telco...
Kat bawah ni kami sediakan perbezaan tawaran pelan ansuran antara keempat Telco yang kami sebut tadi:
Jenis iPhone (24 bulan) | Celcom (Easyphone) |
Maxis (Zerolution) |
Digi (PhoneFreedom 365) |
Umobile (UPackage) |
---|---|---|---|---|
iPhone 13 (128GB) | dari RM129/bulan | dari RM79/bulan | dari RM138/bulan | dari RM129/bulan |
iPhone 13 Mini (128GB) | dari RM110/bulan | dari RM66/bulan | dari RM113/bulan | dari RM109/bulan |
iPhone 13 Pro (128GB) | dari RM167/bulan | dari RM105/bulan | dari RM172/bulan | dari RM169/bulan |
iPhone 13 Pro Max (128GB) | dari RM182/bulan | dari RM115/bulan | dari RM187/bulan | dari RM179/bulan |
*pakej ni belum termasuk caj data dan talian telco + cas tambahan lain lagi
Korang boleh tengok harga ditawarkan oleh empat syarikat telco ni berbeza antara satu sama lain. Ni kerana syarikat telco subsidikan harga iPhone yang berbeza sebab nak bagi murah sikit, jadi korang tak terbeban nak bayar sekali dengan langganan pelan data Internet dan panggilan.
Apa yang bagus?
FYI, biasanya harga bulanan phone bawah pelan syarikat Telco macam Maxis, Celcom, Digi dan Umobile, harga bulanan iPhone tu biasanye lebih rendah berbanding kadar instalment lain. Contohnya, dengan Maxis, korang hanya perlu bayar dari RM79 sebulan untuk sebiji iPhone 13 tu . Tapi kalau ambik dengan instalment lain contohnya Senheng, kena bayar RM108 untuk iPhone 13. Nampak tak beza dia?
Pastu, selalunya bila nak buat instalment untuk phone kena ada kredit kad. Ni boleh buat korang punya niat nak membeli tu terbantut. Korang mampu bayar bulan-bulan, cumai takde magic card je. Tapi, dengan kontrak telco, korang tak perlukan kad kredit tu. Setel satu masalah.
Apa yang menarik kebanyakan syarikat Telco ni offer kontrak daripada 24 bulan hingga 36 bulan untuk korang dengan 0% kadar faedah. Hipotesis dia kat sini makin lama tempoh instalment korang, makin murah jumlah bayaran bulanan yang korang kena bayar! Tak perlu lah nak berikat perut setiap bulan.
Nak best lagi korang bukan je bayar untuk iPhone, tapi sekaligus dengan pelan data Internet dan panggilan. Jadi tak perlu bimbang nak cari mana-mana pelan baru untuk iPhone korang sebab sume dah disediakan oleh syarikat telco. Mudah kerja korang.
Tapi…
Apa yang kami perhatikan, kebanyakan pelan dari telco-telco ni takde upfront payment. Jadi korang tak perlu lah pening-pening korek tabung ke apa. Macam best, kan? TAPI, ni mengikut kelayakan lah macam Maxis ZEROLUTION Plan, korang wajib takde bayaran tertunggak dengan Maxis. Kalau tak, akan ada upfront payment.
Selain tu, korang kena patuh dengan syarat asas ditetapkan oleh telco seperti wajib langgan pelan prabayar atau postpaid yang baru guna nama korang. Kalau korang dah selesa pakai pelan prabayar/postpaid sedia ada, mesti rasa berat nak tukar baru sebab iPhone semata kan? Syarat seterusnya korang tak boleh langgan telco lain secara serentak. Jadi kalau rasa macam tak cukup syarat tu, faham-faham lah ye kenape tak layak langgan kontrak iPhone telco.
Kami jugak tak nafikan yang bayaran bulanan untuk iPhone 13 ni nampak macam berpatutan kalau sekali tengok. Tapi jangan lupa, ni tak termasuk caj langganan telco. Ni contoh kos bulanan untuk iPhone 13 Pro Max 128GB Pro Max dari Maxis ZEROLUTION untuk kontrak selama 24 Bulan dengan langganan pelan Maxis Postpaid Share 48 (pelan paling murah):
Kalau korang rujuk gambar kat atas ni, sebulan korang kena bayar RM268. Ni tak termasuk service tax sebanyak 6% dari kos bulanan lagi ye. Kalau sebelum ni korang dah biasa guna pelan prepaid, topup RM30 sebulan, benda ni boleh buat budget korang lari sikit.
Lagi satu, memang tadi kami cakap harga bulanan untuk phone ni lebih murah dari instalment lain, tapi kalau tengok dari segi jangka masa yang lama, korang sebenarnya bayar lebih dari yang sepatutnya.
Kami refer balik contoh yang kami bagi tadi dengan kos RM268 sebulan. Untuk nak cari jumlah kos yang korang akan guna untuk beli iPhone tu, korang kena cari:
Kos iPhone dengan kontrak telco sebulan x tempoh kontrak
RM268/sebulan x 24 bulan = RM6,432
Harga rasmi iPhone 13 Pro Max 128GB: RM5,299
Perbezaan harga = RM1,133
Jadi dekat sini korang boleh nampak long term harga iPhone jadi lebih tinggi berbanding biasa. Kalau keluar iPhone baru, confirm harga dalam pasaran lagi jatuh. Jadi dekat situ korang akan rasa rugi, melainkan korang boleh tutup mata.
Tambah pulak, korang kena pikir setiap telco dah tetapkan syarat jumlah penalti yang korang kena bayar kalau tamatkan atau langgar kontrak pelan iPhone telco awal dari sepatutnya. Jadi korang kena keluarkan duit lebih kalau nak tamatkan kontrak.
Macam mana pulak kalau nak bayar ansuran iPhone 13 guna iPhone For Everyone dari Machines?
Kalau korang nak buat instalment iPhone 13 guna program iPhone For Everyone bawah syarikat reseller Machines, mungkin korang akan ada tanggapan yang buat instalment dengan Machines ni mahal. Sebab premium reseller kan mesti have-have. Haa korang boleh nilai sendiri dekat bawah ni:
Jenis iPhone | Bayaran ansuran bulanan iPhone For Everyone (Machines) untuk 24 bulan |
---|---|
iPhone 13 | RM177/bulan |
iPhone 13 Mini | RM202/bulan |
iPhone 13 Pro | RM255/bulan |
iPhone 13 Pro Max | RM275/bulan |
Apa yang bagus?
Kebaikan guna program di bawah Machines ni adalah korang hanya perlu bayar untuk peranti iPhone je. Tak perlu langgan dan terikat dengan kontrak pelan telefon macam Telco. Jadi, kat sini kos korang kurang sikit.
Macam kontrak telco, Machines jugak bagi korang buat bayaran ansuran secara 0% kadar faedah dan boleh buat instalment sehingga 36 bulan. Macam yang admin cakap sebelum ni, makin lama tempoh instalment korang, makin murah bayaran bulanan. Contohya untuk sebuah iPhone 13 Pro Max, kalau langgan selama 24 bulan harga bulanan dia adalah RM275. Tapi kalau 36 bulan, harga bulanan akan turun jadi RM206. Maksudnya kat sini, korang ada pilihan untuk decide mengikut kemampuan kewangan korang.
Selain tu, program iPhone For Everyone jugak memudahkan proses instalment dengan bagi korang bayar tanpa guna kredit kad. Tiap-tiap bulan maklumat pembayaran akan masuk dekat emel korang, tinggal tekan link url je dan korang akan terus ke page FPX (Financial Process Exchange) untuk buat pembayaran. Senang, semua di hujung jari!
Lagi syiok bila korang boleh tamatkan kontrak awal untuk 12 bulan pertama tanpa caj tambahan pun! Jadi, senang la kalau korang tetibe rasa tak serasi dengan iPhone baru ataupun tetiba kewangan korang terjejas ke.
Tapi…
Korang kena keluar duit lebih la kalau nak beli iPhone under Machines ni bila nak buat instalment sebab ada purchase with purchase (PWP) - diskaun untuk pembelian kedua. Maksud dia dekat sini kalau korang beli iPhone 13 Pro Max dengan Machines, korang WAJIB beli jugak Machines Protection Plan (MPP) sebagai PWP.
MPP ni tujuan dia untuk cover sebarang kerosakan iPhone selama 2 tahun, tapi kena bayar lebih la sikit bulan pertama tu. Korang kena bayar RM949 untuk MPP pada bulan pertama sahaja sekali dengan bayaran pendahuluan. Korang boleh tengok jumlah bayaran MPP dekat bawah ni:
Pastu, Kalau tengok jumlah kos yang korang bayar untuk phone ni, dia masih dikira tinggi dari harga pasaran.
Kos iPhone 13 Pro Max 128GB sebulan (iPhone For Everyone) x tempoh kontrak
RM275/sebulan x 24 bulan = RM6600
Harga rasmi iPhone 13 Pro Max 128GB: RM5299
Perbezaan harga adalah: RM1301
Lagi satu perkara yang boleh buat turn off ialah program iPhone For Everyone ni hanya untuk mereka yang memegang IC warna biru berumur 25 tahun hingga 64 tahun. Susah sikit la untuk adik-adik bawah 25 tahun yang nak guna pelan ni sebagai alternatif.
Pelan iPhone For Everyone atau Kontrak Telco, mana yang lagi berbaloi?
Sekarang korang dah nampak perbezaan jelas antara dua pelan ni, mana korang rasa paling sesuai untuk langgan dan ada komitmen?
Lepas segala penilaian, kami suggest korang untuk try ambik pelan iPhone For Everyone untuk beli iPhone 13 tu. Sebabnye harga keseluruhan iPhone dibawah pelan bayar ansuran Machines ni lagi rendah dan tetap, walaupun ada bayaran extra untuk MPP.
Kos MPP tu pun kami rasa berbaloi sebab iPhone ni acah-acah manja sikit. Kos repair dia pun tak murah ye. Contoh, korang nak tukar bateri penuh iPhone 12 Pro Max sebab dah buat hal, tukar kat kedai kena bayar RM399, tapi kalau ada MPP, korang keluarkan RM46 je. Lagi lah berbaloi!
Selain tu, korang jugak diberi peluang untuk terminate kontrak untuk 12 bulan pertama TANPA CAJ. Manalah tau tetiba rezeki tak masyuk, terpaksa pakai duit untuk benda lain ke atau kalau korang ubah fikiran rasa cam tak best je iPhone 13 ni, takdelah rasa sakit poket tu.
Kalau dengan syarikat telco ada cas termination awal yang berbeza, so pilihan yang lagi fleksibel dekat sini adalah Machines. Dekat bawah adalah contoh kalau korang sign kontrak telco untuk iPhone 13 Pro Max 128GB selama 24 bulan, lepastu bulan ke-7 korang decide nak tamatkan kontrak:
Jenis Kontrak Telco | Cas Tamatkan Kontrak Awal | Jumlah penalti |
---|---|---|
Celcom (Easyphone) | Harga retail iPhone/24 bulan x bulan ke-8 = JUMLAH | RM3599/24 x 8 = RM1199 |
Maxis (Zerolution) | Harga retail iPhone/24 bulan x bulan ke-8 = JUMLAH | RM3599/24 x 8 = RM1199 |
Digi (PhoneFreedom 365) | Harga retail iPhone/24 bulan x bulan ke-8 + RM100 cas admin = JUMLAH | RM3599/24 x 8 + RM100 = RM1299 |
Umobile (UPackage) | Harga retail iPhone - (Cas bulanan untuk peranti x bulan ke-8) = JUMLAH | RM3599 - (RM131 x 8)= RM2551 |
*cas dikira bulan ke-8 sebab termasuk dengan bayaran bulan pertama
Nampak tak dekat sini Machines lagi berbaloi sebab bulan ke-7 masih lagi boleh terminate tanpa sebarang cas tambahan!
Lagi satu, korang boleh maintain pelan telefon yang korang dah selesa guna pada waktu lama.Nak tukar pelan data Internet dan panggilan tu rasa berat sikit. Bukan apa, nanti kalau tak sesuai jadi satu hal pulak sebab dah terikat dengan kontrak syarikat telco. Kang tak bayar kena blacklist dari syarikat telco, kuar la rekod korang dalam CTOS.
Dah jadi macam ni susah la korang nak dapat approval kalau nak buat pinjaman kereta atau rumah di masa akan datang sebab kesihatan kredit kurang baik. Korang boleh tengok cara nak skor kredit cemerlang dekat SINI.
Walaupun korang ada pilihan camni, kami rasa, kalau nak lagi bagus, belilah secara tunai supaya takde hutang-hutang yang tak penting. Orang kata, hidup ikut kemampuan. Bukan nak berkhutbah tau, nak bagi peringatan je. Korang kan dah besar.
Selamat berpre-order iPhone 13 baru!
BACA JUGAK:
- Telco Mana Yang Offer Pelan Postpaid Paling BERBALOI kat Malaysia?
- Platform Streaming Mana Paling BERBALOI Kat Malaysia?
- DUIT ROSAK/Koyak Masih ADA NILAI. Ni Nilai Pertukaran Dari BNM