Perbandingan harga, mana yang murah dan berbaloi?
Telco | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
CELCOM (Xpax Postpaid) | UMOBILE (U Postpaid™️) | DIGI (Digi Postpaid) | MAXIS (Maxis Postpaid) | UNIFI (unifi Mobile Postpaid) | YES (Yes Infinite) | |
Harga Pelan Postpaid | RM40 (20GB) - RM75 (Unlimited) | RM38 (60GB) - RM98 (1TB) | RM40 (30GB) - RM135 (135GB) | RM78 (60GB) - RM188 (120GB) | RM39 (30GB) - RM89 (Unlimited 5G + 4G) | RM58 (Unlimited 5G + 4G) - RM178 (Unlimited 5G + 4G) |
Purata Harga Per GB | RM2.00 - | RM0.63 - RM0.10 | RM1.33 - RM1.00 | RM1.30 - RM1.57 | RM1.30 - | - |
Harga pelan prepaid dengan unlimited data | Bermula pada harga RM35 | Bermula pada harga RM25 | Bermula pada harga RM40 | - | Bermula pada harga RM35 | Bermula pada harga RM30 |
*Perbandingan harga bagi pakej-pakej khas seperti pakej family tidak disertakan sekali.
Telco mana satu korang rasa paling best, UMobile ke Celcom?
Kalau tengok perbandingan pakej kat atas ni, kita boleh nampak yang purata harga per GB untuk Celcom terpaling mahal. Tapi, kalau tengok sekali imbas memang nampak murah - diorang ada pelan dengan harga serendah RM40 je untuk 20GB internet. Dan, kalau kita kira purata harga per GB, diorang charge RM2.00 untuk 1GB. Mahal!
Baik pilih YES Infinite! Walaupun nampak mahal, tapi itulah pelan postpaid yang paling berbaloi. Bayar RM58 je, tapi dapat data tak habis!
So, kalau tanya Min, dari segi harga, Yes Unlimited paling berbaloi.
Nak tengok pelan postpaid UMobile full? Okay, boleh klik kat sini.
Macam mana pulak dengan kelajuan telco postpaid tu?
Sumber imej: Open Signal
Ha, terkejut tak tengok report daripada Open Signal ni? Ni bukan report main-main tau, betul sahih!
Macam yang korang tengok, antara semua syarikat telco kat Malaysia, Digi #1 terpaling pantas (kelajuan muat turun purata 20.5Mbps). Kedua, Maxis (19.2Mbps) dan UMobile jatuh pingat gangsa (12.8Mbps).
Walaupun tak dapat masuk top 3, Unifi (12.5Mbps) dengan Yes (10.9Mbps) pun not bad jugak! Beza sikit je dengan pingat gangsa tu. So, boleh kira masih laju lah kalau korang nak download movie atau update games (game sekarang pulak, semua saiz besar-besar, kan!).
Tapi, macam yang korang tengok, Celcom terpaling corot! Patutlah sekarang ni ramai pengguna Celcom komplain internet lembab. Rupanya, memang terbukti download speed paling rendah.
So, kalau korang bandingkan dengan harga atas tadi, walaupun Celcom nampak macam berbaloi, tapi slack dia speed pulak (walaupun sekarang ni Celcom diiktiraf sebagai rangkaian mudah alih terbaik Malaysia). Dulu okay je kelajuan dia, misteri betul sebab diorang ada je pencawang internet
So dalam kategori download speed, Digi menang!
Jangan lupa pasal kadar liputan telco.
“Tapi Admin, apa kaitan kelajuan internet dengan liputan pulak?”
Meh Admin terangkan...
Benda ni penting kalau korang tak nak line yang sejenis suka cari gaduh. Sebelum pilih telco, pastikan telco tu ada line yang kuat kat kawasan rumah, pejabat dan kampung korang. Takde lah jadi macam kes sis ni:
So, nak elakkan korang jadi macam sis tu, kat sini Admin ada compile-kan peta coverage untuk setiap telco. Senanglah nak tau lokasi korang ada line atau tak.
UMobile
Sumber imej: nperf
Liputan UMobile dulu mostly bertumpu kat kawasan belah pantai barat Semenanjung je. Tapi, sekarang dah mula ada coverage dekat belah pantai timur, cumanya tak se-power macam pantai Barat lah. Untuk Sabah dan Sarawak, admin cadangkan korang pilih telco lain je lah.
Celcom
Sumber imej: nperf
Celcom power! Dia punya liputan memang besar, cover Semenanjung dan jugak di Sabah dan Sarawak. Apa yang Admin boleh katakan, ni telco yang paling selamat untuk korang guna, terutamanya untuk korang jenis yang suka jalan-jalan cari makan ke seluruh Malaysia.
Digi
Sumber imej: nperf
Digi pun not bad jugak! Macam korang boleh tengok, walaupun coverage DiGi lebih tertumpu kat kawasan Lembah Klang di bahagian Semenanjung, coverage dia pun okay kat kawasan bandar di negeri-negeri lain. Sama jugak kalau dekat Sabah dan Sarawak. Korang yang duduk di kawasan bandar akan akan dapat coverage lebih baik dari kawasan pendalaman.
Maxis
Sumber imej: nperf
Maxis pun lebih kurang macam Celcom. Cumanya, liputan Maxis tak sebesar Celcom, dan tak terlalu tertumpu macam Digi. Dan sejak 2018 lagi, diorang berjaya sediakan line melebihi 90% untuk para pengguna di seluruh Malaysia. Tapinya, ni cuma anggaran perkiraan diorang. Macam yang kita tau, kadar liputan jugak bergantung dekat bentuk muka bumi, jenis phone dan had sistem.
Unifi
Sumber imej: nperf
Unifi malangnya agak mengecewakan. Coverage sangat kecil. Walaupun line dia ada dekat bandar-bandar besar seluruh Malaysia, tapi nanti memang korang akan stress bila balik kampung. Di kawasan-kawasan pedalaman, Unifi tak ada coverage. Kiranya, unless korang punya kampung halaman dekat KL atau bandar besar, then boleh lah nak consider Unifi.
YES
Sumber imej: nperf
YES ni pun sama ‘pe-el’ dengan Unifi. Walaupun gunakan teknologi 5G, tapi line coverage dia pun tak luas. Kalau dekat kawasan bandar, memang riang gembira lah Internet laju je. Tapi, tu lah kalau balik kampung, nak hantar whatsapp pun entah-entah tunggu 10 minit. So, kalau korang jenis yang suka travel, atau duduk di kawasan luar bandar, tak payah lah pilih YES.
Fuh, dah macam belajar geografi dah, tengok-tengok peta ni!
So, kat sini Admin boleh cakapkan, dari segi line coverage, Celcom lah dapat pingat emas.
Tapikan, apa guna line coverage luas kalau line 4G tak konsisten?
Sumber imej: Open Signal
Okay, bila dah tahu pasal kawasan yang ada liputan, sekarang korang kena tau pulak pasal kekuatan liputan tersebut. Senang je nak faham, semakin besar liputan, semakin laju internet. Sebab tu lah semua orang berlumba-lumba nak dapat liputan 4G/LTE.
Walaupun sekarang ni telco Malaysia dah start nak buat line 5G, tapi yang tu kita ketepikan dulu lah ya. Sebabnya, kalau nak dapatkan line 5G, korang kena tukar jenis phone yang support 5G (macam iPhone, Huawei Mate, dan lain-lain). Dan, macam line YES, kena tukar simcard lagi.
So, disebabkan Admin nak jadikan info ni lebih inclusive, jadi kita compare-kan line 4G je, ok.
Kalau nak pilih telco, korang kenalah pilih telco yang mampu sediakan liputan 4G/LTE secara konsisten. Kalau ikutkan carta kat atas ni, kita boleh tengok Celcom (9.1), Digi (8.5) dan Maxis (8.5) mempunyai tahap ketersediaan 4G paling tinggi. Unifi (6.9) dengan YES (6.9) pulak seri, berada di tangga tercorot antara lima telco ni.
So, kalau nak line yang stable dan konsisten setiap masa di mana saja, pilihlah Celcom!
Apa pulak review pengguna?
Tadi dah sedap kan kita sembang pasal telco, sekarang kita fokuskan dekat pengalaman pengguna pulak. Nak tahu jugak, betul ke apa yang ditawarkan oleh telco-telco ni? Ke propa je sebenarnya?
Admin nak start dengan UMobile. UMobile ni memang terkenal lah dengan isu takde line. Kalau tengok kat media sosial, ramai pengguna lain merungut pasal isu yang sama. Bukan tu je, kalau ada sebarang gangguan/isu teknikal, telco ni buat dek je, takde pun nak acah-acah rapatkan silaturahim. Bila pengguna dah mengamuk baru lah terhegeh-hegeh jelaskan.
Sumber imej: Twitter
Seterusnya, Maxis! Habislah korang sebab telco ni paling banyak dibawangkan. Daripada apa yang admin dengar orang sekeliling bawangkan, internet dia selalunya ons je, takde banya problem sangat pun. Tapi, kalau korang ingat, dulu-dulu, ramai yang cakap telco ni suka sedut duit pelanggan dalam diam dan sekarang ni katanya, Maxis punya customer service pun tak berkualiti.
Pastu, kalau tak silap admin, DiGi pun dulu ada masalah lebih kurang sama macam Maxis jugak. Ingat lagi tak dulu ada sorang brader ni mengamuk kat pejabat DiGi sampai pecahkan tingkap pakai kayu golf. Admin tak pasti kalau isu yang sama masih ade lagi ke tak sebab sekarang, rata-rata aduan yang admin dengar, telco ni ada masalah kekuatan signal. Sekejap okay, sekejap tak.
Unifi ni pun daripada dulu sampai ke sekarang, sentiasa ada masalah internet. Ramai kata lambat dan tak macam yang dijanjikan. Kalau korang tengok Facebook Unifi pun, boleh tahan ramai gak lah yang komen tak puas hati.
Bila cakap pasal Celcom ni, isu yang sama je admin dengar; MAHAL GILA. Mungkin sebab target pelanggan Celcom ada golongan berduit macam yang dah bekerja? Walaupun mahal, satu benda pasal telco yang admin suka adalah, kalau ada masalah/gangguan/isu teknikal, diorang akan maklumkan terus kepada pengguna (tak semua telco buat!). Contohnya:
Kan sejuk hati kalau ada orang maklum kan, takde lah rasa diri tu dibiarkan terkontang-kanting. Tak gitu?
YES macam mana pulak? Well, macam kita tengok kat atas tadi, line coverage 4G dia tak besar. So, itulah masalah utama YES. Dia punya teruk tu, sampai ada artikel keluar mengutuk servis YES. Katanya, customer service pun tak membantu. Dan, kalau tengok Facebook diorang, ramai pengguna cakap line akan terganggu kalau dalam bangunan tinggi atau shopping malls. So, tu salah satu kelemahan dia jugak lah.
Jadi, mana yang menang?
Kalau kita tengok reviews, Celcom jarang ada complaint pasal line, cuma harga mahal je. Line telco lain, ada je pengguna tak puas hati line phone tiba-tiba ghaib atau isu ‘sedut duit’. So, kita boleh cakap, Celcom menang lagi lah dalam kategori ni.
Jadi, telco mana yang menang?
At this point, korang mesti dah macam boleh agak kan siapa menang? Jawapannya, adalah… Celcom!
Sebelum korang marah, ada sebab kenapa admin pilih Celcom:
Sebab pertama, walaupun pelan Celcom nampak mahal sebab bermula dengan harga RM80, korang kena tengok jumlah GB yang diberikan dan harga purata setiap GB jugak. Walaupun kira purata, UMobile paling jimat, tapi Celcom tempat kedua terjimat.
Janganlah sebab korang nampak ada pelan yang lebih murah, korang rasa pelan tu lagi berbaloi. Mungkin harga purata GB dia jauh lagi mahal sebenarnya.
Sumber imej: Sarawakvoice
Lagi satu, Malaysia ni tergolong dalam kalangan kumpulan yang banyak guna internet (heavy user data group) sebenarnya. Menurut Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), pengguna internet naik sungguh pada tahun 2020 (88.7%) dari 2018 (87.4%) - naik 1.3%. Majoriti semua guna untuk komunikasi, sosial media dan tengok video.
Jadi, kalau kita ambik kira gaya hidup rakyat Malaysia, Celcom ni sebenarnya sesuai sangat. Walaupun download speed Celcom tak selaju Digi ataupun Maxis, tapi internet dia lebih konsisten daripada telco yang lain. Rangkaian 4G/LTE dia pun antara yang top-tier!
Pada Admin, better lah macam tu! Lagi bagus ada internet yang stable di mana saja pelusuk Malaysia daripada internet kejap ada kejap takde macam chipsmore tu.
Baru lah korang boleh main Genshin Impact smooth je, takde sangkut-sangkut. Stream Netflix pun masih ons! Kalau drive dari Johor sampai ke Kelantan, ada je line power.
Sumber imej: Nikkei Asia
Sebab ketiga, kita sebagai pengguna, konfirm nak servis khidmat pelanggan yang tiptop, kan? Admin rasa Celcom sangat utamakan kualiti servis khidmat pelanggan diorang. Buktinya, kalau ada gangguan/isu teknikal, Celcom akan maklumkan siap-siap dekat pengguna.
Mungkin betul lah harga pelan Celcom tak semampu miliki macam telco lain, tapi bukan ke tujuan utama kita langgan pelan postpaid ni sebab nak dapat kuota Internet yang berbaloi dengan harga? Jadi, Admin rasa, lagi better bayar lebih asalkan dapat servis Internet, coverage, quota dan customer service yang bagus.
Korang pulak macam mana?
Share kat kawan dan keluarga korang. Tengok apa kata diorang. Mungkin ada yang dah pernah guna Celcom jugak? Cuba tanya testimoni diorang.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi.
BACA JUGAK: