Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

3 Perkara untuk Diketahui Sebagai Perancangan Persaraan pada Usia 30-an

BY Team Loanstreet

Updated 05 Dec 2019




Anda mengakhiri usia 20-an yang penuh liku-liku, di mana anda masih cuba membina kewangan yang kukuh – di mana anda sentiasa belajar dan bereksperimen. Kami pernah menulis artikel tentang benda-benda paling paling tak masuk akal yang orang buat dengan kewangan mereka pada usia 20-an, jadi kami pasti yang kebanyakan daripada anda sudah lebih matang tentang pengurusan kewangan.

Namun begitu, ada satu lagi perkara yang anda perlu fikirkan, nak lagi bila dah dekat umur 30-an. Semakin anda berusia, semakin besar risiko yang anda mungkin tanggung. Oleh itu, mari kita lihat senarai apa yang anda perlu tahu bagi menyediakan diri untuk hari tua.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1) Apa nombor anda!

Kami bukan nak mengorat tau! Apa yang kami maksudkan adalah sekiranya anda tahu berapa banyak yang diperlukan untuk bersara dengan selesa. Berdasarkan pendapat ramai, anda perlukan sekurang-kurangnya RM1 juta dalam simpanan pada umur persaraan minima iaitu 60 tahun.

Pakar kewangan yang lain berpendapat yang anda memerlukan 80% daripada perbelanjaan anda kini sebagai jumlah kira-kira buat belanjawan persaraan anda.

Namun demikian Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mempunyai sisi pandang yang lain kerana jumlah ini adalah berbeza-beza buat semua orang.

“Jika anda ada RM228,000 pada umur 55 tahun anda sepatutnya sudah ada cukup untuk mengeluarkan RM,1000 sebulan sehingga jangka hayat 75 tahun. Sama ada ianya cukup adalah terpulang untuk anda, berdasarkan belanjawan dan bagaimana anda mematuhinya. Sebab itulah bila kita bercakap tentang simpanan asas anda, ia bukannya jumlah yang anda mesti ada, tapi sebagai panduan kepada ahli kami supaya mereka boleh merancang kewangan masing-masing,” katanya.

Apa yang perlu dibuat: Sediakan belanjawan untuk mencatat berapa banyak perbelanjaan anda sekarang. Ia akan memberi anda gambaran kasar tentang kos sara hidupselepas anda berhenti berkerja, dan anda akan mampu mula menyimpan. Jangan lupa, perbelanjaan anda tidak semestinya berkurang selepas pencen, ada pesara yang mahu pergi bercuti lalu meningkatkan kos mereka.

Selain daripada itu, jangan terlebih berbelanja untuk perkara-perkara besar. Orang berusia 30-an biasanya terlibat dengan pelbagai peristiwa besar seperti perkahwinan, menerima cahaya mata, ataupun membeli hartanah yang pertama. Pertistiwa sebegini sememangnya sangat bermakna, namun pastikan anda juga sedar tentang keadaan kewangan anda terlebih dahulu sebelum menghabiskan kesemuanya sekali.

2) Sediakan porfolio persaraan anda

Persaraan bukanlah murah, namun anda tidak perlu terlalu risau jika anda sudah mula menyimpan. Timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour, menyarankan yang pengetahuan kewangan perlulah diutamakan, lebih-lebih lagi apabila 40% daripada rakyat Malaysia kini sudah bersedia untuk persaraan.

“Sesiapa yang menjalani hidup dengan membuat keputusan kewangan yang bijak berpotensi untuk menjadi lebih stabil dan juga meningkatkan taraf kehidupan, termasuklah sewaktu persaraan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang cukup, sesiapapun boleh hidup dengan selesa, menguruskan kewangan serta membantu mereka dalam mencapai matlamat kewangan mereka.”

“Seorang individu yang bijak dalam menguruskan kewangan adalah sedar tentang pentingnya perancangan kewangan jangka panjang dan akan mula menyimpan dengan aktif buat masa depan,” katanya, dalam ucapan di pelancaran modul ‘pengurusan kewangan untuk persaraan’.

Apa yang perlu dibuat: Ada tiga faktor utama yang menyumbang kepada portfolio persaraan anda: ia adalah simpanan peribadi, pengeluaran serta pelaburan KWSP. Sudah tentunya amalan yang bagus adalah menyimpan 30% daripada gaji anda setiap bulan, namun berita baik adalah dua faktor pertama yang disebutkan tadi adalah dikira sekali sebagai simpanan.

Mula-mula sekali, pastikan yang anda sentiasa menyumbang kepada EPF, dan 11% akan terjaga secara automatik. Jadi apa yang anda perlu adalah menyimpan 19% lagi daripada gaji anda. Jika anda masih belum mula menyimpan, usia 30-an anda adalah masa yang sesuai untuk bermula! Jika anda ingin mengubah cara anda berbelanja, mulakan secara kecil-kecilan dan tingkatkan jumlah simpanan anda setiap bulan sehinggalah anda berpuas hati dengan jumlah tersebut.

Buat pelaburan, terdapat pelbagai plihan dalam persaraan untuk anda pilih. Antaranya adalah unit amanah, pelaburan stok, dan Skima Persaraan Swasta (PRS). Dua pelaburan pertama boleh memberi pulangan yang besar jika ada kenaikan harga dalam pasaran, manakala yang terakhir pula adalah sebagai tambahan, dengan keupayaannya untuk menghasilkan faedah buat anda.

3) Kaji kesemua pilihan insurans anda

Ramai orang yang mengambil mudah akan kesihatan mereka, nak lagi bila memikirkan mereka masih ada berdekad-dekad untuk hidup. Walapun jangka hayat di Malaysia adalah 75 tahun (menurut Statistik Kesihatan Dunia 2017 oleh The World Health Organisation), ada kemungkinan yang sesiapa sahaja akan hidup lebih lama daripada itu.

Selain daripada inflasi, rakyat Malaysia haruslah menghadapi kos kesihatan yang semakin meningkat. Insuran Kesihatan Malaysia mengatakan yang harga rawatan meningkat dua kali ganda setiap tahun, iaitu peningkatan sebanyak 15% setiap tahun.

Daripada kumpulan fokus bersama persara yang dijalankan oleh BNM, situasi ini menjadi lebih jelas: sewaktu kecemasan (atau pembelian yang mahal), mereka terpaksa bergantung pada anak-anak ataupun menggunakan kad kredit.

Apa yang perlu dibuat: Lihat cara alternatif untuk menguruskan kos kesihatan anda pada hari-hari tua – contohnya dengan mengambil insuran jangka panjang atau insuran kesakitan kritikal. Yang pertama tadi adalah polisi yang menampung perbelanjaan di hari tua seperti khidmat bantu di rumah, perubatan atau penjagaan orang tua. Yang kedua adalah dasar untuk liputan mengenai masalah kesihatan kritikal.
 
Premium adalah berdasarkan usia dan kesihatan pemohon pada masa pembelian, jadi kalau anda masih muda dan sihat apabila anda mendaftar untuk polisi, biasanya ia akan lebih murah.

Kesimpulan

“Matlamat yang ditetapkan adalah separuh daripada perjalannya,” kata Zig Ziglar, dan umur 30-an mungkin masa yang paling sesuai untuk menetapkan matlamat persaraan anda. Jika anda ingin memastikan keselesaan di waktu perasaan, anda bolehlah bermula menjaga kewangan anda dengan serius dengan mengambil kira perancangan jangka panjang, tak lupa juga berhenti berbelanja dengan perkara-perkara yang hanya memberi kepuasan buat sementara waktu.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)