Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Beli Rumah Tapi Gaji Ciput? Skim Perumahan Belia BSN Kan Ada

BY Hakimie Amrie

Updated 18 Oct 2019




Belanjawan 2020 telah dibentangkan baru-baru ni dan antara topik yang diketengahkan dalam bajet tersebut termasuklah isu pemilikan rumah pertama untuk rakyat terutamanya golongan belia. Oleh itu, gomen telah melancarkan bantuan perumahan mampu milik iaitu Skim Perumahan Belia BSN (BSN MyHome Scheme). 

Sebenarnya, skim ni adalah sejenis subsidi perumahan gomen yang dah ada sejak tahun 2018 lagi dan akan dilanjutkan lagi bermula 1 Januari 2020 sehingga 30 Disember 2021. 

Serious talk lah, impian korang nak dapatkan rumah pertama semakin hampir tercapai dengan adanya skim ni. Nak tahu kenapa? Meh la kita study sama-sama insentif perumahan ni.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa yang best sangat pasal skim ni?



Korang yang selalu gundah gulana, takut permohonan pinjaman rumah kena reject dengan bank tu HARUS lah mohon skim ni. Sebabnya, korang akan dapat jaminan pinjaman 10% melalui Cagamas. 

Dengan adanya jaminan pinjaman ni, korang jugak tak perlu sediakan 10% downpayment sebab boleh dapat margin pinjaman perumahan penuh 100% dari harga pembelian. Yelah, buatnya harga rumah RM300,000, downpayment yang korang kena sediakan adalah sebanyak RM30,000. Mampu tak?

Jenis pembiayaan yang ditawarkan adalah secara Islamik dan konvensional. Tapi, kalau korang pilih konvensional, tambahan 5% lagi dari harga belian akan diberikan untuk biaya insurans perumahan (MRTA). 



Selain tu, sebab gomen komited nak bantu golongan kurang berkemampuan nak beli rumah pertama, diorang siap support  ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama. Katakanlah ansuran bulanan RM1,500, korang hanya perlu bayar RM1,300 je. Kelonggaran turut diberikan untuk yang tak mampu nak bayar ansuran bulanan dengan pengeluaran akaun 2 KWSP.

BACA: Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Perkara Ini

Sekiranya korang beli rumah dengan nilai RM300,000 dan ke bawah, gomen jugak akan bagi 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan surat perjanjian pembiayaan. 

Pinjaman yang ditawarkan oleh BSN ni tak terhad kepada pembiayaan hartanah baru je, ia boleh digunakan untuk beli rumah yang dah siap dan jugak rumah subsale, bergantung kepada kehendak hati korang. 



BACA: Nak Beli Rumah Subsale? AWAS Dengan 5 Jenis Kerosakan Rumah Ni

Best kan? Jadi, korang kena lah cepat-cepat mohon sebab skim ni guna konsep siapa cepat dia dapat dan terhad kepada 10,000 unit rumah je (ala yang macam Skim Mydeposit2018 tu). 


Apa pulak yang tak berapa best?

Jangan salah anggap, bukan admin cuba burukkan bantuan perumahan ni ke apa, admin cuma nak korang faham betul-betul dengan Skim Perumahan Belia BSN ni sebelum buat apa-apa keputusan. 



Berbanding dengan pinjaman perumahan lain, kadar faedah yang dikenakan melalui skim ni adalah lebih tinggi, around 5% hingga 5.5%, sedangkan anggaran kadar faedah bagi pinjaman perumahan kat Malaysia biasanya kurang dari 5%. Jenis kadar faedah yang ditawarkan pulak adalah berbentuk boleh ubah (floating rate). 

Bagi yang pelik kenapa kadar faedah dia jauh berbeza, meh sini admin terangkan lebih lanjut. 
 
 Ni adalah Effective Lending Rate (ELR) yang ditawarkan oleh BSN:
Kadar Asas (KA) + 0.6% sehingga KA + 3% (bergantung pada lokasi hartanah)

Kadar Asas (KA) adalah floating rate yang bank kenakan manakala + 0.6% atau +3% adalah interest rate. 

Katakanlah, KA semasa yang BSN tetapkan adalah 4.10% waktu tu dan interest rate yang BSN tawarkan adalah 1.00% misalnya. Jadi, jumlah sebenar kadar faedah yang korang kena bayar adalah sebanyak 5.10%. Rujuk pengiraan ni kalau korang sejenis yang susah nak faham nombor:

4.10 (KA semasa) + 1.00% = 5.10%.



Nota: Kadar Asas BSN sentiasa berubah-ubah. Check kat laman web BSN kalau nak tau kadar semasa.

Selain dari kadar faedah, ada perkara lain yang korang kena take note. Pertamanya, rumah yang korang beli melalui skim ni tak boleh dijual ataupun dipindah milik kepada pihak lain dalam tempoh 5 tahun. 

Lepas tu, walaupun gomen bagi bantuan untuk korang beli rumah, tapi tak semua benda gomen akan tanggung hokey. Ada benda korang kena sediakan sendiri. Contohnya, bayaran duti setem bagi rumah bernilai lebih RM300,00, yuran pengeluaran (Disbursement fee), yuran penilaian harta dan yuran yang berkaitan dengan dokumen sekuriti. Jadi, janganlah korang anggap skim ni tanggung segala kos, simpanan tu tetap kena ada. 


Terdapat beberapa syarat yang korang kena ikut kalau nak memohon, antaranya…



 
  • Pastikan korang berumur antara 21 hingga 45 tahun je dan had umur korang tak boleh lebih dari 65 tahun daripada tarikh tamat pembiayaan perumahan. 
  • Harga rumah yang korang nak beli tu mesti  diantara RM100,000 (minimum) hingga RM500,000 (maksimum). 
  • Tempoh pinjaman pulak minimum 5 tahun dan maksimum 35 tahun.
  • Skim ni hanya layak untuk pemohon yang dah berkahwin dan nak membeli rumah pertama je. Buat si single, bersabarlah ye.
  • Pendapatan isi rumah bulanan pulak tak boleh lebih RM10,000.
  • Lagi satu, dah nama pun Skim Perumahan Belia BSN, jadi pemohon wajib ada akaun BSN Giro/Giro-i sebabnya ansuran bulan yang korang kena bayar nanti wajib melalui akaun BSN. 


Korang kena sertakan beberapa jenis dokumen untuk memohon. Jangan risau, takdelah banyak mana pun. 



Bagi yang berpendapatan tetap:
  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN - Klik link ni untuk download borang
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/ EC

Bagi yang bekerja sendiri pulak, sediakan dokumen berikut:
  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyata bank 6 bulan terkini
  • Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Once dokumen semua dah lengkap, korang pergi je mana-mana cawangan BSN untuk memohon. Kalau nak lagi senang, layari je laman web BSN untuk buat permohonan secara online. 


Selain skim ni, ada bantuan perumahan lain jugak yang gomen sediakan untuk kita. Antaranya…



...Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan Dana Rumah Mampu Milik sejak Januari 2019 untuk membantu golongan B40 membeli rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM300,000. 

Gomen jugak telah bekerjasama dengan sektor swasta menubuhkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang menawarkan diskaun 10% dan pengecualian duti setem. Kempen ni jugak telah dilanjutkan tempohnya sehingga 31 Disember tahun ni. 

Tambahan lagi, gomen wujudkan sebuah Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (Rent-To-Own Scheme) dimana pemohon diberi peluang untuk memiliki rumah dengan membayar sewa untuk 5 tahun pertama. Dengan cara ni, takdelah kita rasa rugi sebab bayaran sewa tersebut akan dijadikan ansuran rumah. 

Berdasarkan segala bantuan perumahan yang ada ni, kita boleh tengok lah yang gomen masih lagi ambik kira kemampuan rakyat marhaen untuk memiliki rumah sendiri. Jadi buat yang dah lama nak beli rumah, gunakan lah peluang ni dengan sebaiknya.

Sebelum admin terlupa, pastikan korang check dulu berapa banyak pinjaman yang korang boleh mohon. Klik link ni - Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan.


Baca Ni Jugak:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai