In case korang masih mencari nak langgan platform streaming yang mana satu, meh jemput baca artikel ni. Admin akan compare antara 8 platform streaming ni - Netflix, Hotstar (Disney+), Viu, Apple TV, Prime Video, dimsum, HBO GO dan WeTV iflix.
Aspek #1: Harga pelan & boleh share bape devices
Biasa lah orang Malaysia, memang first akan tengok dulu harga before beli. Jom kita tengok satu persatu - mula dengan Netflix. Kalau nak tahu, Netflix tawar harga sesuai ikut berapa banyak peranti boleh guna (semakin banyak devices, semakin mahal lah dari RM17 hingga RM55!). Kalau reramai share dan beli premium, sorang kena bayar sebanyak RM13.75.
Sumber imej: Netflix
Untuk Disney+ Hotstar, pelan langganan adalah sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan - mahal sikit dari Netflix sebab boleh kongsi 2 devices je. Kiranya, sorang kena bayar RM9.15 sebulan. Kalau Apple TV+, kena ada produk Apple lah - sebulan pun bayar sebanyak RM19.90. Quite untung gak lah sebab boleh ada 6 devices (sorang bayar RM3.32!). Free selama 1 tahun kalau korang baru beli produk Apple!
Viu, dimsum dan WeTV iflix - tetiga platform streaming ni ada yang free tapi content agak limited. Nak unlimited punya, kenalah bayar.
Kalau korang guna Viu, boleh pilih bayar RM12.90 untuk sebulan, RM48 untuk 6 bulan atau RM88 untuk setahun. dimsum pulak kena bayar RM8.90 sebulan untuk pakej VIP dan RM14.90 sebulan untuk pakej family VIP. Dedua ni boleh stream kat 5 devices, jadi sorang boleh bayar RM2.58 (Viu) atau RM1.78 (dimsum). Untuk WeTV iflix, korang boleh pilih untuk bayar sebanyak RM8.90 sebulan atau RM21.90 setiap 3 bulan atau RM74.90 setahun. Kalau share, sorang kena bayar RM4.45 sebulan.
Kalau korang nak langgan HBO GO, korang hanya perlu bayar sebanyak RM34.90 sebulan atau 3 bulan terus dengan RM89.90 (agak mahal unless ada Astro!). Kalau share pun, sorang still kena bayar RM17.45.
Prime Video pulak tawar harga US$5.99 sebulan (mahal sikit dari Apple TV+ tapi lagi murah dari HBO GO!). Harga boleh berubah semasa ke semasa ikut currency exchange dari dollar ke Ringgit Malaysia. Kiranya, bertambah murah lah kalau korang share.
Jenis Platform Streaming | Jenis Pelan | Bilangan devices boleh stream |
---|---|---|
Netflix | RM17 - RM55 (1 bulan) | 4 |
Disney + Hotstar | RM54.90 (3 bulan) | 2 |
Viu | Free (limited) RM12.90 (sebulan) RM48 (6 bulan) RM88 (1 tahun) |
5 |
dimsum | Free (limited) RM8.90 - pakej VIP RM14.90 - pakej family VIP |
5 |
WeTV iflix | Free (limited) RM8.90 (sebulan) RM21.90 (3 bulan) RM74.90 (1 tahun) |
2 |
Apple TV+ | RM19.90 (1 bulan) | 6 |
HBO GO | RM54.90 (1 bulan) RM89.90 (3 bulan) |
2 |
Prime Video | USD5.99 | 6 |
Aspek #2: Jenis movie dan Tv shows yang ada
Lepas tu, kena tengok jenis content yang ada dan beli yang korang minat - cerita Hollywood, Bollywood atau Kdrama. Jangan melanggan kalau kurang dengan pilihan yang ada.
Katakan, korang langgan WeTV iflix atau Viu tapi membazir je sebab tak bukak. Kalau binge watch pun, korang bukak website illegal untuk tengok Grey’s Anatomy dan The Good Place. Kalau camtu, baik subscribe dengan Netflix je.
Ni admin ringkaskan jenis movie dan tv shows yang ada kat setiap platform streaming:
Jenis Platform Streaming | Jenis Movie & TV Show | Contoh |
---|---|---|
Netflix | Netflix original, cerita Melayu, Hollywood, Bollywood, Kdrama, Jdrama, Anime & Kartun | Bridgerton, Money Heist & Hospital Playlist |
Disney + Hotstar | Disney+ original, cerita Hollywood, Melayu, Bollywood & Kartun | Wandavision, Black Widow & Ejen Ali |
Viu | Viu original, cerita Melayu, Kdrama, Jdrama, Thailand, Anime & Kartun | Running Man, The Devil Judge, Gol & Gincu 1 & 2 |
dimsum | Cerita Kdrama, Jdrama, Bollywood, China, Taiwan, Singapura, Hong Kong & Thailand | My Hero Academia & Scarlet Heart |
WeTV iflix | WeTV iflix original, cerita Melayu, Kdrama, Jdrama, China, Indonesia, Hong Kong & Thailand | Bidadari Salju, Takdir Yang Tertulis & KL Gangster Underworld |
Apple TV+ | Apple TV+ original, cerita Hollywood, Kdrama & Jdrama | The Morning Show & Defending Jacob |
HBO GO | HBO GO original & cerita Hollywood | Friends: The Reunion, The White Lotus, Gossip Girl & Justice League: The Snyder Cut |
Prime Video | Amazon original & cerita Hollywood | The Boys, The Marvelous Ms Maisel & Good Omens |
Sumber: Direct
Kalau korang lebih prefer cerita-cerita Kdrama, Jdrama, China atau Thailand, better korang langgan WeTV iflix, Viu atau dimsum. Ni sebab, drama-drama dari negara-negara ni takkan ada kat Netflix atau Disney+ Hotstar melainkan kalau mainstream - pilihan limited sikit.
Untuk peminat-peminat superhero, lagi-lagi Marvel, memang Disney+ Hotstar lah korang akan pilih. Dari movie-movie yang dulu sampai Wandavision, The Falcon and Winter Soldier, Loki dan Black Widow yang baru keluar pun ada. Memang takkan miss lah!
Lagi satu, platform-platform streaming ni pun akan ada original content diorang tersendiri. Netflix memang pakar dalam hal ni kalau nak banding dengan Apple TV+, HBO GO, Prime Video dan Viu. Diorang yang keluarkan trilogi To All The Boys I’ve Loved Before dan The Kissing Booth. Dan, diorang pun akan buat tv shows untuk anime dan kartun macam The Death Note dan Avatar: The Last Airbender (admin pun tak sabar pasal ni!).
Aspek #3: Kelebihan-kelebihan lain
Kalau korang prefer ketua segala platform streaming Netflix - memang best. Korang boleh tengok tanpa sebarang gangguan (takde iklan!). Siap boleh download lagi dan tengok bebila masa. User interface dan experience pun boleh tahan, senang je lah nak navigate untuk new user.
Yang bestnya untuk mak ayah, boleh set up parental control untuk anak-anak (takde lah diorang terbukak yang tak sepatutnya!). Korang pun boleh buat watch party via Netflix kalau guna Teleparty (sebelum ni Netflix Party!). Kalau ada cerita yang takde, korang siap boleh suggestion untuk Netflix consider.
Disney+ Hotstar pun lebih kurang sama. Cuma, user interface ngan experience dia kurang sikit. Kurang smooth sikit bila nak binge watch movie atau tv show.
Untuk Viu pulak, kena jadi premium member dulu baru korang boleh download movie atau tv shows. Yang annoyingnya dengan Viu ni banyak sangat iklan pop-up kalau korang guna secara free. Lagi satu, susah sikit nak navigate app dia (tak friendly sangat!). Lebih kurang sama lah dengan WeTV iflix. Kalau korang nak tahu, search function kat WeTV iflix cam lebih kurang YouTube (bukan setakat movie atau tv shows je!).
Tambahan lagi, dimsum pun lebih kurang sama. Korang boleh download dan tengok tanpa iklan kalau jadi premium member. Dan, korang boleh set up parental control jugak!
Tak dilupakan jugak Apple TV+ - korang pun boleh download segala bagai ni. Yang tak bestnya, dia tak inklusif sangat sebab kena beli produk Apple. Yang takde, memang tak boleh nak langgan lah.
Memang tak sama dengan Prime Video dan HBO GO, korang tak perlu beli barang-barang Amazon atau HBO pun untuk beli. Boleh terus buat akaun, takde susah-susah. Diorang pun benarkan parents kawal apa yang anak diorang tengok. Bak kata orang, senang lah guna.
Jadi, platform streaming mana yang paling BERBALOI?
Admin rasa cam sudah terang, lagi bersuluh yang platform streaming paling berbaloi adalah Netflix. Yayy!
Tak mengejutkan pun sebenarnya Netflix memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Selain boleh share-share 1 akaun, korang boleh buat watch party ramai-ramai. Dia jadi lebih meriah. Platform-platform streaming lain cam tak berapa nak sama standard dengan Netflix dalam hal ni.
Selain tu, harga dia memang berpatutan dengan servis yang ada. Katakan korang beli yang pelan paling murah (RM17) tapi ada banyak tv shows dan movie yang boleh dipilih. Kat mana lagi boleh dapat, kan?
Dan, setiap bulan akan ada benda baru yang ditambah naik - original content, movie atau tv shows baru dan yang lama. Yang pasti, memang takkan sendup - akan sentiasa ada benda baru yang korang boleh tengok. Platform-platform streaming yang lain bukan camni, cerita baru masuk macam kengkadang ada, kengkadang tak.
Hah, korang pulak rasa platform streaming mana yang berbaloi? Share sikit pendapat dan pengalaman korang dengan admin kat ruangan komen FB ni. Selamat ber-binge watch!
BACA JUGAK:
PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.