“Sellotape jelah duit tu. Kan boleh guna lagi…”
Eceli kan… kalau ikutkan undang-undang, korang dah TAK BOLEH guna duit yang koyak tu. Duit kertas yang rosak ni tak sepatutnya diedarkan sebab ianya tak lagi dianggap sebagai tender yang sah. Yang tak biasa dengar tu, tender sah ni merujuk kepada duit (wang kertas dan duit syiling) mengikut syarat yang dinyatakan oleh undang-undang sebagai pembayaran yang sah untuk hutang dan komitment kewangan yang lain.
Kalau tengok Seksyen 24 Akta Bank Negara Malaysia 1958, dia cakap:
1) Nota yang dikeluarkan oleh Bank hendaklah, jika nota tersebut tidak dicacatkan, menjadi tender sah di Malaysia dengan nilai muka untuk pembayaran sejumlah apa pun.
2) Duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank hendaklah, jika syiling tersebut tidak dirosakkan, menjadi tender sah di Malaysia pada nilai nominalnya.
Tapi, Akta ni dah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta baru iaitu Akta Bank Negara Malaysia 2009. Kat bawah ni petikan di bawah Seksyen 100:
Walau apa pun pemansuhan Akta Bank Negara Malaysia 1958:
(g) wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan dan merupakan tender yang sah sebelum perlaksanaan Akta ini akan terus menjadi tender sah di Malaysia pada nilai muka seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 24 Akta yang telah dimansuhkan ….
Secara simplenya, kalau duit korang tu dalam keadaan baik (tak rosak atau cacat), duit tua sesuai untuk (diedarkan) digunakan. Kalau tak, korang disarankan untuk tak gunakannya dah. Simpan tepi dulu. Lagi pun, selalunya kedai akan elak terima duit yang rosak sebagai pembayaran.
Camne nak tahu kalau duit tu SESUAI UNTUK EDARAN ke tak?
Kalau korang nak tahu, BNM bertanggungjawab untuk jaga kualiti dan integriti mata wang Malaysia untuk edaran awam. So, diorang kena pastikan duit yang diedarkan di pasaran dijaga pada tahap yang diinginkan untuk elakkan masalah duit palsu atau penipuan.
Menurut BNM, duit kertas/ duit syiling Malaysia yang dianggap SESUAI UNTUK EDARAN kena penuhi SEMUA kriteria ni:
Duit Kertas | Duit Syiling |
---|---|
|
|
Kalau korang rasa cam susah nak bayang point-point kat atas tu, jangan pening. Bank negara ada sediakan contoh duit kertas dan syiling yang TAK memenuhi standard kualiti yang ditetapkan dan tak lagi sesuai untuk edaran macam kat bawah:
Untuk lebih banyak contoh duit kertas dan syiling yang tak sesuai, boleh rujuk Garis Panduan dari BNM tentang Garis Panduan Standard Kualiti Mata Wang Malaysia.
Tapi, korang tahu tak yang duit kertas/syiling Malaysia yang rosak masih ada nilai?
... jadi jangan buang duit-duit yang rosak tu dulu. Korang masih boleh tukar duit tu dengan duit yang baru atau sesuai. Korang boleh pergi ke mana-mana bank (ada caj) atau kalau nak PERCUMA, boleh pergi mana-mana cawangan BNM untuk buat pertukaran.
Nilai pertukaran akan ditentukan menggunakan garis panduan kriteria penilaian dari BNM:
Sementara tu, untuk duit syiling yang rosak, nilai muka penuh akan diberikan kalau syarat kat bawah ni dipenuhi:
- Duit syiling tu tulen.
- Reka bentuknya dikenali.
- Mutilasi atau kerosakan disebabkan oleh kemalangan atau lelasan.
Kalau korang ada pertanyaan lebih lanjut, kami cadangkan korang untuk hubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Mata Wang BNM. Boleh call diorang kat + 603-26988044 samb. 7284/7307/8252/8278, atau call BNMTELELINK kat 1-300-88-5465 atau hantar e-mel je lah kat bnmtelelink@bnm.gov.my.
NOTA: Waktu operasi kaunter pertukaran ibu pejabat dan pejabat cawangan BNM mungkin bertukar musim Covid ni, jadi call diorang dulu untuk kepastian.
"Okay, faham. Kalau duit kertas yang saya dapat tu palsu, boleh ke nak tukar?”
Malangnya tak. Menurut BNM, duit kertas palsu takde nilai, so tak dapat nak ditukarkan pada yang duit yang baru atau sesuai. Tapi, tak bermaksud benda ni mission impossible. Cumanya proses mungkin akan lebih panjang sebab kena libatkan peguam bagai semua.
Jadi pasni, kalau ada dapat duit palsu (jarang lah nak berlaku), korang kena ambik perhatian siapa yang bagi duit tu pada korang. Jangan sentuh-sentuh duit tu; terus masukkan ke dalam sampul surat, dan buat laporan polis secepat mungkin. Dan satu perkara lagi, JANGAN CUBA untuk bagi/edar duit tu kat orang lain sebab perkara ni dikira sebagai kesalahan yang serius. Ya, walaupun korang tak terlibat dalam aktiviti mencetak duit palsu tu.
Kalau nak tahu lebih lanjut cara nak handle duit palsu, refer artikel ni: Wanita Dapat RM50 Palsu Dari ATM. Apa Nak Buat Kalau Korang Kena?
Kami harap artikel ni membantu sedikit sebanyak. Jangan lupa untuk kongsi dengan keluarga, sedara mare, pakwe, makwe, jiran dan kawan-kawan, supaya diorang pun tahu yang tak semua duit kertas/syiling yang rosak tu takde nilai.
Sebab tulah penting untuk kita peka dan periksa duit kertas dan duit syiling dari semasa ke semasa, terutamanya sekarang bila boleh guna kad kredit, debit kad atau e-wallet untuk penuhi keperluan dan gaya hidup. Kalau fikir balik, agak jarang lah kita nak guna cash sekarang ni, kan? Tapi sekurang-kurangnya, mana lah tahu nasib tak baik, dapat duit kertas/syiling yang rosak, korang tahu dah apa nak buat.
Ada tak diantara korang yang pernah buat pertukaran duit rosak? Kongsilah dengan kami pengalaman korang kat bahagian komen FB Post, KAT SINI.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: Telco Mana Yang Offer Pelan Postpaid Paling BERBALOI kat Malaysia?