Jadi, sebelum korang nak ambik ejen hartanah, pastikan ejen korang:
1. Ada pengesahan daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH)
Sumber Imej: iqiglobal|Pembantu Ejen Harta Tanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA). Apa Beza Mereka?
Ejen hartanah yang disahkan sepatutnya akan pakai tag pengenalan LPPEH, dan bukan tag syarikat. Tag ni hanya dikeluarkan oleh LPPEH untuk mereka layak bergelar Real Estate Negotiator (REN) atau Real Estate Agent (REA).
Dalam kes ni, ejen hartanah korang akan pakai tag biru/merah untuk tunjukkan sang pemakai adalah seorang REN/REA yang bertauliah.
Kalau ejen tersebut tak tunjukkan tag mereka, dengan alasan tag diorang tertinggal kat mana-mana atau tag belum siap, korang berhak untuk mintak nombor ID untuk buat semakan.
Sekiranya diorang tak nak tunjuk tag atau ID, korang boleh tolak sebarang urusan dengan mereka sampai korang dapat tengok sendiri bukti ID tu.
2. Tag pengenalan ejen hartanah ada hologram LPPEH
Sumber Imej: Anasharta
Kebiasaannya, hologram keselamatan digunakan sebab susah untuk ditiru. Jadi, kalau ejen korang pakai tag, tapi takde hologram, lupakan jelah niat untuk berurusan dengan ejen hartanah tu. Berkemungkinan dia pakai tag yang palsu.
3. Ada Kod QR pada tag ejen hartanah
Sumber Imej: Propertytak4u|REN VS Broker VS Developer
Kod QR ni akan bukak pautan terus ke profil REN/REA ejen hartanah korang. Kat situ, korang boleh check semua maklumat yang diperlukan, termasuklah gambar ejen hartanah tu sendiri!
Misalnya kalau takde kod QR, korang boleh try cari maklumat ejen hartanah tu secara atas talian dengan nombor pendaftaran ejen REN/REA diorang. Korang boleh KLIK SINI untuk buat semakan.
4. Komisen ejen hartanah tak lebih dari 3%
Menurut Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), komisen maksimum yang boleh korang kenakan untuk penjualan dan/atau pembelian tanah/bangunan kat Malaysia dah ditetapkan pada maksimum 3% dari harga jualan hartanah. So, korang kena peka dengan ejen hartanah yang kaut keuntungan dengan bayaran lebih daripada jumlah yang sepatutnya.
Selain tu, korang boleh jugak perhatikan kalau ejen hartanah korang seorang yang:
5. Bermaklumat dan berpengetahuan
Sumber Imej: Gharpedia
Sebagai Ejen hartanah, diorang sepatutnya mampu berikan maklumat secara terperinci dan jawab apa-apa je soalan berkenaan dengan hartanah dengan yakin.
Andaikata korang tengah cari rumah, korang boleh tanya soalan-soalan camni:
- Berapa usia dan apa status hartanah (pajakan atau pegangan bebas) yang korang nak beli tu?
- Kalau hartanah tu ada perabot, segala pembaikan siapa yang kena tanggung?
- Berapa banyak yang korang kena bayar untuk yuran penyelenggaraan dan lain-lain perbelanjaan?
- Apakah sebab pemilik jual/sewakan hartanah tu?
- Berbaloi ke harga hartanah tu berbanding dengan pasaran umum? ATAU Ada tak contoh unit lain yang korang boleh bandingkan?
Lagi bagus kalau korang dapat ejen yang tahu perkembangan pasal cukai, pasaran, hartanah dan pinjaman pembiayaan. Selalunya, ejen hartanah yang baik akan berikan maklumat yang berguna untuk korang buat sebarang keputusan.
6. Cekap dan menepati masa
Sumber Imej: Dreamstime
Bila sebut bab khidmat pelanggan ni, mestilah kita nak servis yang elok. Andai takdir korang dapat ejen hartanah sejenis yang menyakitkan hati, lebih baik korang cari ejen yang lain. Ada sesetengah ejen hartanah cuma bekerja hujung minggu secara sambilan. Maklumlah, sekarang ni sesiapa pun boleh join jadi ejen hartanah dan tak semestinya bekerja sepenuh masa.
Hmm..mungkin tak berapa sesuai kalau korang sejenis yang nak berurusan pada hari bekerja sebab masa adalah faktor yang penting kalau korang nak dapatkan unit yang baik.
Selain tu, kalau korang boleh dapat ejen hartanah yang tahu keseluruhan proses jual beli dah dikira macam durian runtuh! Dah tentu-tentu kes korang boleh berjalan dengan lancar dan segera.
7. Mesra pelanggan
Sumber Imej: Freepik
Ejen hartanah yang baik, seharusnya berkebolehan untuk faham kehendak dari pihak pembeli dan jugak penjual. Ada penjual yang nak jual hartanah diorang dengan harga yang cukup tinggi, dan boleh jadi yang pembeli pulak nak beli hartanah tu dengan harga yang rendah.
Jadi, sebagai ejen hartanah yang berintegriti akan bertindak secara win-win untuk jalankan transaksi bagi kedua-dua pihak. Bagi pihak penyewa/pembeli pulak, ejen hartanah yang jujur tak akan sesekali sembunyikan sebarang kerosakan dan masalah rumah yang nak dibeli.
Sama jugak dengan pemilik. Pemilik pun ada hak untuk tahu latarbelakang si penyewa/pembeli. Contohnya macam pekerjaan, kewarganegaraan, status diri (bujang/bekeluarga) dan sebagainya.
Sebagai pengguna yang bijak, ni perkara yang korang boleh buat untuk elakkan dari ditipu ejen hartanah:
Sumber Imej: Facebook|Mutawwif Hartanah JDT
Pastikan iklan hartanah sebelum dapatkan khidmat ejen hartanah, pastikan korang ada maklumat kat bawah ni:
- Nombor e-pendaftaran firma hartanah dengan LPPEH
- Nama REA/REN berkaitan
- Nombor pendaftaran REA/REN berkaitan
- Maklumat untuk dihubungi
Kalau korang ada nampak maklumat yang mencurigakan, ni tindakan yang korang boleh lakukan:
- Ambil gambar dan hantarkan kepada LPPEH (termasuk nama jalan, tarikh dan masa).
- Sertakan nama korang dan nombor untuk dihubungi.
- Sahkan terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil alih dengan menurunkan dan sekat nombor untuk dihubungi dalam iklan tersebut.
So, kalau nak dapatkan ejen hartanah yang baik, seeloknya biarlah yang berdaftar dengan LPPEH. Dengan ejen berdaftar, semua bayaran dimasukkan ke dalam akaun korang dan dilindungi oleh insurans ganti rugi profesional. LPPEH juga boleh gantung atau menjatuhkan hukuman dengan mudah kepada mana-mana ejen yang menipu.
Bagi yang nak dapatkan kadar pinjaman perumahan yang terbaik di pasaran dengan menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan bila korang nak beli rumah nanti. Semoga berjaya!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: